" Mungkin kau hidup. Tapi adakah hati kau juga masih hidup? Ataupun ianya sudah lama mati? "
➖
"Aku akan ambil rawatan." Kata - kata Jungkook membuatkan Sehun tergamam.
"Kau biar betul Kook?" Soal Sehun untuk memastikannya. Anggukan kepala daripada Jungkook membuatkan dia tersenyum lebar.
"Esok kita akan mulakan rawatan." Ucap Sehun lalu bangun untuk keluar dari bilik wad yang diduduki oleh Jungkook.
"Sehun!" Panggil Jungkook. Sehun berpaling ke belakang. Kening sebelah kanan diangkat sedikit tanda ingin bertanyakan apa yang Jungkook mahu.
"Aku nak minta tolong sikit."
"Apa dia?" Soal Sehun. Fokusnya kini kembali kepada Jungkook.
"Tolong pergi ke rumah aku. Ambilkan buku warna biru dekat almari sebelah katil aku." Jelas Jungkook.
"Itu sahaja?" Tanya Sehun lagi.
"Ya."
• • •
Hyuna, jungkook setuju untuk
ambil rawatan. Jadi aku harap
kau datang esok untuk temankan
dia.- Hoseok
Hyuna terus menutup mulutnya menggunakan tangan. Teruja bukan main dia rasakan. Walaupun dia rasa bersalah kerana mengungkit soal anak dia dan Jungkook yang telah mati, namun jika ini tindakan yang perlu diambil untuk mendapatkan persetujuan Jungkook, Hyuna akan melakukan hal ini lagi dan lagi.
Baik. Terima kasih inform
dekat aku Seok. Aku akan
datang esok.- You
Hyuna menutup telefonnya seraya meletakkannya di meja kecil bersebelahan katil. Dia memandang Hyejung, bidadari kecilnya. Kini dia kembali ke rumahnya yang tampak suram bersama Hyejung dan Jungna.
Pipi Hyejung yang mulus itu dielus lembut. Matanya berkaca - kaca. Dia sendiri tidak faham bagaimana dia boleh meninggalkan Hyejung dan Jungna.
"Ayah kamu dah setuju nak ambil rawatan. Mak gembira sangat." Bisik Hyuna perlahan agar tidak mengejutkan Hyejung yang sudah lena tertidur.
"Mak harap keluarga kita akan kembali bahagia seperti dulu." Bisik Hyuna lagi.
Hyuna menutup matanya untuk tidur bersama doa agar kebahagiaan akan kembali menyinari keluarga kecilnya.
• • •
Wajah Jungkook pucat. Jantungnya berdetak laju. Gemuruh melihat jarum dan ubat yang bakal dicucuk masuk ke dalam kulitnya.
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Fanfiction+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...