♔BAB 03♔

80K 600 19
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝕼hyla masih ketakutan memandang lelaki itu.

"Panggil saya Isyraf. Saya orang kepercayaan keluarga Tengku Farhan Hayder. Jadi awak jangan takut..." Isyraf memalingkan wajah. Dia gugup apabila melihat tubuh Qhyla yang hanya dibaluti dengan selimut tebal.

Dia tidak berani hendak menyentuh gadis itu kecuali di saat kecemasan. Kerana dari awal lagi dia telah diberi amaran oleh Farhan.
Farhan bertegas memberinya amaran bahawa Qhyla adalah slavenya dan menjadi hak miliknya saja.

"Maafkan saya. Saya cuma... Engh!" Qhyla berasa sakit di bahagian kemaluannya apabila dia cuba berdiri.

"Awak tak apa-apa? Boleh berdiri?" Isyraf segera menghampiri Qhyla dan memegang lengan gadis itu.

"Tak boleh. Ianya masih sakit..." Qhyla memberitahu sambil merintih di saat dia dibantu oleh Isyraf semasa hendak berdiri.

Isyraf mengertapkan bibir. Kalau aku angkat budak ni tak apa kan? Angkat je kan? Bukannya aku sentuh budak ni pun. Hmmm... Fikir Isyraf bermonolog dalam hati.

"Meh sini saya tolong." Dia meletakkan tangan Qhyla di bahunya. Pinggang gadis itu dirangkul lalu sepenuhnya tubuh Qhyla diangkat oleh Isyraf dengan perlahan. Qhyla gugup.

"Terima kasih. Awak memang baik, ermm..."

"Isyraf. Panggil je saya Isyraf." Isyraf dapat merasakan nafas kecil gadis itu menampar lehernya. Dia memandang ke arah lain kerana dia berasa gugup hendak menatap Qhyla lama-lama.

"Isyraf, terima kasih sebab awak tak suntik saya semalam. Saya tak nak jadi penagih dadah. Nanti saya akan ketagih."

"Dadah? Saya rasa awak dah salah fa-"

"Ah satu lagi! Nasib baik awak tak bagi saya minum arak. Kalau tak, mesti saya akan mabuk dan tak sedarkan diri. Hehehe..." Isyraf tergamam melihat Qhyla ketawa. Senyuman manis itu membuatkan dia gugup kembali. Dia diam saja.

"Isyraf... Kenapa muka awak merah? Awak sakit?" Qhyla menyentuh wajah Isyraf dengan prihatin. Lagilah malu apabila Isyraf mendapat sentuhan pertama seorang gadis di wajahnya.

"Sa... Saya akan hantar awak ke bilik mandi. Awak mandi dulu, lepas tu pakai baju yang saya dah sediakan." Jelas Isyraf sambil berjalan. Pintu bilik mandi dipulas laju.

Qhyla mencuri kesempatan ini untuk meneliti wajah Isyraf. Berbeza dengan Farhan. Wajah Isyraf lebih kepada campuran Filipina dan Cina. Mata hazel itu membuatkan Qhyla berasa tertarik untuk merenung mata itu lebih lama lagi.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now