° Regret 024 °

2.6K 211 53
                                    

“ Hey Jungkook, sekiranya kau pergi nanti, bagaimana aku hendak melupakan kau? Terlalu banyak memori yang kita bina bersama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hey Jungkook, sekiranya kau pergi nanti, bagaimana aku hendak melupakan kau? Terlalu banyak memori yang kita bina bersama.

3 bulan kemudian

Jungkook melemparkan pandangan ke luar tingkap. Bantuan alat pernafasan di mulutnya membataskan pergerakan. Nafasnya kini kerap sesak. Kadang hampir 24 jam dia memerlukan bantuan alat pernafasan itu.

Kuku ditenung. Hitam. Jungkook sebak lagi. Tangannya perlahan membetulkan beanie di kepala. Percaya atau tidak, kini dia sudah botak sepenuhnya.

Jungkook menggigit bibir. Dia mahu mati. Dia tak mahu lagi mengambil rawatan yang entah apa - apa itu. Semuanya bagaikan satu penyeksaan.

Walaupun bersungguh dia cuba melawan air mata yang mahu turun, dia tewas juga. Air mata dilap kasar. Rasa marah membuak di dalam hatinya.

Bunyi pintu dibuka membuatkan Jungkook bersungguh mengelap air matanya.

"Jungkook? Awak... menangis?" Hyuna pantas menghampiri Jungkook yang tidak mahu memandang dirinya.

"Jungkook, kenapa ni?" Soal Hyuna lembut. Tubuh Jungkook yang kini kering dipeluk erat seeratnya.

Jungkook tidak menjawab. Hanya menyembunyikan wajahnya di dada isterinya. Itu tempat selamatnya.

"Hey bagitahulah. Apa yang mengganggu awak?" Hyuna menyoal lagi. Kepala Jungkook diusap penuh kasih. Pelukan cuba dileraikan namun suaminya tidak mahu. Lingkaran tangan lelaki itu semakin ketat.

"...some." Jungkook menggumam kecil.

"Hah? Apa?" Tanya Hyuna lagi memandangkan suara Jungkook tidak jelas. Jungkook mengangkat kepalanya memandang Hyuna tanpa melepaskan pelukan. Alat bantuan pernafasan yang dipakainya dibuka.

"Saya dah tak handsome." Adu Jungkook. Sumpah, saat ini Jungkook seperti kanak - kanak kecil. Mengadu dan merengek sambil menangis.

Hyuna tergamam seketika sebelum dia melepaskan tawa kecil. "Siapa kata awak tak handsome hmm? Berani dia ya? Nak kena belasah dengan saya ke?" Hyuna berpura - pura marah. Lengannya disinsing ke paras siku.

"Saya. Saya yang cakap macam tu. Saya dah tak handsome." Jungkook setia memandang Hyuna dengan matanya yang berkaca - kaca. Menunggu wanita itu mengiyakan kata - katanya.

"Tchh..." Hyuna menjentik perlahan dahi Jungkook. Lelaki yang memeluknya mengaduh kesakitan.

"Walaupun awak yang cakap, saya tetap nak marah. Awak handsomelah. Mana tang tak handsomenya? Indah je ciptaan tuhan ni." Tangan Hyuna meneliti setiap inci wajah Jungkook. Jungkook menutup matanya. Senang dengan belaian Hyuna.

"Pada mata orang lain, saya dah tak handsome." Rengek Jungkook lagi.

"Biarlah. Biar takde orang mengurat awak lagi. Susah tau dapat suami kacak ni. Asyik nak kena fight dengan perempuan lain je." Tanpa sedar, omelan Hyuna berjaya membuatkan Jungkook ketawa.

[C] Régret. jjkWhere stories live. Discover now