magic 18

3.1K 181 6
                                    

Dah hampir sebulan stella tidak datang ke sekolah. Dah banyak kali mereka cari setlla tapi tetap sahaja tidak jumpa. Mereka ada pergi ke rumah stella dan tanya ibu bapa stella tapi mereka seperti menyembunyikn sesuatu.

Group king memanggil kira dan rose untuk rehat bersama2. Sejak kehilangan stella, kris dah seperti orang lain. Dia tidak mahu bercakap dan mudah marah jika orang lain menegurnya.

"Macam mana masih tak dengar apa2 berita pasal stella ke?" filips memandang kekasih hatinya rose.

Rose menggeleng. Dia juga sedih atas kehilangan stella.

Stella situation

Bila sahaja stella buka mata, benda pertama dia lihat ialah seekor naga yang sangat besar. Warna naga itu bewarna gold. Stella berundur setapak ke belakang bila naga itu memandang tajam ke arahnya.

Kemudian naga itu menundukkan mukanya sedikit. Stella kaku melihat naga itu memberi tunduk hormat kepadanya.

"Jangan risau, saya ialah guardian tuan puteri." kata naga itu

"Guardian?" stella pelik kerana guardian masih wujud. Dalam sejarah magic, guardian telah lama pupus terutamanya guardian naga. Mereka sekarang hanya hanya menjadi sejarah sahaja.

"Ya, saya akan keluar bila tuan puteri dapat membuka semua kuasa element. Dan saya juga akan menolong tuan puteri mengalahkan voldemort." stella mengangguk kemudian guardian itu hilang. Guardian itu hanya akan keluar bila stella memerlukannya.

Stella mencari orang tua itu tapi kelibatnya langsung tiada. Stella kembali ke tempat nya. Sehinggalah dia terjumpa sepucuk surat.

Untuk stella
Bila kamu dah menjumpai surat ini bermakna atuk sudah tiada lagi. Tugas atuk sudah selesai iaitu membantu kamu membuka semua kuasa element kamu. Dan sekarang tugas kamu pulak untuk mengalahkan puak kejahatan. Dan ingatlah jika kamu terlalu menggunakan semua kuasa kamu nyawa kamu akan menjadi korban. Keputusan sekarang ada di tangan kamu.

Dari atuk

Stella terkejut kerana orang tua itu telah tiada. Walaupun baru sekejap mereka berjumpa tapi dia sangat bersyukur kerana ditemukan dengan orang yang baik.

Stella membuka portal ke rumahnya. Bila dia tiba di rumahnya dia disambut oleh ibu bapanya.

"Rindunya ibu dekat stella nie. Dah sebulan stella tidak ada berita." ibu stella memeluknya untuk melepaskan rindu.

Kemudian ayahnya pula yang memeluk stella.

"Sebulan? Bukan sehari je ke stella tidak ada." stella heran kerana macam baru kemarin dia pergi dan sekarang ibunya kata dia hilang selama sebulan.

"Iya stella dah sebulan. Ramai kawan kamu datang rumah cari kamu. Hampir setiap hari datang. Ibu hanya cakap sahaja lah yang ibu tidak tahu."

Stella memikirkan tentang kawan2nya terutamanya tentang kris. Macam mana lah keadaan kris sekarang. Mesti diorang terkejut aku hilang selama sebulan.

Stella ingin pergi ke sekolah tapi ibunya menghalang kerana stella perlu berehat memandangkan dia telah bertapa selama sebulan. Dan tenaga yang digunakan banyak. Mesti stella penat.

Stella akur dengan arahan ibu dan ayahnya walaupun sebenarnya dia lebih risaukan tentang keadaan kris dan kawan2nya.

Keesokannya, stella pergi ke sekolah. Ramai yang memandang heran dengan stella. Bukan sahaja stella telah hilang selama sebulan rambut serta warna anak matanya berubah. Matanya bewarna gold. Kalau dulu matanya hanya separuh gold tapi sekarang matanya telah berubah sepenuhnya gold.

Rambut stella juga mempunyai jalur bewarna gold sama dengan warna anak matanya.

Stella malas nak ambil tahu. Dia juga terkejut kerana malam semalam bila sahaja dia melihat dirinya di cermin dia seperti tidak percaya.

Stella melihat rose dan filips berjalan bersama2 menuju ke kelas lalu dia mengejar mereka. Stella memeluk rose menyebabkan rose dan filips terkejut. Tapi mereka lagi terkejut melihat stella.

"Stella kau pergi mana? Puas kitorang cari kau tau." rose memeluk stella. Rindu dia dengan kawan baiknya nie.

"Sorry lah korang aku hal tapi aku tak dapat nak beritahu korang." stella meminta maaf kepada rose dan filips kerana telah membuatkan mereka risau

"Tapi apa jadi dengan warna mata kau dan rambut kau nie?." rose memegang beberapa helai rambut stella yang bewarna gold.

Dia tidak percaya yang stella berubah seperti ini. Semakin cantik.

"Aku warnakan rambut aku nie. Kalau mata aku nie aku pakai kontek lens aku kan dah semakin rabun tapi taknak pakai cermin mata. Sebab tu lah aku pakai nie.

Stella nampak kris sedang berjalan dengan seorang perempuan dan perempuan itu ialah fifi!!! Mereka berjalan berpegangan tangan.

Stella sedih kerana begitu mudah kris lupakannya.

Kris memandang ke arah stella dan dia juga terkejut dengan kehadiran stella.

"Stella!!!"

Magic academy: mystery of golden girl (COMPLETE)Where stories live. Discover now