"Kemana Luqman? Kenapa dia belum-belum balik lagi? Dah 2 hari kamu balik?" Tanya Mak Senah kepada anak-anaknya.
"Dia takkan berani jejak kaki di kampung ni lagi." Kata Azman.
"Kamu berdua bergaduh ke?!" Tanya Mak Senah lagi.
"Tak lah! Dia cuba rogol anak ketua kampung masa kat kem hari tu."
"Masyaallah.. Betul ke cerita kamu ni? Betul ke cerita Man ni Ainul?" Mak Senah bertanya pula pada Ainul. Mukanya cemas.
Ainul mengangguk.
☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀
"Media buatkan cerita kemalangan di hotel kita nampak teruk sangat walhal seorang je pun yang cedera. Sebenarnya tak ada pun runtuhan. Cuma kita tengah buat kerja pembaikkan syiling. Dan sekarang, ramai customer kita yang cancel booking bilik." Kata Rykal di dalam mesyuarat tergempar di antara Ahli Lembaga Pengarah Emerald Group Berhad.
"Saya rasa.. CEO muda kita boleh turun padang kali ni. Jawab semua spekulasi yang telah melanda syarikat kita."
Kata-kata Rykal mendapat tepukkan gemuruh dari kebanyakkan ahli-ahli lembaga pengarah.
Pagi itu, Luq lengkap bersut hitam. Jarang-jarang dia memakai sut. Selalu dia memakai sut hanya untuk majlis rasmi. Ini kali pertama dia akan muncul dalam sidang media untuk menganti ayahnya sebagai CEO Emerald Group Berhad.
Sidang media berjalan dengan jayanya. Soalan-soalan yang diajukan oleh wartawan dijawabnya dengan baik. Mereka turut memperlawa wartawan ke hotel untuk melihat sendiri kerja-kerja pembaikkan yang dibuat dihotel itu.
☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀
Sementara itu, dirumah Pak Akop. Mereka sekeluarga sedang melihat berita di TV.
Tiba-tiba..
"Bapak! Tu bukan abang Luqman ke?"
Terkebil-kebil Pak Akop melihat.. Lain betul penampilan Luq semasa dia tinggal bersama mereka dengan di dalam TV sekarang ini."Kau tengok kak.. Kan aku dah cakap abang Luqman tu anak orang kaya.. Kau pula tuduh dia jual dadah la.. Jual ayam la.. CEO kot! Rugi kau tak ngorat dia dulu.." Kata Azman kepada Ainul.
"Kau ni dah kenapa?! Lelaki berduit ni tukar perempuan macam tukar baju kau tau x?" Marah Ainul kepada Azman pula.
☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀
Cuti semestar Ainul dah pun tamat. Ainul kembali ke universitinya.Raihan memperlawa diri untuk menghantarnya ke bandar bila dia tahu kereta kawannya Fikah rosak. Pada mulanya Ainul enggan tapi bila melihat keikhlasan lelaki itu untuk menghantarnya dia pun terima.
Raihan sampai tepat seperti yang dijanjikan. Sebelum pergi dia bersalam peluk cium dengan kedua ibu bapanya dahulu. Azman? Entah kemana perginya.
Di dalam kereta, mereka berdua selesa berdiam. Hanya lagu dari radio berkumandang berselang seli dengan celoteh Dj radio.
"Tengok berita tak semalam?" Tiba-tiba Raihan memulakan perbualan.
"Tak.. Cerita pasal apa?" Ainul menipu.
"Luqman."
"Kalau cerita pasal dia saya tak nak dengar.."
Mereka berdua kembali menyepi.
"OK.. Dah sampai stesen bas.. Kalau nak balik nanti call lah saya. Saya boleh datang jemput lagi."
"OK.. Bye."
Ainul keluar dari kereta sambil membawa bag sederhana besar. Tiada apa dalam bag tu cuma bahan-bahan memasak yang dibekalkan oleh ibunya seperti belacan, ikan kering, ikan bilis pangkor dan sotong kering. Bekalan untuk penjimatan belanjanya setiap bulan.
Di dalam bas, dia hanya tidur. Bila bangun dah pun sampai KL. Kemudian terus pula menaiki LRT untuk ke rumah sewanya. Dia menyewa sebuah flat dua bilik tidur dengan 3 lagi orang kawannya.
YOU ARE READING
Love Scenario
RomanceLuq hidup bersendirian setelah kematian ibu dan bapa dalam kemalangan. Luq mempunyai kekasih bernama Inara. Inara mengenali Luq sejak dari kecil sebab ibu Inara kawan baik kepada ibu Luq dan berhasrat untuk jodohkan mereka berdua. Ibu bapa Inara ing...