"Yan, aku tak sedap hatilah dengan keadaan Princess." Kata Qal dengan risau.
"Kami pun sama." Kata Aqram dan Afham.
"Aku tak tahu. Susah untuk aku. Sekarang ni diaorang terlalu diam. Cakap hanya bila perlu je. Aku rasa macam nak intip je diaorang hari-hari tau tak." Jawab Ryan.
"Idea bagus juga tu Yan." Kata Aiman sambil tersengih.
"Apa yang bagus?" Tanya Ryan.
"Intip tu la. Kita upah orang untuk jaga diaorang dari jauh. Macam mana?" Kata Aiman.
Tiba-tiba satu hempukan dia terima di kepalanya. "Kau ni. Aku kata lembap marah. Aku kata sengal pun marah. Diaorang tu boleh tahulah apa yang diaorang tu kena intip. Kau ingat senang ke nak intip diaorang. Nak cari maklumat pasal diaorang pun susah inikan nak hantar pengintip. Belum sempat pengintip tu bagi maklumat dekat kita dah tamat riwayat dia dulu. Haishhhh." Marah Qal. Yang lain tergelak dengan kemarahan Qal.
"Habis tu nak buat macam mana?" Tanya Aqram.
"Entahlah. Buat masa ni kita tunggu dan lihat. Jaga tunang masing-masing dulu. Aku tak rasa Divas dan Dragon duduk diam. Mungkin ada rancangan. Aku tak tahu nak cakap apa. Nanti bila aku dah ada plan aku bagitau." Putus Ryan.
*****
"Hi Sha." Tegur Ryan. Dyan hanya diam tanpa bersuara.
"Kenapa ni? Ada masalah ke? Ke ada apa-apa yang berlaku?" Kata Ryan tapi masih lagi tidak dibalasnya.
"Hey, kenapa diam ni. Mika ada buat salah ke? Jawablah. Jangan diam macam ni." Kata Ryan dengan nada yang masih lembut. Dyan mengeluh.
"What are you trying to do Tengku Aryan Mikael? Sha ada buat salah ke dengan Mika sampai Mika buat macam ni. It's too hurt." Kata Dyan dengan nada sayu. Sungguh dia tak kuat. Dyan berada dalam keadaan lemah. Satu persatu rahsia terbongkar dan sekarang ianya terlalu sakit.
"What are you talking about dear? Mika tak faham." Tanya Ryan dengan blur. Dyan memandang anak mata Ryan dan mencari kejujuran.
"Betul ke tak tahu apa-apa atau pura-pura tak tahu?" Kata Dyan dengan perlahan.
"Sumpah Mika tak faham. Tolong terangkan Sha. Apa yang berlaku?" Kata Ryan dengan perlahan dan tegas.
Dyan mengeluarkan sampul yang dia dan Princess dapat dan serahkannya pada Ryan. Ryan mengambil dan terkejut dia melihat semua tu. Ryan pandang Dyan yang hanya menunduk seperti menahan perasaan. Dia perasan yang mata Dyan berkaca tadi walaupun sekejap. Ryan mengeluh dan menarik nafas.
"Sha... semua ni tak betul. Mika dan Knight tak pernah buat semua ni. Mika tak tahu apa-apa?" Ryan berkata sambil menarik dagu Dyan memandangnya. Dyan memandang Ryan. Dia mencari kebenaran di dalam anak mata itu. Dyan kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah lain kerana tak sanggup menentang mata Ryan.
"Sha.. percayalah. Mika tak buat semua ni. Ta...Tapi mana sha dapat benda ni?" Tanya Ryan.
"Dalam loker" kata Dyan kemudian diam. Dyan kemudiannya berfikir macam ada benda tak kena. Dia memandang Divas yang sedang tersenyum. Dia dapat rasakan ada benda akan jadi kejap lagi. Ryan turut memandang ke arah tempat yang dipandang Dyan. Dia menggeleng.
"Mika... Sha..." Dyan bersuara kemudian diam. Ryan memandang dan kemudian senyum.
"Tak pe. Mika faham. Tapi Mika tak rasa yang lain okay." Kata Ryan.
Dyan memandang Princess dan Knight yang lain.
"It's okay. They will be fine." Kata Dyan.
YOU ARE READING
PRINCESS
Roman pour Adolescents5 sekawan perempuan iaitu Dyan, Puteri, Aisha, Clara dan Elly dikenali sebagai Buddiez/Princess yang datang dari keluarga yang berada merupakan pelajar Berlian High School yang mana sekolah tersebut merupakan sekolah private khas untuk golongan bera...