❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀
𝕸ata bertentang mata. Sedangkan angin yang sedang bertiupan ke arah Qhyla dan Isyraf pun, mereka tidak sedar. Kedua-dua insan itu terbuai dengan wajah masing-masing. Menatap antara satu sama lain.
Pipi Qhyla yang putih itu sudah jelas semburat merah kelihatan.
"Maaf! Ada apa-apa yang berlaku ke? Ehhhh!" Ketua pembantu rumah yang dikenali sebagai captain maid mematung daripada lariannya. Terkejut melihat keadaan Isyraf dan juga Qhyla. Free show ke ni?!
"Ah!" Ketua pembantu rumah itu berteriak kencang apabila ada pembantu rumah bawahan yang lain telah menabraknya dari belakang sehingga terpelanting bola keranjang yang dipegangnya ke atas.
Terbulat mata ke semua pembantu rumah melihat bola itu melambung naik dan akan tak lama lagi akan mendarat dan mengena ke kepala Qhyla.
"Ah... Alamak! Maaf!"
DUSHH!
Chup!
Bola keranjang itu telah jatuh terkena pada kepala Qhyla menyebabkan gadis itu dengan spontannya, telah mengucup bibir Isyraf. Isyraf terbeliak matanya memandang Qhyla yang terkebil-kebil mata dengan kejadian secara tidak disengajakan ini.
Sekali lagi jantung Qhyla memacu laju. Lebih-lebih lagi dia dapat rasakan bahawa lelaki itu tidak keberatan menerima ciumannya. Qhyla masih terpatung. Seolah-olah tidak percaya bahawa semua ini akan berlaku kepadanya.
"Ughh!" Isyraf pantas menolak tubuh Qhyla.
Dia mengesat bibirnya yang basah. Ciuman pertamanya telah dicuri oleh gadis seperti Qhyla. Dia tidak percayakan semua ini!Qhyla terus menyentuh bibirnya dengan tangan yang bergetar. Sontak dia bediri dan segera memohon maaf.
"Isyraf! Ma... Maafkan saya! Saya tak sengaja..."
Isyraf terus menatap tajam gadis itu yang ingat bahawa dengan meminta maaf, ciuman pertama itu akan kembali padanya.
"That's my first kiss. Tapi awak dah mencurinya!" desis Isyraf geram namun masih bersabar.
Qhyla terdiam dengan ketakutan. Gelisah dia melihat deruan nafas geram yang dihembuskan oleh Isyraf.
Qhyla terkejut apabila melihat Isyraf berdiri dan ingin berlalu pergi. Dia segera menarik lengan lelaki itu.
"Kalau ianya ciuman pertama awak, nah... Saya pulangkan semula!"
Chup!!!
Deg!
"Mmhh?!" Isyraf sekali lagi membulatkan mata. Tidak percaya dengan tindakan yang diambil oleh Qhyla untuk menciumnya kembali. Qhyla memejamkan kelopak mata semasa dia mencium lelaki itu. Kemudian dengan perlahan Qhyla perlahan melepaskan ciuman. Dia rasa bersalah pada Isyraf.
YOU ARE READING
S1: Demi My Slave (In-Editing...)
Romance༒ 𝕽𝖔𝖞𝖆𝖑 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐈 ༒ | SLAVE - HAMBA YANG DIINGINKAN | ❝𝑱𝒖𝒔𝒕 𝒇𝒆𝒂𝒓 𝒎𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒎𝒆... 𝒂𝒏𝒅 𝑰 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒃𝒆 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒔𝒍𝒂𝒗𝒆.❞ A Royal Story. Dia hanya seorang penyanyi. Sekadar penghibur yang malang di kelab malam...