history

20 0 0
                                    

Nenek !!yana nak tanya mana ibubapa yana??,soal yana yang tengah bersandar di kerusi sambil melihat ikan ² yang berenang. Rumah yana atau dikenali sebagai aryana kelihatan seperti rumah tradisional dan sederhana.

Ibubapa yana tengah kerja mencari duit untuk yana, jawap nenek nia iaitu nenek kepada aryana.ohh.. Kenapa mereka tak nak tengok yana mereka tak sayang yana ke??,soal aryana yang berumur 8 tahun itu.

Mereka sibuk dengan pekerjaan mereka nanti mereka tengok yana yer sayang, ucap nenek nia.

Belajar sungguh ² agar mereka bangga dengan yana.jadi budak baik nanti mereka rasa yang yana sangat sayangkan mereka, ujar nenek nia lembut.

Baik nenek yana nak belajar bersungguh-sungguh agar mereka bangga dengan yana, ucap aryana sambil berlari mengambil buku latihan .

Sejak hari tu aryana selalu mendapat keputusan yang cemerlang.

6  tahun selepas itu.....

Aku aryana budak paling pandai di sekolah .aku berumur 14 tahun.aku dilahirkan dan dibesarkan oleh nenek.

Hari ni hari yang memenatkan bagi ku kerana hari ni hari peperiksaan.susah betul belajar kat sini setiap bulan peperiksaan .

Kau tak rasa aku dan pelajar kat sini stress sebab ni .gila tak stress kalau semua bab kena hafal .

Tapi yang best kat sekolah ni guru² semua sporting . Tapi ada lh guru² yang gedik dan annoying.

Sumpah macam sotong .kalau cikgu² pun sotong mesti ada diva di sekolah ni.

Malangnya sotong ² sekelas dengan aku.kenapa lh diorang ni gedik sangat sampai junior pun nak ngorat .nasib lah dapat classmate ni.

Aku sekarang mahu pulang ke rumah dan jumpa nenek kesayanganku.aku berlari ke rumah dengan cepat .

Jarak ke sekolah dan pulang ke rumah mengambil masa 15 minit untuk sampai begitu juga sebaliknya.

Aku telah sampai dirumah dan mengetuk pintu rumah tersebut.
Selepas itu aku pun masuk ke dalam

Assalamualaikum..Nenek yana dah pulang.aku memberi salam dan mencari nenek kesayanganku.

Walaikumsalam..nenek ada kat dapur ni tengah masak.aku mendengar suara nenek dan terus ke dapur dan menyediakan makan malam.

Setelah siap susun makanan diatas meja.aku ingin mengambil sikit tetapi tanganku dicubit oleh nenek.ahh..sakitkan nenek, ujarku sambil mengusap tangan ku yang membengkak.

Tu lh kamu ni baru balik dari sekolah bagus kamu mandi bersihkan badan kamu tu macam baru lepas kena kejar.

Baiklah nek.terus aku berlari ke bilik untuk membersihkan badan.

Kau haruman masakan nenek membuatkan aku lapar.kami makan dan mengemaskan meja makan .

Kami melihat rancangan di kaca tv yang ditayangkan jam 7 .tajuk cerita ni menarik "suamiku pengawas".

Nenek yana teringin sangat nak jadi macam heroin dalam cerita tu muda² lagi dah kahwin umur pun mau spm.Tapi kesian sebab terpaksa uruskan masa untuk suami.

Begitulah kamu pun kalau dah kahwin mesti pandai jaga laki kamu.biarpun apa² yang terjadi kamu mesti ingat yang semua yang terjadi mesti ada hikmah disebalik semua ini.

Tetap redha dengan semua perkara yang akan terjadi.Kami harus ingat nenek akan sentiasa bersama kamu.

Nenek kenapa ayat nenek macam nak tinggalkan yana jer.Nenek jangan cakap perkara yang bukan².

Kata² itu satu doa . Jangan tinggalkan yana .

Nenek akan sentiasa dengan kamu .Nenek harap kamu dapat maafkan nenek kalau ada buat silap dengan kamu.

Nenek jangan cakap macam tu .yana sentiasa maafkan nenek.jom dah lewat ni .jom kita tidur..hari ni yana nak tidur dengan nenek.

Hari tu aku tak selesa nak tidur .Aku nampak nenek batuk. Tapi nenek nampak sihat.

Keesokkan harinya.aku dalam nenek dan terus ke sekolah. Hari ni aku tak fokus dengan pembelajaran pada hari ini.

Sepanjang kelas aku tak fokus.aku asyik mengelamun seja .

Kring..

Aku terus berlari ke kantin dan mengambil makanan dan terus ke kelas .

Aku rasa patut aku pergi rooftop.aku terus melangkah ke atas .rehat selama 45 minit cukup untuk aku tidur sebentar.

Setelah sampai di kelas .aku dipanggil oleh pengetua.

Tok tok tok ....

Aku mengetuk pintu dan melihat pengetua yang sibuk dengan teleponnya

Dia terlihat aku dan terus memanggil dengan isyarat tangan.seperti menyuruh aku duduk di kerusi tersebut.

Apabila pengetua sudah habis dengan urusannya pengetua terus memandang aku.

Aryana.... saya dapat panggilan daripada hospital mengatakan bahawa nenek kamu di masukkan wad icu.

Aku yang mendengar terus meminta izin pengetua untuk pergi ke hospital.

Pengetua pun bersetuju dan terus meminta cikgu irna untuk menghantarkan ke sana.

Setibanya di hospital.aku segera ke wad . Tetapi dihalang kerana nenek sedang menjalani pembedahan.

Selepas beberapa jam menunggu.pintu wad terbuka.aku segera pergi ke arah doktor dan menanyakan keadaan nenek.

Maafkan kami tetapi penyakit yang dihadapi oleh pesakit tidak boleh diselamatkan kerana penyakit ini sudah lama tetapi tidak dibedah.

Aku yang mendengar terus meminta izin agar melihat mayat arwah nenek.
Arwah kelihatan tersenyum.

Arwah nenek di kubur selepas sahaja dibawa kerumah.ramai orang kampung mengucapkan takziah kepada aku.

Sejak dari kematian nenek aku tidak lagi ke sekolah atas faktor duit.

Sekarang ni aku mengemas bilik arwah.bilik arwah sungguh wangi.pada malam itu adalah malam pertama dan terakhir aku tidur bersama arwah.

Sewaktu aku ingin mengemas bilik arwah aku terlihat sebuah kotak yang terletak di bawah katil arwah.

Aku yang tertanya- tanya dengan isi yang ada didalam kotak itu segera aku melihatnya.

Dan aku terlihat beberapa gambar aku dan keluarga ku .gambar yang ada dalam itu semuanya  7 orang. Sepasang suami isteri, nenek, tiga budak lelaki dan seorang budak perempuan.

Kelihatan keluarga itu cukup bahagia.Setelah aku melihat ada sepucuk surat.

Aku pantas mengambil surat itu dan membaca isi surat tersebut.

Kepada cucu nenek ..aryana.
     Kalau kamu membaca surat ini bahawa nenek sudah pergi meninggalkan kamu buat selamanya.
Kami jangan risau sebab nenek

sentiasa bersama kamu.Kamu pergilah ke phoenix private high school. Disana banyak rahsia yang menanti kamu.

Nenek ada tinggal kan duit sebanyak 50 ribu untuk kamu.dalam simpanan kamu masih ada dalam 6 juta.

Itu semua duit daripada ayah kamu sewaktu kecil lagi.Apabila kamu sudah tiba disana bawalah semua barang yang nenek telah ditanggalkan dan simpan.

kamu bawa surat ini dan bagi kepada pengetua disana.kamu jangan risau sebab disana sudah sediakan dorm dan banyak lagi.

kamu hanya boleh pergi ke sekolah tersebut sewaktu kamu berumur 17 tahun.

kamu haruslah berjimat dengan duit yang ada sehingga kamu mencecah 17 tahun.

Nenek tahu kamu boleh hidup berdikari.ingatlah pesan nenek yang kamu pasti jumpa dengan keluarga kamu nanti.

                   
             Yang benar
                 Nenek

Setelah aku membaca surat itu aku menangis dengan kuat.sehingga aku tertidur bersama gambar keluarga ku.

suami pengawas sebelah mejaWhere stories live. Discover now