Prolog

18 5 0
                                    

Aku menatap wajah sekujur tubuh gagah yang berdiri di hadapanku. Senyuman manis terukir di wajahnya. Begitu juga aku. Kalau aku katakan bahawa aku tidak merinduinya, sudah tentu itu pembohongan yang paling agung di dunia.

Aku rindukan dia. Rindu yang amat mendalam. Rindu terhadap senyumannya, gelak tawanya. Segalanya tentang dia.

Air mata yang aku tahan seketika tadi perlahan-lahan jatuh membasahi pipiku. Dia mengambil langkah mendekati. Aku hanya mampu tertunduk. Tiada secebis keberanian untuk melihat dia dengan wajah yang sebegini teruk.

"Jungmi-ah,".

Lelaki itu menyeru lembut namaku lalu membuatkan kepala ini mendongak memandang dia. Senyuman itu masih melekat di wajahnya. Senyuman yang aku rindui.

"Tolong berhenti menangis. Saya tak suka tengok awak macam ni," kata lelaki itu. Perlahan-lahan dia mengelap air mataku lalu menarik badan ini bersatu dalam pelukan bersamanya.

Aku memeluknya kembali. Pelukan itu aku ketatkan. Tanda yang aku betul-betul tidak mahu kehilangannya lagi.

"Tolong saya mohon. Jangan tinggalkan saya," rayu aku. Air mata mula membasahi wajahku sekali lagi.

"Tidak. Saya tidak akan tinggalkan awak lagi. Dan awak tak akan hilang daripada saya," katanya. Aku mendongak perlahan melihat wajahnya.

"Janji?"

Dia menghadiahi aku senyuman. Tenang aku seketika melihat senyuman itu. Lelaki itu mengangguk kecil kepalanya.

"Saya janji".

. . . . .

Harap korang suka cerita ni. Dan jujur saya katakan, cerita ini berdasarkan daripada KDrama yang terhebat dua tahun lepas iaitu Goblin.

20% daripada cerita ini juga adalah berdasarkan daripada cerita sebenar saya. Haha, malu pula rasa.

Sebarang persamaan yang terdapat di dalam cerita ini dengan cerita lain adalah bukan disengajakan mahupun ingin saya tiru. 100% hasil usaha perahan otak saya.

©applefit/2018

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 03, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Reincarnation?  +jjkWhere stories live. Discover now