Kasumi pov
Aku Kasumi Nana. Masuk tahun ni umur aku dah 15 tahun. Impian aku tahun ni aku nak cari cinta sejati. Ooo yeh. Aku tak nak ketinggalan zaman. Aku tak nak dipinggirkan kawan - kawan kerana aku sorang je yang single.
Jap jap cup cup. Bukan aku sorang je single, Takagi single jugak.
Btw, Takagi ni kawan aku sejak sekolah rendah lagi.
Woi , Kasumi. Tersentak Kasumi dari lamunannya.
Ko nk apa Takagi. Tak nampak ke aku tengah usya lelaki tu.
Takagi memandang ke arah yang dimaksudkan Kasumi.
Mamat tu pun kau nak usya. Nerd kut. Terbeliak mata Takagi melihatkan taste Kasumi.
Sesuai laa dengan aku. Aku nerd apa. Kasumi menayang muka comelnya yang bercermin mata besar tu.
Ikut suka hati kau lah nak minat sapa pun. Bukan masalah aku. Masalah aku sekarang ni aku tak pandai nak jawab soalan math. Susah gilerr wehh. Tolong ajar aku boleh tak. Gara gara soalan math Takagi sanggup datang ke kelas sebelah.
Kau ni kan spoil mood aku betul. Tak boleh ke bagi masa untuk aku berehat dari fikir benda ni. Walaupun tak ada mood Kasumi tetap menarik buku math Takagi. Soalan math tu diselesaikannya.
Tersenyum Takagi bila soalan tu dapat diselesaikan Kasumi tak sampai lima minit. Nah sebagai balasan aku belanja kau roti.
Kau ni Takagi macam tahu2 je aku tengah lapar. Ni aku sayang kau.
Kalau sayang aku buat apa kau nak pergi intai budak nerd. Lebih baik intai aku. Bukannya kenyang pun dapat intai budak nerd tu.
Mencebik Kasumi. Habis tu kau ingat dengan intai kau aku boleh kenyang. Mengomel Kasumi sendirian sambil memandang Takagi melangkah keluar dari kelasnya tanpa ucapkan terima kasih.
Perkataan yang paling sukar nak dengar dari mulut Takagi adalah perkataan maaf dan terima kasih.
--------------------÷÷÷÷÷÷÷÷÷------------------------
Flashback.Aku perhati je kau ni.
Sejak aku kenal kau sehingga lah sekarang, kau ego kan.Kenapa pulak cakap aku macam tu. soal Takagi yang sibuk selesaikan hwnya.
Ye lah. Kau tak pernah nak ucap terima kasih. Aku tolong kau bnyak kali kut. Satu patah ayat tq tu kau tak reti nak sebut.
Apa bezanya aku sebut dengan tak. Beku betul ayat dia.
Bezanya bila kau ucap tq. Setiap jasa yang aku lakukan dihargai.
Tu je beza dia. Senyum sinis Takagi.
Bagi aku tq dan sorry menunjukkan kelemahan seseorang.
Pulak dah.
Lagipun aku tak nak bagi kasih aku dekat kau.
Bila pulak aku suruh kau bagi kasih kau dekat aku. Bingung pulak Kasumi.
Terima. Kasih. Aku tak nak persahabatan kita musnah disebabkan perasaan mengarut. So kalau kau ada apa apa perasaan dekat aku sila hapuskan. Tegas Takagi.
-------------------÷÷÷÷÷÷÷÷---------------------------
Mengeluh Kasumi mengingatkan kata kata Takagi. Sebenarnya sejak persahabatan aku dengan Takagi berusia 3 tahun hinggalah persahabatan itu mencecah 6 tahun , perasaan Kasumi terhadap Takagi bertukar menjadi cinta. Tetapi disebabkan kata kata Takagi tu Kasumi tak berani nak ambil risiko untuk meluahkannya.
Sebenarnya tujuan utama aku nak cari boyfriend adalh untuk lupakan Takagi.
-----------------------__%%%%%--------------------
Takagi povTakagi , bantu aku cari boyfriend boleh tak. Pinta Kasumi.
Aku yang ketika itu baru nak keluarkan basikal terhenti.
Kau datang sekolah nak belajar ke nak cari kekasih. Tegas Takagi.
Alaaaa... boleh lah Takagi. Kau tolong aku cari boyfriend , aku tolong kau cari girlfriend. Rayu Kasumi dengan muka comelnya.
Aku tak nak girlfriend. Buang masa aku je.
Kasumi tersenyum. Umpan dah mengena.
Kalau macam tu kau cakap je kau nak apa. Nanti aku bagi kau.
Sebelum tu aku nak kau senaraikan apa kebaikan dan keburukan ada boyfriend. Dan kalau keburukan tu banyak , tu bermakna aku tak nak bantu kau.
Okey. Deal. Kalau banyak kebaikan kau tolong aku ekk. Sebelum berlalu sempat lagi Kasumi kenyit mata.
Aku sakit hati melihatkan perangai Kasumi sejak akhir akhir ni. Perlu ke Kasumi ada boyfriend. Aku kenal sangat Kasumi. Dia tak kan lakukan sesuatu tanpa sebab. Jadi apa alasan Kasumi nak ada boyfriend.
Sejujurnya aku tak suka perempuan yang ada boyfriend. Sekarang Kasumi pula buat perangai. Kasumi dah tak nak kawan dengan aku dah ke.
YOU ARE READING
TYPE OF LOVE
RomanceAku perhati je kau ni. Sejak aku kenal kau sehingga lah sekarang, kau ego kan. Kenapa pulak cakap aku macam tu. soal Takagi yang sibuk selesaikan hwnya. Ye lah. Kau tak pernah nak ucap terima kasih. Aku tolong kau bnyak kali kut. Satu patah ayat...