❄2❄️

49 7 2
                                    

Jungkook duduk bersandar di birai katil. Otaknya ligat memikirkan tentang momo yang diperkatakan oleh Taehyung tadi. Dari sewaktu dia turun ke dapur sehinggalah sekarang. Jujur dia kata. Ada sikit rasa resah dalam hati.

Bagaimana kalau momo itu membunuhnya menggunakan pisau yang sudah berkarat?

Bunyi air mula kedengaran di bilik mandinya. Baru dia teringat akan bilik mandinya yang berkongsi dengan bilik sebelah. Satu soalan mula bermain di mindanya.

" Momo boleh mandi ke?? " soal Jungkook pada diri sendiri. Dia mengambil kayu baseball yang berada di tepi almari bajunya. Perlahan-lahan dia menuju ke arah pintu bilik mandinya.

" Okay Jungkook. Kau hanya perlu tarik nafas dan bila kau buka pintu ni saja. Kau terus pukul dia dengan kayu baseball ni serupa kau pukul bolanya. " guman Jungkook. Dia memegang kayu baseball dengan erat sekali. Dia menutup matanya lalu terus membuka pintu bilik mandinya.

" ARGHHHHHHHHHH TAEHYUNGGG!!!! " kedengaran suara seorang gadis menjerit serupa kena histeria. Jungkook membuka matanya. Benda pertama yang dia nampak adalah kaki seseorang.

" ARGHHHHHHHHHH MOMO ADA KAKI!! " dia terus keluar dari bilik mandi itu. Pintu bilik mandi ditutup lalu dikunci dari luar. Nafasnya turun naik. Dia terus menuju ke bilik sebelahnya, bilik Jimin.

Hyunji pov

Aku memerhati sekeliling. Not bad. Dinding warna hitam putih. Serupa tahi cicak aku tengok. Siapa yang cat bilik ni, aku tabik sesangat. Aku membuka bagasiku. Aku terhutang budi dengan Taehyung sekarang ni. Kalau bukan sebab dia, mesti aku dah merempat duduk bawah jambatan sekarang tapi aku tak kisah. Asalkan ada tempat berteduh.

Satu bingkai gambar menyapa pandanganku. Aku mengambil bingkai itu. Aku tersenyum kecil. Gambar aku, Taehyung dan

Senyuman aku terus pudah. Perasaan marah mula menyelubungi diri aku. Aku mencampak bingkai itu ke atas katil. Aku benci. Benci sesangat. Aku mengemas pakaianku. Jam tangan ditilik. 5 pagi. Elok sangat lah. Taehyung jumpa aku pun dalam pukul 2 cam gitu. Tak tidur lagi aku hari ni.

" Mandi ah. Boleh keluar awal sikit. " aku mengambil tuala yang tergantung di belakang pintu. Pintu bilik mandi dibuka. Okey cantik. Bersih gitu. Asal tetiba aku baru minyak wangi lelaki ni?? And asal ada lagi satu pintu?? Lantak ah. Bukan hal aku.

Belum sempat aku ingin membuka baju, pintu yang aku nampak tadi dibuka oleh seseorang. Namja.

Satu saat
Dua saat
Tiga saat

" ARGHHHHHHHHHH TAEHYUNG!!!! " jerit aku serupa kena histeria gitu. Lelaki itu membuka matanya. Memandangkan dia pandang bawah dan aku tengah pakai seluar pendek sekarang. So dia nampak kaki aku.

" ARGHHHHHHHHHH MOMO ADA KAKI!! " lelaki itu terus keluar dari bilik mandi ni bersama kayu baseball. Kejap. Kayu baseball? Dia nak bunuh aku ke siak? Tak boleh jadi. Aku kena mandi secepat mungkin and keluar dari sini. Buatnya lelaki tadi datang dengan kaum kerabat dia tak ke naya.

--

Taehyung menyapu mentega pada roti yang baru lepas dibakarnya. Bakal suami katakan. Telinganya menangkap bunyi yang amat dikenalinya.

" ARGHHHHHHHHHH TAEHYUNG!!!! "

" ARGHHHHHHHHHH MOMO ADA KAKI!! "

" Okay yang panggil nama aku tu mesti Hyunji tapi yang momo tu... bukan Jungkook ke? " Taehyung menggaru kepalanya.

" Pondan mana menjerit serupa kena rogol tu? " soal Jin dari dapur.

" Hmm. Adik aku dengan Jungkook? " kata Taehyung tidak pasti.

" Jungkook buat apa dekat adik kau tu?? Pergi tengok. Biar hyung suruh Namjoon buat nanti. " Taehyung memandang Jin dengan pandangan seriously-Jin-hyung? Taehyung menaiki satu persatu tangga, menuju ke bilik adiknya. Pintu bilik dibuka. Terlihat lah aksi yang amat memanaskan.

" HYUNJI!! JANGAN NAK BUNUH DIRI WOI. AKU TAHU PERANGAI KITA SAMA IAITU MENGGILA TAPI AKU TAKDE AH SAMPAI GILA NAK BUNUH DIRI. WOI. TURUN WOI. " Taehyung menarik Hyunji dari terus memanjat tingkap bilik.

" BENDA SIAK KAU. AKU NAK PERGI SEKOLAH JE PUN. "

" PINTU ADA KENAPA TAKNAK GUNA. "

" LAMBAT DUH NAK TURUN TANGGA, BUKA PINTU APA SEMUA. BAIK KELUAR IKUT TINGKAP TERUS. "

" APA KECOH-KECOH NI WOI. AKU NAK TIDUR LAH GILA. " Taehyung dan Hyunji terus memandang ke muka pintu. Lelaki berkulit putih itu memandang Taehyung dan Hyunji tajam.

" Apa yang bising sangat ni. Dari bawah boleh dengar. " Jin menyampuk dengan sudip ditangan. Terima kasih kepada Taehyung, Hyunji dan lelaki berkulit putih itu, semua penghuni rumah itu berada di hadapan bilik Hyunji sekarang.

" Kau punya pasal lah ni. " Taehyung memarahi adiknya itu. Kejap siapa yang mula menjerit dulu? Mencari salah orang betul si Taehyung ni.

" Tahi kau. Engkau yang menjerit dulu. Lepastu salahkan aku? Aku bangga dengan kau Kim Fucking Taehyung. " Hyunji memarahi abangnya balik.

" Taehyung. Siapa yeoja sebelah kau tu?? " tanya seorang lelaki yang berdiri di sebelah lelaki berkulit putih tadi. Bagi pandangan Hyunji, lelaki itu nampak comel dengan ketinggiannya itu.

" Oh. Adik aku. " jawab Taehyung bangga. Hyunji menggulingkan matanya.

" Kalau adik kau buang spek mata besar tu, mesti comel. " puji seorang lagi lelaki yang dari tadi tersenyum sahaja.

" Bagus lah. Mari makan. Sarapan dah siap. Boleh kenal-kenal. " Jin mengajak anak-anak untuk bersarapan. Taehyung yang ingin melangkah mengikut mereka terbantut apabila Hyunji merentap lengannya.

" Benda kau gila?? Tak puas lagi?? Nal gaduh ke?? Meh ah. " Hyunji membuat muka.

" Tolong aku. "

" Tolong apa?? "

" Tolong jangan bagitahu diorang kenapa aku pakai nerd macam ni. " kata Hyunji. Taehyung hanya mengangguk setuju. Dia dan Hyunji menuju ke arah meja makan.

" Okay adik Taehyung. Sila duduk. Aku nak buat sesi temubual ni. " Jin mengajak Hyunji duduk. Hyunji hanya menurut. Kalau bukan sebab kawan abangnya membenarkannya tinggal di rumah itu, sudah lama dia pergi ke sekolah.

" Okay aku Jin. Itu Yoongi. Hoseok. Namjoon. Jimin. Dan Jungkook. " kata Jin memperkenalkan diri kawan-kawannya.

" Nama kau siapa?? " tanya Jimin sopan. Nak pikat adik ipar katakan. Apa kena mengena??

" Hyunji. " jawab Hyunji sepatah. Takde masa dia nak cerita pasal latar belakang diri dia. Muhun jangan jadi busy body.

" Hoi. Asal kau jerit tadi?? " tanya Taehyung. Hyunji menjeling Taehyung tajam. Kan dia kata jangan jadi busy body.

" Hyunji ke yang menjerit tadi?? " tanya Hoseok. Taehyung mengangguk.

" Ada namja masuk bilik mandi tadi. " jawab Hyunji sambil meneguk air susu. Budak-budak kena minum susu bak kata Jin.

" Sia-- "

" Jungkook. " Jimin menyampuk. Semua mata memandang ke arah Jungkook termasuklah Hyunji. Mata Hyunji terus terbuntang.

" Kau-- "

" Diam Hyunji. Aku tahu kau nak maki si Jungkook tu tapi tunggu sekejap lagi sebab Jin tak suka orang mencarut apa semua ni tapi dia mencarut boleh pula. Aku sabar je dengan dia. " Yoongi memotong percakapan Hyunji. Hyunji hanya mengangguk.

" Weyh Kook. Cerita ah macam mana kau boleh masuk bilik mandi time ada Hyunji? " tanya Namjoon. Semua pakat nak dengar.

" Aku lebih sanggup duduk dekat bawah jambatan dari duduk rumah kawan abang aku yang serupa tenuk ni. " guman Hyunji. Bahunya ditepuk seseorang.

" Sabar. " Hoseok memberi semangat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 04, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] Dorm »» j.jkWhere stories live. Discover now