1

14 2 0
                                    

Hujan renyai, membasahi bumi.

Jacket yang tersarung ditubuh aku, dah basah dek terkena hujan yang kian lebat.

Laju sahaja aku mengatur langkah ke perhentian bas yang berhampiran dengan tempat kerjaku.

Kemudian aku melabuh punggung di tempat duduk yang telah siap sedia bersebelahan dengan seorang perempuan tua.

Kain sapu tangan aku keluarkan dari dalam tas tangan, dan kemudian mengelap baju kemeja yang serba sedikit terkena hujan.

Kasut bertumit aku tanggalkan dan bersila di atas besi yang sedang aku duduk.

Memang sejuk betul harini, tidak macam yang sebelumnya.

"Nama kamu apa?"

Aku agak kaget apabila makcik yang berada disebelahku ini tiba tiba sahaja menegur.

Tak masalahnya bagi la salam ke apa ke ;-;

"Oh...nama saya HaeSoo, Kang HaeSoo" jawabku sambil mengibas-ngibas corak baju yang masih lembab.

"Cantik nama kamu"

"Terima kasih" aku membalas kata-kata pujian makcik itu. Aku meneliti wajahnya. Dia tidaklah tua mana. Tetapi agak berumur.

"Nama makcik pula?"

"Kamu boleh panggil makcik, makcik Han" aku mengangguk sebagai tanda balas serta mengukir satu garis senyuman untuknya.

Makcik Han membalas senyuman aku dan dia dongak memandang langit, ya langit yang kebiruan.

"Haesoo, kamu tahu...apa itu cinta?" tanya Makcik Han, lembut sekali suaranya, agak sipi-sipi juga untuk aku dengar dalam hujan macam ni.

"Kenapa makcik tanya macam tu?" aku memandang langit semula, hujan kembali seperti biasa, tidak lebat seperti tadi.

"Haesoo, makcik nak tanya, kamu dah berkahwin?" aku menggeleng seperti biasa. Tidak salah untuk berterus terang.

"Cinta boleh berubah, cinta tu seakan memerangkap kamu dalam gelap, dan cinta juga, akan terhapus bila seseorang itu... mengubah fikiran, demi kebaikannya sendiri."

Aku menoleh, makcik Han sedang merenung aku dengan senyuman tipisnya.

"Haesoo, makcik harap, kamu dapat jumpa lelaki yang terbaik, yang sentiasa ada susah senang, sentiasa jaga kamu dalam kepayahan.

Malah, dia yang akan melindung dan yang tidak akan tinggalkan kamu demi kepentingannya sendiri, ya?" kata makcik Han sesambil dia merenung wajahku.

Aku sedar, air matanya laju menuruni pipinya. Dan dengan tindakan drastik, aku mengambil peluang emas ini untuk memeluknya.

Sudah lama aku tidak melakukan sebegini rupa.

Jujur, aku rindu akan kehidupan lama aku. Hidup di dalam kemiskinan dan kepayahan sewaktu aku masih belum diterima kerja.

Biarpun aku berada di dalam kemewahan sekarang, ia tidak memberi keuntungan atau kesan yang mendalam terhadapku. Semuanya biasa.

Dalam pelukan, aku memeluk makcik Han seerat yang mungkin. Air mata yang sudah bergenang di pelupuk mata, aku tepis. Aku menepuk serta mengelus perlahan belakang makcik Han .

Biarpun aku tidak tahu apa yang telah jadi, aku yakin yang makcik Han sudah harungi banyak benda dalam hidupnya sebagai seorang ibu dan seorang isteri.

Aku faham dan aku perlu bersedia menempuh semua cabaran yang bakal aku lalui juga nanti.

"Makcik, ada masa kita jumpa lagi ya. Terima kasih untuk nasihat yang makcik beri pada Haesoo. Haesoo akan ikut apa yang makcik cakapkan" seusai dengan itu, aku melepaskan pelukan dan makcik Han tidak lekang dari senyumannya.

Sesuatu yang terlintas di fikiran,

"Oh ya, makcik. Ini kad kerja HaeSoo, ada nombor telefon Haesoo dekat situ. makcik boleh telefon bila bila saja, ya?" Makcik Han mengangguk dengan kata-kataku.

Aku menyarung semula kasut bertumit dan sedia untuk melangkah pulang kerumah.

"Hati-hati jalan balik ya, Soo" aku mengangguk sekali lagi, dan meminta izin daripada makcik Han untuk pulang ke rumah memandangkan hujan sudahpun berhenti.

_______❀______

; to be continued



[ new fanfic so yeah ;) ♡ happy reading ! ]

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 10, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ɴᴏᴏɴᴀ | ʏᴏᴏɴ ᴊᴇᴏɴɢʜᴀɴWhere stories live. Discover now