" Unnie ! " Aku terkejut bila pintu wad ku dibuka secara mengejut dari luar. Terpancullah Kim Naomi yang perkaian dress hijau cair paras lutut.
Aku mengurut dada. Hailah. Boleh mampus aku kalau tiap - tiap hari macam ni. Aku yang takda sakit jantung , boleh kena heart attack layan budak Naomi ni.
" Unnie dah siap ? " Naomi berjalan mendekatiku. Aku menzip beg lalu memandang Naomi dengan senyuman.
" Sudah. "
Naomi membalas senyumanku lalu lenganku dirangkul olehnya. Akhirnya. Selepas dua hari mereput di hospital , dapat juga aku keluar.
Naomi banyak kali datang melawat aku. Pagi petang siang malam dia datang. Mulur becok dia sentiasa membisingkan wad aku. Aku pun apa lagi , dah dia bawa membawang , aku pun joinlah.
Ngehehehehe. Bukan selalu dapat membawang.
® ® ® ® ®
Aku masuk ke dalam perut kereta Naomi. Naomi turut masuk ke dalam dan mula memanaskan enjin.
" Kita nak ke mana ? " Soal Naomi. Aku memandang Naomi pelik.
" Baliklah. Nak ke mana lagi ? " Aku nampak muka Naomi yang nampak terkejut. Apahal pula ni ?
" Kenapa ? " Kataku. Salah ke aku nak balik rumah ? Pelik budak ni.
" Unnie tak tahu ? " Katanya cuba berdolak - dalih. Aku memandang Naomi dengan muka blur. Naomi menepuk dahinya.
" Apalah unnie ni...birthday suami sendiri pun tak tahu. " Kepala Naomi tergeleng - geleng. Kesal dengan sikapku.
Eh ?
Apa dia kata tadi ?
Birthday ?
Namjoon ?
WALAO
Sekarang berapa hari bulan ?
Aku buka lockscreen telefonku. 11 September. Halamak. Esok birthday dia. Macam mana aku boleh tak perasan ?
" UNNIE ! " Aku terhinjut mendengar sergahan Naomi. Budak ni , kalau aku pijak kejap lagi baru tau.
" Apa ni Nao ? Janganlah sergah orang suka hati. " Marahku. Naomi tersengih.
" Hehe sorrylah. Tadi Nao panggil , unnie tak jawab pun. Sibuk mengelamun. " Naomi mencebikkan bibirnya.
Aik ?
Aku pula yang salah ?
" Haa cakaplah. " Tadi nak cakap sangat.
" Unnie dah prepare apa - apa untuk oppa ke ? " Soalan Naomi membuatkan aku berfikir hingga jauh ke benua aus aus.
√√
YOU ARE READING
[C] Housewife ft knj
Historia Corta[ NamJoo ] ® ® ® " Eyhh apa punya jenis suami lah manusia ni. Kalau aku ni bukan bini dia, dah lama aku tolak dia masuk gaung tau. " #qfffaaps02 start ; 280518 end ; 051218