14 | Sepi

106 19 1
                                    

Aroma teh di meja menerobos ke rongga hidung. Saat itu juga bintang setia menjadi peneman bulan. Mata dikecilkan memandang langit sambil hujung jari telunjuk diketuk-ketukkan ke meja. Helaan nafas berat kedengaran.

Terkadang sepi juga merupakan sebuah jawapan. Diam tak bermakna jawapannya positif mahupun negatif. Satu soalan, jawapannya bercabang. Salah satu cabang tersebut adalah miliknya.

Bukan dia tak mahu merungkai misteri di benak gadis kesayangannya, cuma jawapannya memang begitu.

"..."

Ya, begitu.

Angin malam yang menampar lembut ke seluruh badan mencengkam hingga ke tulang. Lengan yang terdedah diusap-usap memberi haba.

Terbayang wajah manis gadis kesayangannya ketika itu. Isi yang terkumpul hanya di pipi dan naik membulat ketika senyuman diukir. Ditambah dengan lekukan kecil di pipi kanan. Itulah wajah yang didambakan.

Gadis itu dilanda kekeliruan.
Gadis itu dilanda kerinduan.
Gadis itu dilanda kesedihan.
Hanya kerana sepi darinya.

Sejujurnya, hatinya terhimpit. Tidak semudah ABC untuk memberi sebuah jawapan. Seketika kemudian, guruh berdentum kuat, memberi kejutan buatnya. Awan hitam hadir menutup indah cahaya bulan dan bintang. Mungkin hujan akan turun.

Penumbuk dikepalkan.

"Hujan adalah kegemaranku, tapi mengapa perlu menghalang keindahan bulan dan bintang?"

Awan mula menangis, memberi titisan hujan yang tak terkira. Cawan yang masih terisi separuh penuh teh diangkat dan dibawa masuk ke dalam.

Ya, dia tak mahu terkena tempias hujan.

SUDUTWhere stories live. Discover now