Part 3

191 8 20
                                    

Sudah menjadi amalan harianku tercongok di warkah usang tempat menunggu bas di kawasan berdekatan kampungku. Tepat pukul 7.30 pagi aku sudah berada di sini. Suasana dipagi hari ini agak gelap, kebiasaannya kalau di waktu begini langit biru cerah.

Aku mendongak memandang langit di atas. Kelihatan kelam, petanda hujan mahu turun. Angin juga bertiup agak kencang berselang-seli bunyi guruh dengan kilat cahaya di dada awan. Tudung bawal yang ku pakai hampir hendak tercabut dibuatnya.

Tidak beberapa minit, gerimis hujan turun lebat sekali. Aku mengundur sedikit ke belakang untuk mengelakkan tempias hujan. Mengigil tubuhku dek menahan kesejukkan.

Sedang anak mataku melilau mencari kelibat  bas  perkhidmatan awam, tiba-tiba terdapat sebuah kereta mewah itu berhenti betul-betul dihadapanku. Bentuk kereta itu sepertinya ku kenal tuan empunya kereta. Nazril meluru keluar dari perut kereta menuju ke arahku.

“Hujan nampaknya tak berhentilah Eyza. Why not awak ikut saya masuk ke dalam kereta,. ”

“Errr... ta..pii Encik Nazril.....”

Belum sempat aku menghabiskan ayat, Nazril lantas mencantas bicaraku.

“Tak ada tapi-tapi, Eyza. Awak tunggu berjam-jam kat sini pun belum tentu bas ada. Tengok keadaan cuaca pun dah makin memburuk. Saya tak nak awak sakit nanti.” luahNazril.

Jantungku memang tidak berhenti berdegup tatkala mata Nazril membulat melirik kepadaku. Dah orang pelawa, kita terimalah ajakkan dia. Jangan nak perasaan Eyza. Dia tumpangkan kau naik kereta mewah sebab kau tu pekerja dia okey! Tidak lebih daripada itu.

Aku mengangguk tersenyum.

Dalam kereta aku hanya mendiamkan diri. Tiada tajuk perbincangan yang mahu dibualkan. Aku memeluk erat tubuhku sambil mengosok-gosok tapak tanganku bagi memberi kehangatan kerana air cond yang dipasang sangat menyejukkan badanku bercampur pula cuaca hujan di luar.

Kereta Nazril berhenti secara mengejut di tepi jalan. Sweater hitam di tubuhnya ditanggalkan. “En..cik.. Nazril nak apa-apakan saya ke?! Jan..gan.. Encik! Saya menje..ritttt kanngg!” suaraku mula meninggi.

Nazril yang terkejut mendengar suaraku yang berdentum membuntang merenung wajahku. Gurpp! Khuatir juga aku. Berduaan-duaan sebegini pasti bakal mengundang makhluk ketiga. Kalau nafsu sudah menguasai pasti iman yang rapuh mudah terjerumus ke lembah maksiat.

Nazril ketawa besar. “Eyza, saya tengok awak mengiggil tahan sejuk, tu saya berhentikan kereta nak awak pakai sweater saya ni.”

Wajahku berubah warna merah padam. Perasannya kau Eyza! “Maafkan saya Encik Nazril sebab bersangka buruk pada Encik Nazril.” lirih suaraku memohon maaf. Aku berasa mahu meletakkan sahaja setepek tahit ayam diwajahku buat masker kerana malu punya pasal.

“Nahh pakailah.” Nazril mempamerkan senyuman mengodanya. Aku mengambil sweater hitam itu lalu dipakai dan ucapan terima kasih ku berikan.

Nazril menghidupkan kembali keretanya. Beberapa saat kemudian, kereta meluncur ke atas jalan raya. Aku sedikit kebingungan apabila arah jalan ke bangunan Temenggong Holdings bertentangan. “Encik Nazril, kita nak pergi mana? Bukan sepatutnya belok ke kanan ke?” soalku inginkan kepastian. 

Nazril yang asyik sedang memandu mengerling sekilas ke arahku sambil senyuman nakal terpamer jelas. Aku mengalihkan pandanganku ke hadapan. Tidak sanggup rasanya meraut bulan purnama takut hati terpaut jiwa kelak merana.

“Awak rasa kita nak pergi kat mana? Cuba teka.” Soal Nazril pula kepadaku. Aku menjungkit bahu mendengar soalan Nazril. Bermain teka-teki pulak si Nazril.  Siapa bertanya siapa? Aku yang bertanya, aku pula ditanya. Rungut hatiku.

Mengharap Sebuah KebahagiaanWhere stories live. Discover now