❝ You are my world. ❞
×
Aku nak cakap ini hihi.
Aku nak tukar tajuk story ini sebabkan tajuk Instant Couple ini sebenarnya aku main rembat je dari tajuk story aku lagi satu, Intant Husband lol.
So, any suggestion?
Aku takde idea huhu.
(ಥ_ಥ)Dan ya,
Makin lama makin mengarut dan cringy cerita guwa ini-
Thanks for reading ♡
--
Aku memandang Jaebum di sebelahku. Memang tak senang duduk dan paling merisaukan aku, dia tak berhenti menggigil.
"Ahjussi, boleh tak laju lagi?" Jaebum berkata buat kali ketiga.
"Nak, ini paling laju. Sebabkan jam, ahjussi tak boleh lebih dari ini." kata ahjussi Grab membuatkan Jaebum menyapu mukanya stress sebelum menunduk memandang lantai kereta. Kasihan aku melihatnya.
"Ergh-" Aku terkejut apabila ternampak Jaebum seperti tersedu. Lagi mengejutkan apabila aku terdengar tangisannya. Perlahan tapi cukup buatku dengar.
Jaebum cuba menahan tangisannya.
"A-ahjussi, boleh kuatkan radio tak? Saya bosan." kataku. Aku sebenarnya risau ahjussi itu dengar Jaebum menangis.
Ahjussi itu menguatkan radio.
Aku mendekati Jaebum. Risau, aku risau. Apa patut aku buat ini?
"M-mama." aku tersentak. Ada sesuatu berlaku pada mama?
Terus aku peluk Jaebum erat. Hati aku tak dapat tahan lagi.
"Jaebum ah, jangan risau. Aku ada. Hm?" Aku menyapu belakangnya supaya dia lebih tenang. Aku tak sanggup nak tengok dia lemah macam ini. Mana Jaebum yang aku kenal? Jaebum yang suka gelak dan suka kenakan aku?
"Jaebum?" panggilku apabila dia sudah senyap. Eik, tidur ke?
Aku cuba meleraikan pelukan untuk melihat mukanya namun aku ditarik semula.
"B-boleh tak kita duduk macam ini sekejap?" soalnya dengan suara lain macam. Ah, betullah. Dia menangis.
"Okay." Aku memeluknya semula. Atototoo, comelnya anak keluarga Im ini.
Melihatkan keadaan Jaebum, aku harap mama tak apa - apa. Tiba - tiba rindu eomma pula huhu.
"Dah sampai, nak." kata ahjussi Grab sambil memandang kami di belakang membuatkanku menolak Jaebum secara mengejut dan berpura - pura melihat keluar tingkap. Lakonanku gagal-
Ah, malu aku malu.
Kantoi punya pasal, aku pandang Jaebum dari ekor mataku. Nak tengok reaksi dia. Takut pula aku dia terasa dengan tolakan aku tadi. Akhirnya aku pandang dia.
Jaebum sedang merenungku. Dia, tersenyum? Aku perasan matanya merah dan mukanya pucat namun dia tersenyum buatkan aku berasa lega.
"Terima kasih, ahjussi. Maaflah saya kabut tadi." kata Jaebum sebelum membayar dan kami keluar.
"Cepatlah!" katanya berlari meninggalkanku di belakang. Eh, kuang asem punya mamat.
Tiba - tiba langkah Jaebum terhenti membuatkan aku terkejut. Kenapa? Ada kak cong berbungkus lompat - lompat ke? Eh, jangan macam - macam. Dah maghrib ini.
Jaebum berlari anak ke arahku lalu tanganku dipegang dan ditariknya aku berlari bersamanya.
"Mama!" panggil Jaebum setelah merempuh bilik wad. Bagai nak tercabut pintu bilik tersebut dijahanamkan si Jaebum. Aku harap pihak hospital tak marah.
Takpelah, dia kaya. Setakat pintu ini halah, sejuta boleh beli woi.
"Maaaaaaaa!" Jaebum terus memeluk mamanya yang sedang terbaring di atas katil dengan tangan disimen. Tangan patah?
"Aigoo aigoo, uri Jaebumie. Mama okaylah, aigooo. Mama tergelincir tandas jelah." belakang Jaebum ditepuk mama perlahan. Aku hanya menyengih melihatnya.
Jaebum anak mak wehhh-
"Jaebum mesti buat kamu terkejutkan?" soal Aunty Dee yang juga berada di situ.
"Huh?" soalku blur.
"Dia menangiskan?" soal Aunty Dee seakan dapat meramalnya. Aku hanya tersenyum pendek.
"Dia, memang macam itu."
"Walaupun nampak kuat, tapi dia lembut di dalam. Aunty tak tahulah sama ada kebetulan atau tak, tapi Suhee, kamu nampak serupa dengan dia walaupun cara pemakaian kamu lain." sambung Aunty Dee lagi.
"Dia?" aku berkerut. Tah shapa shapalah itu.
"Jaebum's ex fiance."
H-huh?
YOU ARE READING
❛ Couple ❜ + i.jaebum
Hayran Kurgu❨ completed ❩ Kim Suhee × Im Jaebum ❝Kau jadi fake boyfriend aku, aku jadi fake girlfriend kau. Settle masalah kita.❞ 『231118 - 201218』 Storyline; Cover; ©dreamochi-