💐 Bab 1 💐

4.3K 547 94
                                    

Bunyi derapan telapak kaki melewati ruang tamu mengejutkan Jimin. Tetapi dia tenang, bersahaja dia melayan televisyen yang masih menyala. Entah benda apa yang ditonton lewat malam ni, Jimin sendiri tidak pasti. Apa yang pasti, adik perempuannya baru sahaja pulang. Pukul 2 pagi.

"Ehem, pergi mana?"

Derapan telapak kaki itu berhenti. Jimin memanjangkan tangannya mencapai alat kawalan TV, kemudian TV ditutup. Suasana agak gelap, tetapi Jimin buka lampu menggunakan alat kawalan jauh yang lain. Khas buat lampu dan kipas.

"Baru balik sekarang. Pergi mana?" Soalan diulang. Jimin memeluk tubuh, memandang sekujur tubuh adik perempuannya, Park Jaera.

"Group discussion."

"Sampai pukul 2 pagi? Dengan siapa?"

"Emm.. Naddy."

Jimin menarik nafas panjang.

"Abang bukan tak percaya, tapi kerap sangat keluar group discsussion. Sekarangkan tengah cuti semester. Ada apa lagi nak dibincangkan?" Pertanyaan Jimin mendiamkan Jaera sepenuhnya. Dia hanya menekur, memandang jari kakinya.

Jimin mengecilkan mata. Ragu-ragu betul dengan Jaera. Rasa macam nak bertanya lagi, tetapi cukuplah sikit sahaja hari ini. Dia tidak mahu memanjangkan isu.

"Pergi naik."

"Okey."

"Jangan keluar jumpa Naddy kalau tak ada apa-apa urusan dengan dia." Pesan Jimin. Jaera mengangguk sikit.

"Dengar tak abang cakap ni?"

"Dengar..."

"Dah, naik."

Mencicit Jaera naik ke atas. Bunyi katupan pintu bilik membuatkan Jimin menarik nafas panjang. Entahkan lega, entah tidak.

*****

Jaera gelisah. Malam ini, dia sudah berjanji dengan Naddy akan keluar seperti biasa. Tetapi jika dia pergi, pasti Jimin akan banyak bertanya.

Itulah.

Inilah.

Dia sudah tiada alasan lagi ingin diberikan kepada Jimin. Tetapi, Naddy... argh!

"Abang..." panggil Jaera. Terpaksa juga dia menapak ke bilik kerja abangnya di rumah ini walaupun sebenarnya dia agak takut.

"Hmm.. apa?"

"Saya nak keluar... boleh?" Kepala Jimin terangkat. Rambut yang menutupi dahinya diselak ke belakang. Tabiat.

"Keluar ke mana?"

"Jumpa Naddy. Saya punya assignment tertinggal dalam kereta dia semalam." Tutur Jaera lancar. Main sebut sahaja. Asalkan ada alasan.

"Suruhlah dia hantar ke rumah." Kata Jimin tenang. Checkmate!

Jaera menggigit bibir. Bagaimana lagi dia perlu lakukan? Macam tak berjaya.

"Tapi, saya dah janji dengan Naddy." Jimin menolak kerjanya ke tepi. Nafas panjang di tarik.

"Pergilah. Jangan balik lewat." Kata Jimin. Wajah Jaera terus bertukar ceria. Dia meloncat kecil, masuk ke dalam bilik Jimin dan tubuh lelaki itu didakap longgar.

"Thank you! I love you, abang."

"Jangan balik lewat."

"Okey!" Sahut Jaera ceria. Dia terus beredar. Jimin tidak gembira. Malah dia risau. Kuat hatinya mengatakan, Jaera dan Naddy mempunyai hubungan yang luar biasa.

*****

"Naddy.. ja.. janganlah. Kita dekat luar ni."

"I dah tak tahan."

[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남자 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now