BAB 1 ✨KeBaHaGiAn✨

25 2 0
                                    

Pada waktu petang yang mendung dan cantik cuacanya ini, kelihatan seorang gadis kecil dalam likungan 20-an sedang menyanyi riang sambil menghayunkan buaian kayu yang terdapat dibawah pokok tua yang rendang itu. Gadis cantik itu sedang tersenyum girang sambil menyanyi dengan menikmati keindahan dunia yang terbentang luas. Kelihatan ibu burung sedang memberi makanan kepada anaknya diatas dahan pokok itu. Rama-rama sedang saling berkejaran disana sini. Sedang asyik menikmati keindahan dunia, tiba-tiba, satu tangan separuh umur sedang mengusap kepalanya yang dibaluti tudung bawal hitam. Si gadis yang sedikit terkejut itu berhenti menyanyi dan mendongak wajah untuk melihat si gerangan yang mengacau masa bahagianya. Umi...

Umi Maznah yang melihat reaksi terkejut si cantik ini tergelak kecil. Tempat kosong disebelah si gadis ini didudukinya. Umi Maznah mengambil tangan putih si gadis ini dan diusap lembut. 'Putih dan lembut' . Si gadis yang melihat pembuatan umi Maznah hanya tersenyum dan membiarkannya sahaja. "Nampak happy je anak umi yang sorang ni. Ada apa-apa yang nak dikongsi dengan umi ke? Umi pun nak tahu juga.!" Si gadis yang mendengarkan itu hanya tersenyum manis sahaja.

"Umi...kenapa hidup kita...tidak seindah mimpi kita?" Si gadis yang tadinya sedang asyik memandang kicauan burung-burung itu beralih memandang umi dengan semyuman. Tangan tua umi diusap dengan lembut. "Takdir Chella...takdir yang menentukan jalan kehidupan kita...Jangan sesekali menyoalkan kerja takdir. Tak baik sayang.." Marchella Heylen yang mendengarkan jawapan dari mulut umi itu hanya tersenyum hambar. 'Takdir...'

Dari bayi hingga usianya menginjak 20, hanya itu sahaja jawapan umi. Takdir, takdir dan takdir. Apa itu takdir? Kenapa 'takdir' itu sepertinya kejam pada gadis bernama MARCHELLA HEYLEN? Apa salah gadis yang bernama MARCHELLA HEYLEN BINTI ROBERT XIU, sehinggakan takdir hidupnya seperti ini. Bila...agaknya kebahagian untuk gadis bernama Marchella Heylen ini akan datang? Tidak sudikah seorang gadis bernama Marchella Heylen ini untuk merasai kebahagian? Kebahagian untuk diri sendiri...

Umi Maznah yang seperti memahami fikiran gadis ini tersenyum manis. Lengan putih yang ditutup lengan baju dilipat sedikit untuk melihat kesan lebam. 'Kesan lebam masih baru'. Diusap pelahan kesan lebam itu dengan tapak tangan tuanya. Marchella yang sedikit terkejut akan tindakan uminya semakin gelabah. Gelabah akan disoal siasat. Ini...kesan lebam yang ditinggalkan oleh Bella dan kawan-kawanya...

"Marchella Heylen Binti Robert Xiu, selagi diri kita masih bergelar manusia, selagi diri kita ini masih bernafas di atas muka bumi ini, selagi itulah diri kita akan diuji dengan pelbagai bentuk. Kita sebagai hamba-Nya, jangan sesekali mengeluh dan mempersoalkan. Itu adalah jalan kehidupan kita. Ingat Chella, Dia tidak akan menguji hamba-Nya, jika hamba-Nya tidak mampu. Chella, si gadis yang kuat...sebab itu Dia pilih Chella untuk diuji...Dia sayang Chella...." Lengan putih yang dihiasi dengan lebam-lebam itu diulus dengan lembut. Dia tahu angkara siapa. Dia lihat segalanya semalam.

"Chella, ingat pesan umi ni...umi sayang Chella macam anak kandung umi sendiri. Chella jangan rasa diri Chella kosong...Chella ada umi, Chella ada abi, dan yang paling penting sekali, Chella ada Allah nak...Kebahagian untuk diri Chella akan hadir tidak lama lagi...Sabar yaa sayang..." Marchella yang memdengarkan itu, hanya tersenyum kecil...

Umi Maznah dan Abi Osman...orang yang dah banyak tolong Chella...mereka berdua yang banyak tolong Chella dalam mengenali agama islam...mereka berdua yang selalu bagi nasihat dekat Chella...mereka berdua juga yang tolong keluarkan Chella dalam dunia kemurungan disebabkan Chella mengalami tekanan emosi...mereka berdua umi dan abi Chella..dan Chella...anak umi dengan abi...macam tu?

"Chella sayang umi dengan abi..." Chella tiada siapa-siapa lagi dalam dunia ni. Chella hanya ada umi, abi, Etot(kucing) dengan janda(kucing)..dan..Allah? Chella kenal Allah tu..Chella pernah belajar dekat sekolah dulu...tapi...entah la..Chella rasa...kosong?

"Umi dengan abi pun sayangkan Chella. Etot dengan janda pun sayangkan Chella. Dan, yang paling penting, Allah pun sayangkan Chella. Sebab, Chella kan kuat? Betul tak sayang?" Umi Maznah mengulus lembut tangan putih kecil ini. Mata umi Maznah mula turun memerhati wajah si gadis ini. Melihatkan wajahnya yang mula kemerah-merahan kerana panas, mata bulat hazelnya yang terkebil-kebil melihatnya, kening cantik terbentuk, bibir munggil yang merah bak delima itu sedang tersenyum manis....Ya tuhan...sungguh indah ciptaan-Mu ini...

"Esok, pukul 10 pagi, Chella datang pejabat umi yaaa? Sebab Chellakan lagi 5hari disini, jadi umi ada perkara nak bincang dengan Chella. Umi minta diri dulu ya sayang. Chella jangan berlama-lama dekat luar ni. Nak dekat maghrib ni. Tak elok untuk anak dara. Ingat tau esok datang pejabat umi. Assalamualaikum" Marchella yang mendengarkan itu hanya tersemyum kecil dan mengangguk. Selepas menyalam tangan tua umi, Chella kembali termenung mengenangkan nasibnya sebaik sahaja melangkah keluar dari sini...

Sepanjang 20 tahun aku disini, tiada satu pun kenangan manis yang aku tinggalkan. Semuanya luka. Hampir setiap hari, anggota badan ini disakiti. Hampir setiap hari, emosi ini disakit. Dan, hampir setiap hari jugalah, mental dalaman ini disakiti. Perit, luka dan pedih, hanya insan bernama Marchella Heylen saja yang rasa, yang lalui. Mereka yang melihat, mereka yang mendengar, tidak rasa apa yang Marchella Heylen rasai. Mereka hanya tahu ungkapkan nasihat, kata-kata semangat buat Marchella Heylen, tapi mereka sendiri tak faham apa yang Marchella Heylen lalui...

'Saya faham perasaan awak...saya faham situasi awak...' Tapi persoalannya, apa yang mereka faham? Apa yang mereka tahu tentang situasi seorang Marchella Heylen? Mereka hanya tahu mengungkap, tapi tidak tahu mentafsir. Chella penat...Chella nak rehat...

Macam yang selalu Chella soalkan...kenapa hidup kita...tidak seindah mimpi malam? Sampai sekarang, tiada satu jawapan pun yang menjawab soalan Marchella Heylen dengan tepat. Yang selalu mereka akan jawab adalah, takdir, takdir dan takdir. Chella yang mendengarkan itupun berasa bosan..

Chella penat...penat yang macam mana Chella? Chella penat dengan permainan dunia ni...sampaikan Chella rasa...macam nak bunuh diri je..

Chella sakit...sakit yang macam mana pulak tu Chella? Chella sakit...dengan segala perbuatan orang pada Chella...'Pendatang Asing'? Chella sakit mendengarkan panggilan nama tu...Chella tak suka.

Tapi...kenapa mereka tidak mengerti, tidak faham akan apa yang Chella rasakan? Macam yang Chella cakapkan tadi, mereka takkan faham akan perasaan insan seperti Marchella ini...mereka hanya tahu nak cakap je. Tapi tak tahu apa makna yang tersirat dalam percakapan diorang...fuck...              

Kini...Chella nak bersendirian...Chella taknak siapa-siapa...Chella hanya nk sorang-sorang je...

Kini...Chella nak rasa hidup berseorangan...Chella taknak siapa-siapa...Chella nak rasa berseorangan pula...

Tapi...Chella takut...macam mana hari-hari Chella nanti? Macam mana seorang Chella nak survice? Luar sana ramai manusia...macam-macam jenis ragam manusia ada...Chella takut..
Tapi..demi untuk mencari kebahagian diri, Chella kerna fight! Mesti! Dan harus!...

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

1073 words!

Harap korang suka lah yaaa...
Jangan lupa komen dan vote tau..
Kalau ada yang idea lebih kreatif tu, boleh la share😅hehehe

✨Next chapter 'PERTEMUAN PERTAMA'

MARCHELLA_Where stories live. Discover now