Part 4

244 7 25
                                    

6 tahun yang lalu...

Aku menangis teresak-esak dipangkin kayu. Air mata ku hamburkan sepuas-puasnya. Tongkat ku campak kehadapan.

“Aku tak perlukan tongkat! Aku tak cacat!” kepalaku gelengkan berulang kali. Kedua-dua belah tapak tanganku terkup di telinga. Gelodak perasaan amarah terus membahang, hanya menunggu meletup seperti gunung berapi!

Aku perhatikan kelibat susuk tubuh yang tegap, tongkat yang ku buang sebentar tadi diambil. Gerak langkahnya sedang menuju ke arahku. Air mata yang bersisa di kelopak mataku mengaburkan sedikit pandanganku. Ku renyeh berkali-kali mengesat titisan mutiara.

“Kenapa ni dik? Apasal Timah ngadu kat abang yang dik banyak diamkan diri. Pastu dik lama tak datang sekolah dah masuk dua minggu.” Tanya Amirul dengan nada lembut.

“Abang Mirul buat apa jumpa Eyza? biarlah Eyza tak pergi sekolah! Eyza cacat! Eyza dah tak sempurna macam dulu. Abang tengok keadaan Eyza nii... cacat! Jalan pun bertongkat. Semua ejek Eyza tempang...” dihujung bicaraku bertukar sayu. Laju air mataku turuni membasahi pipiku mengalir seiring perasaan yang dipukul kesedihan.

“Syhhhh.... dah lah nangis. Ingat Allah banyak-banyak. Dik kuatkan? Abang percaya adik orang kuat. Timah... Umi... Walid... dan Pak Hashim, diorang semua sayangkan adik. termasuk abang pun sayangkan adik.” Tidak mengalah Amirul memujukku.

“Lap air mata tu. Sekarang dik bagitahu abang, siapa yang ejek adik? biar abang sagat-sagat mulut dia pakai berus.”

Aku kembali mengukir senyuman lebat melawan rasa sedih yang menerjah di jiwa. Debaran sering menjelma kala aku bersama dengan Amirul. Sungguh cinta dan kasih sayang sudah lama menyelinap diam dalam hatiku. Ku pendamkan saja rahsia itu, biarlah aku sendiri yang mengetahui.

“Abang mirul, janji dengan Eyza jangan tinggalkan Eyza boleh?” soalku sambil mengacukan jari kelingkingku sebagai tanda janji. Amirul menyambut mesra. “Abang janji.” Balasnya mengutum senyuman yang tidak pernah sepi dari bibir merahnya.  

..........

Sejak dari kecil lagi aku sudah mengenali Amirul, abang sulung kepada Fatimah. Kami berdua sangat rapat macam adik-beradik. Sejujurnya aku lebih selesa memendam rasa cinta itu bersendirian. Aku tidak mahu suatu hari rasa ini akan memecah-belah hubungan yang sekian lama terbina. Biarlah aku memuja dari jauh.

“Apa Timah? Abang Mirul dapat tawaran sambung belajar di Mesir?” Terjegil bijik bola hitamku mendengar khabar yang dibawa oleh Fatimah. Perasaan sedih menghambat dalam sudut hatiku. Mana janjinya? Dia janji tak akan tinggalkan aku.

“Ya Eyza... kau nak ikut tak aku gi Kuala Lumpur? Malam esok terakhir abang Mirul ada kat rumah.” Jelas Fatimah seperti kehairanan.

“Kau kenapa? Sedih je dari tadi. Kau sukakan abang aku eaaaa? Betul tak?” Fatimah menyiku lenganku. Muka Fatimah ku mengerling tajam.

“Memandai aje kau. Ma...na ad.a! aku sedih aje abang Mirul sepatah habuk tak kasi tahu aku pun. Hurmm, aku sedarlah aku bukan siapa-siapa kan Timah”

Fatimah ketawa berdekah-dekah. Dia kalau sehari tak sakitkan hati aku memang tak sah! “Hey! Yang kau gelak apasal? Aku ada buat lawak ke?” getusku geram.

“Aku tengok dari riak muka kau yang sendu, aku tahu kau menaruh perasaan abang Mirul. Dengan orang lain bolehlah kau tipu. Tapi kalau dengan aku jangan mimpi ok.” Tersengih-sengih Fatimah mengusikku.

“Malas aku layan kau.”

Aku mencapai tongkatku lantas meninggalkan Fatimah di kantin sekolah. “Eyza! hoii tunggu aku weyy!” Panggilan Fatimah tidak ku hiraukan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 08, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mengharap Sebuah KebahagiaanWhere stories live. Discover now