Bab 2

65 0 0
                                    


Aku bangun lambat hari ni. Kalau tak sebab panas cahaya matahari menyuluh muka, mesti aku tak bangun lagi. Aku tengok di sebelah aku, Suraya dah tiada. Dah bangun. Malas-malas aku mengesot ke tepi katil.

"Malasnya..." Aku termenung sekejap. Tengok kaki sendiri. Menguis-nguis lantai macam orang tongong. Haih... Mengeluh panjang sekejap sebelum bangun dari katil. Beg pakaian yang aku letakkan di tepi almari semalam aku buka. Zip dari hujung ke hujung ditarik. Aku ambil tuala dan pakaian yang hendak dipakai hari ni. Sebelum aku masuk dalam bilik air, handphone di atas meja solek aku ambil. Ada satu mesej dari Qayyum dan 5 missed call dari dia. Aku buka peti terima pesanan. Ye lah. Lupa aku nak mesej dia semalam.

'Awak dah sampai ke?' Subuh tadi. Selang beberapa minit dia hantar mesej tu, dia called. Nampak sangat terlajak Subuh tadi. Aduh... Alarm Subuh pun aku tak dengar. Aku ambil charger dari dalam beg tangan. Handphone dah nak kena charge. Tinggal 17% je jangka hayatnya. Lepas full kang lah baru aku reply mesej Qayyum.

Selesai mandi dan bersiap, aku keluar dari bilik. Ruang tengah rumah Mak Andak masih sama, yang bertukar cumalah langsir dan tikar getah. Piala kemenangan Suraya dan Syamir waktu sekolah masih lagi tersusun rapi di rak kayu tepi pintu bilik Mak Andak. Suasana yang menenangkan. Kan bagus kalau rumah mak aku pun macam ni. Hmph... tinggi sangat harapan aku ni. Wake up Suraya. Mak kau tak pernah ada masa nak susun dan tatap piala-piala kau yang terperuk dalam stor tu. Kerja lagi penting baginya. Di tepi piala-piala yang tersusun,ada beberapa bingkai gambar mereka, bersama dan juga tidak bersama. Eyh. Ada gambar aku juga lah. Gambar kitorang masa kecil, masa hari taya dan adasatu gambar masa hari pertama aku jagi cikgu. Ni mesti Saleha yang bagi dekat Mak Andak ni. Tersengih sekejap. Mereka lebih menghargai aku, lebih dari mak aku sendiri. Hantu kerja. Kalau boleh, tak nak balik dah kampung ni. Dia bukan membenci Mak Andak, tetapi dia bencikan kampung ni. Sehinggakan memujuk Mak Anda berpindah ke rumah kami setelah Pak Andak meninggal dunia. Aku menuruni tangga keruangan dapur, kelihatan Mak Andak sedang mengupas buah mangga.

"Assalamualaikum Mak Andak."

"Waalaikumusalam..." Mak Andak meletakkan pisau ditangannya di atas meja. Geleng kepala Mak Andak semasa melihat aku masuk dapur. Aku hanya membalas gelengannya dengan senyuman mesra. Rindu betul dengan rumah ni. Aku jenguk sekejap ruang tamu bawah. Mencari Saleha. Tiada.

"Anak dara apa ni, matahari dah terpacak baru nak bangkit tido. Tu sebabnya tak kahwin-kahwin lagi. Dah tengah hari buta baru nak muncul muka." Mak Andak memang suka membebel, kalau dia marah lagi lah, macam halilintar. Masak sangat dah dengan Mak Andak ni. Aku layankan aje. Sudah memang begitu peelnya dari dahulu lagi.

"Ala... Mak Andak ni... kasi la can kat orang. Dah lama orang tak tidur sini. Tu yang terpulun tidur tu. Hehehe. Comel la Mak Andak ni, kalah Nora Danish." Tangan tuanya aku sambut untuk bersalam. Tersenyum dia bila aku puji dia comel. Kemain orang tua ni, suka la tu orang puji dia.

Mak Andak memang hanya lah seorang ibu saudara, tetapi aku sudah menganggap dia macam mak aku sendiri. Kasih sayang yang dia curahkan kepada aku sama banyak dengan kasih sayang yag dia curahkan kepada anak-anaknya.

"Mak Andak. Syamir bila balik?" Aku bertanya.

"Lagi sehari sebelum nak menggantung balik la dia. Kamu balik awal ni, boleh la tolong lebih sikit." Jawab Mak Andak siap dengan arahan.

"Okay boss." Sambil tangan buat gaya tabik perbarisan.

Keluarga kami ni kecil sahaja. Hanya ada Mak Andak dan dua anaknya Saleha dan Syamir serta mak aku dan aku. Jika bukan kita yang menolong, siapa lagi. Pak Andak sudah lama meninggal. Seingat aku, masa tu umur aku baru 5 tahun. Saleha sendiri pun tak sempat untuk kenal siapa ayahnya.

TerpilihWhere stories live. Discover now