"Eyh Suraya. Bangkit nak. Ape ke hei nye kamu baring kat sini ni?" Sayup-sayup suara Mak Andak menerobos masuk ke dalam gegendang telinga. Dari perlahan bunyi suaranya hingga kuat dan makin jelas di gegendang telinga.
Aku terkebil-kebil melihat Mak Andak, menahan silau cahaya pagi yang menikam mata.
"Adoi... sakitnya kepala..." Aku memicit pangkal kepala, macam nak pecah kepala ni.
Aku memandang lama wajah Mak Andak. Air mukanya terpamer rasa risau dan pelik.
"Orang masuk bilik dulu ya, Sakit badan lah baring kat atas simen ni." Aku bangun berlalu ke bilik Saleha. Sakit pinggang dibuatnya.
Mak Andak hanya berdiam dan menggelengkan kepala sahaja. Dia kelihatan keliru dengan kejadian ni. Bukan dia je keliru. Aku pun sama. Mimpi ke? Rasa macam real betul.
.__________.
Aku melabuhkan badan aku ke atas katil. Terasa sejuk menguasai seluruh badan. Apakah yang aku nampak semalam betul-betul atau khayalan semata?
Aku rasa betul, sebab seingat aku, aku belum lagi masuk tidur. Aku baru lepas kemaskan barang bunga telur. Pastu nak minum air.
Aku bukan mengigau atau berkhayal.
Kenapa benda tu datang kacau aku? Dia nak apa dengan aku? Cara dia datang dan menunjukkan wajahnya tu, benar-benar buat aku terkejut. Bagai nak gugur jantung aku. Terus pengsan tak sempat nak tenguk rupanya. Hari tu dalam kereta pun, tak nampak muka dia.
Ish... aku ni pun. Kalau ye 'dia' tunjuk muka, memang aku dah arwah la kot, yang tak nampak muka pun aku dah pengsan. Simpang malaikat 44. Tak nak aku. Tapi aku sangat nak tahu siapa 'dia'. Apa 'dia' nak, aku nak tahu.
"Hah. Ada pun. Kamu tertidur kat sofa eyk? Orang bangun subuh tadi kamu tak ada." Tegur Saleha yang muncul di pintu bilik air. Dari gaya kata-katanya, pasti dia belum keluar dari bilik. Maknanya dia tak tahu la.
'Mende tido kat sofa...kat dapo ade la...' Getus aku dalam hati. Aku hanya memandang Saleha dengan pandangan lesu. Sakit tengkuk ni ha,tidur tak berbantal.
"Weyh, kamu tak cerita lagi lah kat orang. Kenapa malam tu kamu takut. Cerita la." Saleha bergolek di sebelah aku. Kemudian dilaga-laga bahunya ke bahu aku.
"Malas la nak cerita. Aku nak tidur. Kepala aku sakit." Aku tunjuk kepala aku padanya. Nampaknya, plan nak tolong Mak Andak kukor kelapa kelaut la macam ni.
"Alaaaa... cerita la. Kalo kamu cerita, orang picitkan kepala kamu. Cerita la." Gigih dia memujuk aku. Tangannya sudah mula mennari-nari di kepala aku.
"Yela, yela. Kamu jangan takut pula lepas aku cerita ni." Aku warning dia, Saleha ni boleh tahan penakutnya.
"Siang kan. Mana ada hantu." Kata Saleha sambil mencebikkan bibirnya.
"Memang la siang, tapi malam kang kamu juge yang takut." Balas aku.
"Idak... Orang dah berani lah sekarang. Dah tak takut dah."
Ceh. Berlagak. Dah berani konon. Terkena macam aku kena semalam baru kau tahu.
Aku pun mula lah cerita dari kejadian di Perhentian Lagong, tentang benda yang menumpang dan budak tol yang bikin seram, tentang Cik Wok yang entah macam mana dia tahu aku kena kacau. Aku akhiri cerita dengan jegilan mata yang menakutkan.
"Huish... Takutnya jadi kamu. Nasib baik benda tu hilang kat tengah jalan kan. Dibuatnya ikut balik ke rumah ni...seram la pulak orang rasa." Kata Saleha sambil matanya meliar men-scan satu bilik ni.