Bab 4

28 0 0
                                    


3 hari aku demam. Demam hilang semangat kata Mak Andak.

Sepanjang 3 hari tu, Cik Wok la yang datang mengubat aku. Katanya ada makhluk halus yang mengikut, ia suka dan hendak berdamping dengan aku. Wadehel! Musibah apa la ni. Takkan la sebab pergi kencing dekat perhentian hari tu?

"Gedik! Camne kamu rase harini?" Tersembul kepala Saleha di muka pintu, sambil tersenyum. Kemudian seluruh tubuhnya kini berada di sebelah aku.

"Entah. Biasa je aku rasa. Cik Wok tu yang beria sangat kot. Terlebih tahyul." Berderai kami berdua ketawa. Ceh. Berlagak la pula kan. Padehal, takut nak mampus.

"Weyh, hari ni Mak Su balik sini tau. Dia risau betul dengan kamu. Sejak hari tu, setiap hari Mak Su telefon." Saleha beritahu sesuatu yang aku tak berminat nak tahu.

"Hmmm..." Itu sahaja yang aku mampu balas. Malas nak layan. Risau konon. Mak orang lain kalau anak demam ke apa ke, terus datang jumpa. Bukannya tunggu 3 hari baru nak datang tengok. Ni demam ni dah boleh di bawa berlari dah ni. Dia memang pentingkan kerja dia, sebab tu la lepas aku dapat kerja, aku menyewa dengan kawan-kawan. Malas aku nak duduk rumah dengan dia, bukan dia ada pun kat rumah. Kata je risau, tapi cara dia tu langsung tak menunjukkan dia risau. Tapi ye la kan, mak mana yang tak sayangkan anak.

"Bila Syamir balik?" Bila bercakap pasal mak aku, teringat pula dekat Syamir. Lambat betul dia balik padehal adik dia yang nak kahwin ni.

"Hari ni juga. Sama dengan Mak Su." Kata Saleha.

"Asal dia balik lambat? Dah dekat nak kenduri baru nak balik." Penasaran juga aku kenapa Syamir balik kampung lambat.

"Weyh, petang ni orang nak pegi amik baju. Ikut tau. Kamu kata kamu dah sihat kan." Ajak Saleha, memotong topik tentang Syamir. Mungkin Syamir memberontak kerana Mak Andak selalu menghabiskan masa dengan Cik Wok.

"Eyh. Kenapa baru nak amik? Asal kamu tak amik skali masa dengan Izwan hari tu?"

"Dah amik dah hari tu, sekali dengan baju Izwan. Bila bawak balik, orang rasa macam gatal pulak kat bahagian yang ada lace tu. Itu yang hanto balik tu, suruh akak butik buat lapik kain kat dalam." Jelasnya.

"Okay. Petang kang kan kamu nak pegi?" Tanya aku lagi sambil menoleh melihat wajahnya. Saleha hanya mengangguk sambil senyum-senyum gedik. Pipinya aku cubit geram.

"Adoi sakit la. Ish kamu ni." Digosok-gosok pipinya. Kini aku pula yang tersenyum-senyum.

Bagus juga ikut Saleha, boleh la aku minta dia hantarkan aku ke rumah Cik Wok. Memang aku merancang hendak ke rumah Cik Wok pun petang ni. Alang-alang Saleha sudah mengajak, boleh la dia tumpangkan aku ke rumah Cik Wok.

Selesai sahaja urusan Saleha di butik pengantin, aku terus sampaikan hajat aku hendak ke rumah Cik Wok.

"Saleha. Kang kamu hantarkan aku ke rumah Cik Wok sebelum balik. Ada hal aku nak tanya Cik Wok. Nanti dari sana aku balik sendiri. Boleh eyh." Kata aku pada Saleha.

"Boleh je. Nak tanya sikit boleh?" Saleha bertanya pelik.

"Tanya je la..." Dah agak dah. Mesti Saleha pelik kenapa aku hendak ke rumah Cik Wok. Semua ahli keluarga aku sedia maklum yang aku kurang berkenan dengan Cik Wok. Tak hairan la kalau dorang pelik jika aku mahu berjumpa dengan Cik Wok.

"Kamu nak buat apa jumpa Cik Wok?" Berkerut dahi Saleha sewaktu dia menghamburkan soalan itu. Pelik. Memang patut pun dia merasa pelik, sebab selama ini aku selalu mengelak jika ada apa-apa hal yang berkaitan dengan Cik Wok. Tup-tup aku minta dihantar ke rumahnya.

TerpilihWhere stories live. Discover now