CS18 - 19

261 55 1
                                    

"Awal datang Hyunjin"

Hyunjin tersengih. Kena sindir dengan Mr Jeon Jungkook a.k.a jurulatih dia.

"Sorry coach. Tadi pergi jumpa mummy jap"

"Hmm anak mummy lah katakan"

Hyunjin mencebik.

"Mana ada lah. Ni kenapa coach nak jumpa saya?"

"Takde lah. Saya cuma nak kepastian sekali lagi. Betul ke kamu nak masuk pertandingan minggu depan"

"Eh betullah. Kenapa pulak nak tanya banyak kali"

"Saja. Kalau kamu kalah macam mana"

"Apa ni coach. Coach sepatutnya sokong saya bukannya putuskan semangat saya macam ni"

"Gurau jelah. Sensitif betul kamu ni"

"Tak saya bukan apa. Saya masuk ni sebab saya suka. Kalah dan menang tu belakang kira. Yang penting saya masuk perlawanan tu"

"Saya suka semangat kamu Hyunjin dan saya pasti kamu akan menang"

Cikgu Jin masuk kedalam kelas 8-1. Penghuni kelas itu jugak diam apabila melihat Cikgu Jin masuk.

"Eh! Kenapa semua orang diam ni. Selalunya tak macam ni pun" tegur Cikgu Jin.

"Cikgu ni. Kami diam pun salah. Bising lagilah salah" bidas Felix.

"Peliklah kamu semua ni. Buatlah perangai macam biasa. Saya rasa macam nak mati cepat pulak bila kamu semua diam macam ni"

"Betul tu. Entah entah balik nanti cikgu mati" kata kata Saeron mengundang tawa semua orang.

"Hmm mulalah tu nak merepek. Sekarang ni kita tutup pasal tu. Saya nak tengok homework kamu semua yang saya bagi semalam"

Mereka semua mengeluarkan buku masing masing.

"Siapa yang tak siap kerja saya sila berdiri"

Hyunjin Freya Jaemin dan Heejin dengan sukarela bangun. 

"Yang lain?" soal Cikgu Jin lagi.

Nancy memutar bola matanya. Menyampah dengan Cikgu Jin.

"Yang lain apa bendanya cikgu. Dah yang tu aje berdiri. Maknanya yang buatlah" bidas Shuhua.

"Baiklah. Yang lain tunggu dalam kelas. Empat orang kamu sila ikut saya"

Mereka berempat mengikut Cikgu Jin dengan malas. Tak habis habis nak denda orang. Tak bosan ke?

Mereka sampai di stor lama. Cikgu Jin tersenyum sinis.

"Saya nak kamu bersihkan stor ni sebab tak lama lagi stor ni akan digunakan semula"

"Tukang cuci kan ada. Buat apa bayar mahal mahal kalau kami yang kena buat" marah Jaemin.

"Jangan banyak cakap. Saya suruh tu buat aje. Kalau saya dapat tahu kamu tak buat kerja, saya akan bawa kamu semua jumpa Cikgu Kai"

Lambat lambat mereka mengangguk. Setakat Mr Kailer tu apalah sangat. Sikit pun tak takut. Cuma malas nak dengar Cikgu Jin sambung membebel.

"Ingat!"

"Ya..." jawab mereka berempat.

"So what to do?" tanya Heejin.

"Memang taklah kitorang nak buat" jawab Freya.

"Habis tu?"

"Habis tu kita tunggu sini jelah sampai waktu sejarah habis. Lepas tu kita masuk kelas" tambah Jaemin pula.

[C] Crazy Squad18 | HYUNJIN+00sWhere stories live. Discover now