Bab 7

23 1 0
                                    


SURAYA:

"Weyh Syamir. Asal macam jauh je nih. Dah dekat sejam ni. Padahal bukan jauh sangat pun Taman Melur tu." Tegur aku.

"Tu la pasal. Aku pun pelik ni. Dah la macam kita je atas jalan ni. Tak ada pun keta lain." Kata Syamir.

Aku dah perasan dah tadi, lepas masuk jalan Kampung Bahagia tu, tiba-tiba suasana macam sunyi je. Sepatutnya dari Kampung Bahagia ke rumah Mak Andak, cuma mengambil masa setengah jam je. Mesti ada benda tak betul ni. Bulan pulak bukan main besar lagi, tapi cahayanya suram je.

"Aku rasa ada yang tak kena lah Syamir." Aku memandang Syamir.

"Tu la. Aku pun rasa macam tu lah. Kamu baca la doa ke apa ke." Kata Syamir.

Aku menoleh ke tempat duduk belakang, Saleha macam rilek je main telefon sambil tersengih-sengih. Dia tak perasan ke? Aku pandang depan semula. Aku menoleh ke Syamir. Syamir pula kerling matanya melihat cermin pandang belakang.

"Saleha. Cuba kamu tepon mak." Arah Syamir. Saleha tak respon pun. Seolah-olah tidak mendengar apa yang Syamir baru cakap, dia terus tersengih-sengih memandang screen handphone.

"Saleha. Dengar tak?" Kata Syamir lagi. Suaranya sedikit kuat.Sehaya itu, Saleha meletakkan handphone ke tepi. Mengangkat kepalanya memandang tepat kearah Syamir.

"Aku dengar lah." Kata Saleha. Sedikit garau dipermulaan dan nyaring diakhir kata-katanya. Cepat aku menoleh ke arah Saleha. Wajahnya tampak menggerunkan dengan senyuman sinis jahat. Matanya pula terbeliak menyorot memandang kehadapan. Ke arah Syamir.

"Eyh! Kenapa tu?" Tanya Syamir, terkejut mendengar suara Saleha yang garau.

"Saleha?! Nape dik?" Aku bertanya padanya. Sedikit pelik dengan kelakuannya. Matanya cepat menoleh ke arah aku, membuat aku terinjak sedikit ke belakang. Aku terkejut, kerana Saleha memandang aku seperti seekor harimau yang sedang laparkan kijang. Apa hal budak ni? Buang tabiat ke?

"Ini ada yang tak kena ni. Suraya, kamu pergi duduk belakang sebelah dengan Saleha. Cuba tenangkan dia." Pinta Syamir. Gile apa dia ni, nak suruh aku duduk dengan Saleha sekarang. Takut lah aku. Aku memandang Saleha. Dia sedang duduk mencangkung melengu. Diam macam batu.

"Eyh... tak nak lah aku. Takut aku." Memang tak la aku nak duduk sebelah dia. Syamir ni nak buat lawak ke apa.

"Ala... kau baca la apa yang patut. Cuba tenangkan dia. Bahaya biarkan dia macam tu. Dibuatnya dia meloncat keluar. Jenuh kita." Kata Syamir. Betul jugak tu. Kang dia buat gila meloncat keluar. Aku jugak yang susah nak mengejarnya kang. Baru aku hendak beralih kebelakang, Saleha ketawa kecil."Hee...hee...hee..." Sambil memandang aku, kepalanya dilentok-lentok ke kiri dan kanan. SHIT! Terbang terus rasa bersemangat aku tadi. Aku duduk semula di kerusi aku.

"Dah pulak kamu ni kenapa duduk balik?" Syamir bertanya apabila melihat aku tidak jadi mahu ke belakang.

"Tu bukan Saleha. Tu setan tu. Aku tak nak duduk dekat dia tu." Aku capai handphone dalam beg. Cuba nak call Mak Andak. Aku unlock screen phone.

37 missed calls.

Apa hal banyak missed calls ni? Siapa pula call aku ni? Aku tekan screen phone nak check siapa yang call. Nama yang tertera di screen phone buat aku rasa nak terkencing.

SALEHA!

Saleha call? Jap! Asal Saleha call? Dalam hati berharap semoga phone Saleha tertinggal dekat warung sate tadi. Tapi jap. Tadi aku nampak dia main phone. Ah sudah. Aku cuba call henpon Saleha.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 08, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TerpilihWhere stories live. Discover now