bab 3

900 86 5
                                    

Yuran sekolah pon tak bayar - bayar. Cikgu tak habis - habis mengutuk, menghina aku. Stress aku.

"Hoi nak pergi mana tu hah?" Tanya
Jackson ketua gangster sekolah tu. Aku hanya buat bodoh malas nak layan.

"Hoi kau pekak ke apa hah?!" Dia mengampiriku lalu menarik tali leherku dengan kuat.

"Kau ada duit?" Tanya Jackson. Aku hanya diam sahaja.

"Ouh baru ingat! Kau kan miskin mana ada duit hahahaha," sindirnya lalu ketawa terbahak - bahak bersama konco - konconya yang lain.

"Aku boleh pergi dah kan?" Tanya ku malas.

"Eh eh dia tanya apa tadi? Jangan haraplah Park Jimin hehe," katanya lalu mula ah datang konco - konconya memegang kedua - dua belah tanganku.

"Kau nak apa hah?!"

"Entahlah... cuma aku rasa semak pulak orang miskin macam kau ni dekat sini," katanya lalu memukul perutku kuat.  Aku terjatuh sebelum kembali bangun hendak memukulnya semula namun gagal. Konco - konconya yang lain mula memukulku.

Dia mengambil beg sekolahku lalu membuka zip beg tersebut dan mengeluarkan segala isi perut yang ada dalam beg itu.

Satu persatu buku aku dikoyakkan olehnya tidak kiralah buku sekolah ataupun buku apa pon.

"Jackson... jebal aku merayu jangan koyak semua buku - buku aku tu..." rayuku. Jackson dan ahli konconya hanya ketawa terbahak - bahak.

Dia datang ke arahku yang sudah terbaring lemah dipukul lalu memandangku sinis. Badanku dipijak olehnya.

"Alololo siannya orang miskin menangis ke hmm?" Ejek Jackson lalu ketawa kembali beramai - ramai.

Aku hanya mengepalkan kuat penumbuk. Rasa terhina. Geram.

Hina sangat ke jadi orang miskin macam aku ni?!

Mental + Park JiminWhere stories live. Discover now