15

71 6 0
                                    


Cepat langkah berlari ke arah seseorang memang telah lama di nantiku. Kim Namjoon. Bag luggage ditarik dengan cepat. Tubuh dia di peluk erat.

" Namjoon! Aku rindu kau " sanggup aku pergi ke Amerika untuk menjauhkan diri dari jin. Sakit teramat hati.

" Sanggup minta tolong jimin ya " pelukkan semakin di longgarkan.

" Kebetulan dia pun kenal kau " di pukul lembut dada Namjoon. Geram.

Tidak membuang masa di situ sahaja, terus diaturkan langkah menuju ke tempat letaknya kereta. Namjoon meminjam kereta sahabatnya hanya untuk mengambilku.

" Seokjin tahu kau datang ke sini? " tergatal kepalaku mendengar soalan tersebut. Bibir diketap.

" Nak buat apa dia tahu, sekarang ni kut-kut tengah melayan perempuan tu " cepat langkahku masuk ke dalam kereta. Tidak mahu soalan yang berkaitan jin ditanya lagi.

Enjin kereta di matikan berada di hadapan rumah yang sangatlah mewah. Kawasan pun bersih. Terbuka luas mulutku melihat rumah sewa yang secantik begitu.

" Kau tinggal seorang diri dekat rumah besar macam ni? " tidak lepas mata memandang sekeliling perabot di dalam rumah. Bag luggage di biarkan Namjoon membawa.

" Kau nak makan ramyeon, pergi tengok dekat almari dapur "

" Bilik kau bilik yang ni "

" Dekat belakang ni ada dua bilik, kau jangan buka bilik tu sebab ada penghuni "

" Dalam rumah ni ada dua orang lelaki yang tinggal, aku rasa kau tak kenal kut dua orang tu  "

Keterangan yang jelas. Tidak mensiakan Namjoon mengeringkan air liurnya. Dan dua orang lelaki? Jejaka Amerika ke?

" Terima kasih bagi semua keterangan tu " di tepuk hormat kepada Namjoon. Rakan yang tidak pernah mengecewakan.

" Yang dua orang tu memang berasal dari negara ni? " tidak puas hati selagi belum menanyakan tentang mereka. Namjoon mengeleng.

" Mereka dari korea " berbunga hati selepas mendapat tahu. Namjoon hanya mengerutkan keningnya melihatku yang dari tadi tidak terhenti senyum.

" Aku nak pergi masuk bilik dulu, kau pergi lah berehat. Kalau ada apa-apa panggil aku " aku hanya mengangguk menandakan faham. Bag luggage di sorong ke bilik.

Baju-baju disimpan kemas didalam almari untuk sementara. Badan direbah pada katil yang empuk itu. Sekejap sahaja mataku menjadi berat.

Telinga sensitif mendengar bunyi yang bising, terus terjaga. Pintu bilik di ketuk berkali-kali. Entah berapa lama aku tidur dari tengah hari hingga ke petang.

" Yuri, aku nak keluar makan malam ni. Kau tak nak ikut sekali ke? " kedengaran jelas suara namjoon dari luar pintu bilik.

" Perempuan ke? " tambahan suara yang tidak dikenali juga jelas di dengar.

" Kejap, aku kemas " cepat aku menurunkan kaki dari katil lalu menghampiri meja solek. Rambut dibetulkan. Pakaian pagi tadi tidak di tukar. Perfume berjenama gucci bloom di semburkan pada bajuku.

Langkahku di atur menuju ke hadapan pintu. Tombol di pulas.

" Hai " sapaan tersebut menyebabkan bahuku sedikit terhinjut. Dipandang ke arah pemilik suara tersebut.

" H--hai " sedikit gagap. Mungkin dia yang di maksudkan Namjoon itu.

" Saya Kim Taehyung, awak Jung Yuri kan? Selamat berkenalan " tangan kanan di hulur olehnya. Aku mencapai tangannya seraya tersenyum pahit.

" Ya, selamat berkenalan " berasa sedikit lega bila berkenalan dengan orang yang sama negara. Dia mesra.

" Ouh hai! Saya Jung Hoseok " muncul seseorang dari belakang Taehyung itu. Tangan kanan juga di hulurkan.

" Hai " terus dileraikan tangan aku pada tangan Taehyung dan berubah ke tangan Hoseok.

" Ya! Cepat sikit jangan nak berkenalan sangat dekat sini " terus berpaling mereka berdua memandang Namjoon yang berada di hadapan muka pintu utama.

" Baik " berdecit si taehyung di hadapanku. Hanya tersenyum melihat mereka. Sangat mencuitkan hati.

Aku hanya berjalan dari belakang mengikut mereka munuju ke kedai Dominos Pizza. Kereta di letak pada tempat yang sangat jauh.

" Yuri, awak nak makan yang mana? " berpaling wajah Hoseok memandang ke arahku yang berada di sisinya. Namjoon hanya memandang sahaja aku yang berada di antara mereka berdua.

" Ikut suka awak semualah, saya tak memilih " kataku. Terus Taehyung mengajakku duduk di meja yang kerusi berempat.

" Awak datang ke sini sebab nak sambung belajar ke? " terbuka soalan dari Taehyung. Aku hanya berharap dia tidak menanya lebih lagi soalan.

" Taklah " dijawab sepatah sahaja. Bibir diketap rapat. Taehyung hanya menggumam seraya mengangguk.

Hoseok dan Namjoon terus datang dan mengambil tempat masing-masing. Hoseok yang berada di sebelahku terus terasa janggal. Manakala, Namjoon di sebelah Taehyung.

" Akhirnya sebelah Hoseok dah ada penghuni, selama ni takda " Namjoon menepuk tangan seraya memandang aku.

" Selama ni memang takda orang ke? " tanya seraya mengeluarkan phone dari poket seluar.

" Tak " serentak mereka bertiga mengeluarkan jawapan yang sama. Aku ketawa kecil.

Menekan punat on pada handphoneku terpapar beratus-ratus mesej dari jin. Malah panggilan juga. Malas aku ingin mengambil tahu tentangnya buat sementara waktu.

" Siapa tu? " terhinjut bahuku di sebabkan suara Hoseok dekat berada di tepi telingaku. Namjoon dan Taehyung tidak lepas memandang kami berdua.

" Awak buat saya terkejutlah! " sedikit tegas ayatku. Memang hampir gugur jantung.

" Maaf " dia terus ketawa kecil. Tempat duduk di perbetulkan.

Aku mengalihkan pandangku melihat ke arah Namjoon dan Taehyung. Hanya tersenyum Taehyung melihatku.

" Umur awak berapa ya? " terbutang luas mataku apabila Taehyung tiba-tiba menanya tentang umur.

" Rahsia " aku menekupkan mulutku dengan jari-jemari.

" Umur dia 23 " terselah senyuman kejahatan yang terukir di bibir Namjoon. Terus hilang rasa rindu pada dia.

" Muda lagi " kata Hoseok. Di angkat kedua belah bahunya.

[OG] lips | kim seokjin Where stories live. Discover now