"Weyh, cane life kau kat kampus ni? Best tak?" mata mencerlung kepada si tukang tanya.
"Kau rasa best tak?" soalan berbalas soalan sambil tangan mengemas buku² di atas meja.
"Kau ni, aku tanya kau tapi kau tanya aku balik pulak" muncung Qusyaira memanjang.
"Kan dah tahu aku macam mana.. Kenapa tanya lagi wahai cik Qusyaira?" kaki melangkah ke arah pintu dewan kuliah sambil diiringi Qusyaira.
Qusyaira di sebelah membebel tidak habis lagi. Bukannya dia tidak mengenali rakannya itu, kenal sangat. Tetapi dia cuba mencari modal untuk memulakan perbualan dari sahabat 'silent'nya itu.
Aylee Sophia. Seorang gadis yang tinggi tetapi badan tidaklah kurus tidaklah gemuk. Sedang-sedang sahaja. Seorang anak bongsu daripada dua beradik sahaja. Ibu bapa mualaf. Yong Lee Yuan bapanya berasal dari China, ibunya pula Sephia Dussert berasal dari Amerika Syarikat. Macam mana mereka berjumpa, itu semua tak diceritakan oleh Ailee. Katanya "Jodoh mereka Allah dah rancang." jadi Qusyaira tak bertanyakan soalan lagi.
Belum sempat mereka membuka pintu, ada suara menegur mereka.
"Syaira, jom pergi lunch." ajak Haqeem. Mata Haqeem memandang kekasihnya sebelum dia memandang Aylee di sebelah.
"Well, if you don't mind Miss Ay..." belum sempat Haqeem menyatakan niatnya, Qusyaira memotong.
"Jom kita pergi, dia banyak kerja nak buat. Dah jom jom!" Qusyaira menarik lengan Haqeem sambil berlalu.
'Kau faham aku Syaira...' desis Aylee dalam hati. Dari pandangan jauh Qusyaira, dia tau bahawa Aylee melemparkan senyuman menawannya.
Aylee seorang gadis yang bertutup, dari atas kepala sampailah ke kaki. Pada asalnya, niatnya ingin memakai purdah tetapi kampus tidak membenarkan. Mungkin pernah berlaku kejadian yang tidak diingini.
Yelah, macam-macam boleh jadi. Lelaki menyamar jadi perempuan untuk masuk ke dorm perempuan, keluar berdua dengan kekasih. Haih.. Oleh sebab itu dia memakai topeng sahaja. Setiap kali orang bertanyakan sebab, Qusyaira menjawabkan bahawa dia selsema.
Kaki melangkah keluar setelah diyakini tiada sesiapa melihatnya. Niat ingin pergi makan mee kari. Uishh... Makanan kegemaran tu! Tetapi kena makan di bahagian paling hujung kedai makan. Dia sangat tidak suka orang melihatnya makan. Mahu sahaja dia membawa makanan ke dorm, tetapi kawan sebiliknya sangatlah pembersih. Pantang terhidu bau makanan di dalam bilik. Nanti bau melekat.
Sampai sahaja di kantin kampus, Aylee melihat sekeliling. Mencari meja kosong yang paling tersorok. Aha! Dah jumpa.
Kaki melangkah ke arah meja tersebut.
"Bismillah..." topeng dibuka. Dalam diam menikmati makanan Mak Cik Aini. Huhu!! Bukan selalu dia dapat makan mee kari Mak Cik Aini tengah-tengah panas. Selalunya waktu sejuk kerana menunggu kedai makan itu lengang dengan manusia. Segan tak usah dicakap.
"You, I nak pergi ladies jap yea? You tunggu sini sambil order makanan I."
Ya Allah, gelinya telinga dengar perempuan tu cakap! Tapi hati kena sentiasa husnuzon. Mungkin itu cara suami isteri mengekalkan romantik mereka. Tapi kalau ya pun, janganlah di khalayak ramai kak.
"Ok" itu sahaja balasan si lelaki.
Kakinya melangkah menuju ke arah sinki iaitu berdekatan dengan kedudukan Aylee tetapi tidaklah dekat sangat.
"Hmm" dari atas sampai bawah Aylee diperhatikan. Walaupun firasat Aylee sekarang ini sangat kuat mengatakan dia sedang direnung, jauh dalam hatinya berdoa agar mata lelaki itu memandang ke tempat lain!
YOU ARE READING
Indahnya Cinta Tanpa Kata
RandomSeorang gadis muda... (hahaha maaflah, saya susah sikit nak buat sinopsis. bacalah yea! hope you guys enjoy it!)