16

71 5 0
                                    


Kenyang menghabiskan dua bulatan pizza yang besar dan sedap. NewYork Crust dan Aloha Chicken. Cukup kenyang.

" Nak minum tak, lagipun alang-alang tempat tu tak jauh dari sini? " Hoseok memandang antara satu sama lain.

" Lama dah tak pergi minum " kata Namjoon seraya membetulkan rambutnya. Aku hanya terdiam.

Mereka terus mengatur langkah menuju ke tempat lorong yang agak gelap. Aku agak takut jadi aku berada di sisi Namjoon. Langkah sahaja kaki ke dalam kedai itu, bunyi lagu yang romantik di mainkan.

" Yuri, kau nak minum yang mana? " Namjoon menyapaku yang tengah melihat sekeliling yang berada di dalam kedai itu. Lampu yang kelam warananya.

" Aku dah tak minum lagi " aku menggeleng. Aku taknak masalah besar yang berlaku kalau aku mabuk.

" Sejak bila berubah ni? " Namjoon menyiku lenganku berkali-kali seraya tergelak besar. Aku memukul lengannya.

" Pesanlah 2 soda untuk aku dengan dia " terselit suara Taehyung yang berada di belakangku. Aku mengangguk setuju dengan soda.

" Awak tak minum ke air macam tu? " Taehyung mengangguk. Tidak sangka dia jenis yang tidak minat minum air yang memabukkan.

" Jum duduk dekat sana " Diikut langkahku bersama Taehyung menuju ke tempat duduk. Sedikit gelap di kawasan itu. Taehyung mengambil tempat duduk bersebelahanku.

" Awak dekat korea sana kerja apa? " kelihatan Taehyung sangat ingin tahu. Aku menarik nafas panjang. Terasa berdebar bila berdua dengan dia.

" Saya kerja biasa je, ambil gambar pengantin " Taehyung mengangguk faham walaupun alasan itu tidak memuaskan.

" Kalau macam itu, nanti bolehlah saya datang dekat kedai awak lepas habis belajar untuk ambil gambar saya dengan bakal isteri saya " tersenyum malu taehyung. Mataku membulat dengan besar.

" Siapa bakal isteri awak? " aku seolah memang tidak percaya Taehyung yang masih muda telah merancang ingin berkahwin.

" Dia ada dekat depan mata saya sekarang " terus mengecil mataku. Hati aku berdegup dengan kencang sekali. Boleh terbelah badan disebabnya.

Jangan Yuri, kau dengan jin masih dalam hubungan. Ini yang taksuka.

" Ehem tak lawak, awak " aku terus berdehem agar terus tidak berasa kekok dengan dia. Teahyung terus mengalihkan pandangannya apabila Namjoon dan Hoseok datang dalam masa yang sama.

" Kenapa pilih tempat yang gelap macam ni? " namjoon meraba-raba kerusi yang berada di hadapan aku.

" Ya! Jangan sampai tersalah raba " dipukul tangan Namjoon oleh Taehyung. Aku tergelak kecil melihat perangai mereka.

" Nah! Soda awak berdua " dihulurkan soda yang sama kepada aku dan Taehyung. Hoseok kelihatan mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

" Tolong pegangkan kunci kereta ni " kunci dihulur kepada Taehyung. Dia hanya membuat muka yang malas lalu memandang ke wajahku sempintas lalu.

Namjoon dan Hoseok telah berada di dunianya sendiri. Mereka membuat bising seraya tergelak kepada lawak hambar yang dilakukan diri sendiri. Taehyung menggelengkan kepalanya melihat rakannya yang telah mabuk teruk.

" Hai " sapaan tersebut datang dari meja sebelahku. Aku tidak memperdulikan suara tersebut mungkin dia menyapa orang lain.

" Hai you " sapaan kali kedua membuatkan aku berpaling ke arah mereka. Jantan Amerika. Memang benar mereka memanggilku. Tetapi aku terus mengabaikan mereka.

" Can i have your number? " bahuku terhinjut apabila salah seorang daripada empat lelaki itu datang menghampiriku. Melutut.

" Hai, sir. Sorry she's mine but you can have my number if you want " taehyung perasan akan kehadiran lelaki itu. Terus lelaki itu berdiri lalu balik ke tempat duduknya sendiri. Kurang selesa berada di tempat duduk ini. Sangat dekat dengan mereka.

" Taehyung, boleh saya keluar sekejap? " ditepuk lembut bahu taehyung. Taehyung menggeleng, tidak membenarkan.

" Jangan gelap luar tu, takut nanti ada apa-apa yang berlaku dekat awak. Saya susah " arah Taehyung. Aku terus akur. Memang benar apa yang dikatakan Taehyung.

Mataku semakin memberat air pun telah licin. Aku dan Taehyung semakin mengenali. Namjoon dan Hoseok pula tertidur. Taehyung memicit dahinya dan sabar dengan perangai rakannya yang lain itu.

" Namjoon! Hoseok! Bangun cepat aku nak balik ni " dipukul kedua belah pipi mereka berdua. Mentang-mentang mereka mabuk, Taehyung berani.

Namjoon separuh sedar dari mabuknya lalu terus bangun dari tempat duduknya. Hoseok langsung tidak sedarkan diri lagi.

" Ya! Kau boleh ke kawal minda tu? " dipegang erat lengan Hoseok. Dia mengangguk.

" Dia tak tu, awak pegang je dia " arah Taehyung lalu menyangkut tangan jimin di lehernya. Aku mengangguk lalu membawa Namjoon keluar dari kedai tersebut.

_____

Seokjin_

Aku terasa macam kehilangan bini. Yuri menghilang diri terus dari pandangannya semenjak kejadian hari itu. Aku terpaksa pergi ke Klinik kerana kepalaku dipukul dengan kuat dengan menggunakan kayu.

" Encik, kepala awak takda apa-apa. Cuma ada bengkak sedikit jadi awak kena makan ubat ini ya " dihulurkan ubat entah apa-apa yang dituliskan penahan sakit. Aku hanya mengambil ubat itu lalu keluar dari Klinik itu.

Aku mengeluh kuat selepas masuk ke dalam kereta. Tempat duduk Yuri selalu dipandang. Kadang-kala aku berkata seorang diri di dalam kereta.

" Tak gunalah, Jung Yungji! " jari jemariku digenggam seperti satu penumbuk. Geram.

Handphone dikeluarkan dari poket seluarkan. Mesej Yuri aku lihat. Tiada langsung mesej daripada dia. Panggilan apatah lagi. Aku terus mengalih ke bahagian perbualan aku dengan Jimin.


Jiminies

" Keluar! Dah lama aku tak keluar dengan kau " 1800

Semakin mengeluh kasar aku bila melihat tiada balasan dari Yuri. Merajuk teruk. Aku takut perkara yang buruk akan berlaku kepada dia.

[OG] lips | kim seokjin Where stories live. Discover now