BAB 29

5.4K 134 22
                                        


Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


✧✧✧✧


Hanna merenung gambar yang berada di tangannya sekarang.

Gambar milik keluarganya. Pada waktu raya tahun lepas. Raya terakhir dia bersama dengan abahnya.

Gambar ini, selalu sahaja dia bawa ke mana-mana. Tidak pernah dia tinggalkan gambar ini walaupun sekali pun.

' Abah, Hanna rindu abah. Abah seronok duduk dekat sana? '

Hanna mengusap wajah ayahnya yang berada di dalam gambar tersebut. Seperti dapat rasa dia mengusap wajah ayahnya.

' Abah, Hanna letih hidup di dunia ni. Boleh tak Hanna ikut abah? '

Air mata Hanna mengalir tanpa dipinta.

' Yelah, buat apa Hanna hidup lagi sedangkan semua orang nak Hanna mati. Suami Hanna, umi- '

Hanna gagal untuk menahan tangisannya supaya tidak terlepas. Dia meletak gambar tersebut di tepinya. Dia memeluk lututnya.

Menangis hiba dia di dalam pelukannya sendiri. Dia sangat rindukan keluarga nya.

Dan dia tidak dapat bohong yang dia sangat-sangat rindukan Adam.

" Hanna? "

Tersentak Hanna apabila pintu biliknya diketuk sebanyak tiga kali. Daripada suara, Hanna dapat tahu orang tersebut ialah Syafit.

" Hanna? Awak okay tak? " Tanya Syafit lagi.

" Okay! Kejap! " Kata Hanna lalu cepat-cepat dia menyapu air matanya yang masih tersisa. Dia bangun dan mencapai tudung lalu berjalan ke arah pintu. Sempat lagi dia menilik wajahnya di cermin takut matanya sembab.

" Kenapa lambat buka pintu? " Tanya Syafit apabila pintu sudah terbuka luas oleh Hanna.

Hanna terdiam mendengar soalan tersebut.

" Kenapa lambat buka pintu hah? "

Suara Adam yang lantang terngiang-ngiang di telinganya. 

Hanna memejamkan matanya. Dia menutup telinganya dengan kemas.

" Kenapa lambat buka pintu hah? "

" Kau tak ubah seperti pelacur dekat tepi lorong sana tu! Pelacur pun tak teruk macam kau lah! "

" Hanna? Awak okay tak ni? " Tanya Syafit dengan risau melihat tingkah laku Hanna yang tiba-tiba berubah itu.

" Betul ke tu anak aku? Bukan anak kau dengan jantan yang kau tidur selama ini? "

" Diam! " Hanna meraung bagai orang terkena histeria.

" Hanna kenapa ni? " Tanya Syafit dan ingin menyentuh bahu Hanna.

Andai Itu TakdirnyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang