USAI makan, Hayy Mikael membawa Armell keluar dari Proud Mary. Bagaikan kerbau dicucuk hidung, Armell mengikut kemana saja lelaki itu pergi. Dua puluh empat jam waktu yang diberi, lelaki itu akan bebas membawa Armell ke mana-mana sahaja. Itu perjanjian mereka.
"Hayy," panggil Armell.
"Ya, sayang..."
Armell ketap ulas bibir bawah. Rasa marah yang mulai menggigit hati ditahankan saja. Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan. Sabar, Armell. Jangan pernah tewas dengan godaan Hayy Mikael yang sedang bertanduk ketika ini.
"You sebenarnya ada urusan apa ke sini? Maksud I, you kerja ke? Memang menetap di sini?" risik Armell.
Hayy Mikael menarik nafas panjang. Menghirup udara segar di Bumi Australia ini. "Urusan keluarga," jawabnya ringkas.
"Urusan dengan siapa, parents?"
"Bukanlah, dengan isteri I," ujar lelaki itu sebelum tawa besarnya terburai.
Entah kenapa, mendengarkan itu, jantung Armell bagai terhenti berdegup sesaat.
"Buat lawak ya?" Armell sepetkan mata. Kali ini, tawa Hayy Mikael di telinganya kedengaran agak menjengkelkan. Lebih menjengkelkan lagi bila diusik dengan guraun sebegitu.
Pintu kereta bahagian penumpang dibuka, membenarkan si gadis melangkah masuk ke dalam perut kereta.
"Kita nak kemana?"
"Cuba teka."
"I takde masa lah nak berteka-teki."
"Nanti you tahu."
Satu keluhan kedengaran. Sabar aje lah! Pandangan dilempar ke luar tingkap.
Hampir dua jam juga gadis itu menunggu destinasi sebenar yang sedang ditujuinya. Sudah beberapa kali terlelap dan terbangun namun mereka masih belum sampai ke destinasi yang ditujui.
"Hayy..."
Lelaki itu berpaling sekilas sebelum kembali fokus kepada pemanduannya. Kening dijongket. "Ya?"
"Lama sangat dah ni. Mana you nak bawak I?" soal Armell dengan nada sedikit tidak puas hati.
"Sydney."
Membuntang mata Armell saat mendengar jawapan dari mulut Hayy Mikael. Menegak tubuhnya dari bersandar. Ah! Jantan sewel!
"Sydney?!"
Lelaki itu hanya sekadar mengangguk selamba. Cukup itu sebagai jawapan.
"Hayy you ni dah gila ke apa?!" marah Armell. Jam tangan yang berbelit di pergelangan tangan dikerling sekali.
"You ni memang gila..." Armell geleng kepala, kesal. Belakang tubuh kembali disandarkan ke kusyen kereta.
Benar, untuk ke sana tiada sempadan. Tapi sekarang mereka ke sana dengan hanya menaiki kereta! Bukan kapal terbang yang perjalanannya hanya mengambil masa satu jam!
"Sabar, Mell. Biar I aje yang gila. You jangan."
"Sabar? You cakap pasal sabar? You tak bincang pun dengan I pasal ni. Hello! Sydney Hayy, Sydney! 9 jam tu lama tau tak? Sekurang-kurangnya, kalau you beritahu awal, kita boleh tempah tiket flight! And now, we waste 9 hours without doing anything!" Armell buang pandangan ke luar tingkap. Geram tak terkata.
Hayy Mikael simpan senyum. "Mesti you banyak aktiviti nak buat dengan I kan? Sorry, sayang... I dah bazirkan 9 jam kita... Tapi I nak bawak you tempat best tau, mesti you suka, Mell."
YOU ARE READING
BUKAN YANG PERTAMA (EBOOK)
RomancePernah tak kau nak tinggalkan seseorang, tetapi sebenarnya kau sendiri tak nak berpisah. Dan kedua-duanya masih sayang. Namun keadaanlah memaksa kau mengakhiri semuanya. Dan saat semuanya berakhir, kau teringin balik semula. Tapi kau takut dikecewak...