Kriiiiiinggggg !
Aku dan Pira berjalan keluar kelas sambil menggalas beg memandangkan waktu persekolahan telah tamat.
"Haeyra , sejak akhir ii ni aku tengok kau dah tak tulis diary.Kenapa ?" terdapat kerutan di dahi Pira.
Aku lagilah . Haah la , dah lama aku tak tulis diary.
"Sebab takde perkara yang aku rasa menarik atau menyedihkan atau menggembirakan untuk aku tulis dalam diary.Aku just tulis apa yang aku rasa aku nak je."
"Ooo ... Boleh tak ... Kalau aku—nak tengok diary kau kejap?"
"What ?! No!" aku bantah keras sekerasnya.Diary barang peribadi , okay?
"Alaa kau ni—dengan aku pun nak sorok."
"Pira , tu bukan maksud aku.Maksud aku , ni barang peribadi aku.Privasi.Even kawan baik sendiri pun takleh , tau?"
"Hmm okay finee.Tapi kan , apa yang kau nak soroknya?Pasal kau suka Harris?Kan aku dah tau."
"Pira !"
"Okay okay" Pira mengangkat kedua dua belah tangannya ke atas menandakan dia mengalah.
× × ×
Bumm !
Aku melompat di atas katil setelah aku siap mandi.
Nak tidur?Tak ngantuk.Nak buat homework ?Takde.
Study?Heh bila exam ja.Stalk Harris kat Instagram ?Takde internet la huaa.
So kesudahannya aku hanya merenung siling .
Hmm.
.
.
.
.
."YARGH BOSANN!"
Aku menjerit pada bantal.Cuba mencari idea apa yang patut aku buat.
Ting!
Aku mendapat idea.Apa kata aku baca balik apa yang aku tulis dalam diary tu?
Macam throwback apa yang aku lalui.Haa bijak jugak aku ni.
Aku bingkas bangun daripada katil lalu membuka zip beg sekolahku yang terletak di atas meja di hujung katil.
Aku mencari cari sebuah objek yang berbentuk segi empat tepat di dalam beg aku.
Mana ni..Aku mula tak sedap hati.
Aish mana boleh hilang.Mungkin terselit dekat celah ii beg.
Aku teruskan pencarian aku.
Tak jumpa!Mana ni...Aduuhhh tercicir kat dalam rumah ni ke?
Tak mungkin la sebab aku yakin aku letak diary tu dalam beg sekolah aku.
Okay now focus,Haeyra.Focus.Kat mana kali terakhir kau pegang buku tu?
Aku cuba mengingati kembali kali terakhir aku memegang buku tu.
Dengan bantuan memori otak aku yang kuat,aku rasa kali terakhir masa aku tengah tulis diary dalam kelas then Pira ajak aku turun rehat.
Kalau terjatuh tengah ii hallway nak pergi kantin tu mesti ada orang kutip.Kalau ada orang kutip mesti dia baca kan?
Omaigoddd I'm dead .
|Short Chapter🌈✨|
YOU ARE READING
Kerana Sebuah Diari
AcakDisebabkan kecuaian Iman Amani,diary miliknya tercicir dan menyebabkan diary nya dikutip oleh seseorang. Apa yang ditakuti Iman adalah,dalam diary tu tersimpan banyak rahsianya yang kebanyakannya merapu dan sedikit sebanyak boleh menjatuhkan imejnya...