Bab 28

64 3 0
                                    

"Kenapa dengan pipi awak? Merah semacam je. Sakit ker?" Sekali lagi Adam dapat mengesan perubahan daripada wajahnya.

Banyak betul 'kenapa' si Adam ni.

"Ya ke? Blusher je ni." Afiqa memegang pipinya yang merah itu.

Pipi, pipi. Kenapa lahh kau ni merah sangat. Tengok, kan dah kantoi. Eee, geram betul! Afiqa memarahi pipinya sendiri

Adam ketawa kecil melihatkan wajah Afiqa. Comel betul laa pipi merah dia tu. Rasa macam nak cubit jee. Ishh!

"Betul ke tu just blusher. Bukan sebab..."

Adam mendekatkan wajahnya ke wajah Afiqa. Melihatkan wajah Adam yang begitu dekat dengannya, membuatkan kepalanya ke belakang.

"Awak malu ke?" Ayatnya tergantung disambung. Kening Adam terangkat melihatnya.

Bau wangian daripada Adam menusuk masuk ke dalam hidungnya. Wangi sungguh lelaki di hadapannya itu. Nafas Adam terlalu dekat dengannya.

"Mana ada. Dah laa. Saya pergi dulu. Bye!" Afiqa meninggalkan Adam sendirian di situ. Langkahnya dipercepatkan.

Malu betul dirinya. Kalau bukan pasal pipinya pasti dia tidak aku lari seperti ini. Adam tersenyum melihat gelagat Afiqa yang berlari lari meninggalkan nya.

_______________________________________

Makanan yang berada di tangan dipegang rapi.Matanya melihat suasana di taman mini Universiti Salyna. Cantik dan ceria sahaja.

Dia tidak sabar menunggu Salyna. Hari ini dia mahu mengungkapkan perasan cintanya kepada Salyna. Dia tidak dapat menahan lagi perasan cinta ini.

Dia tidak suka melihat saingannya yang terlalu ramai. Tiba-tiba memorinya bersama Salyna mula terbayang.

Flashback.

Ketika itu dia keluar berdua bersama Salyna menonton wayang. Alangkah gembiranya dia apabila dapat keluar bersama Salyna tanpa ada gangguan oleh oleh lain.

Pakaian yang dipakainya ketika itu segak dan kemas. Matanya meliar mencari kelibat Salyna. Lalu, matanya tertumpu ke arah Salyna yang berjalan ke arahnya.

Pakaian yang dipakai oleh Salyna membuatkannya ternganga. Cantik sungguh ciptaan tuhan. Baju lengan panjang berwarna putih dikenakan dengan seluar berwarna hitam itu membuatkan Salyna semakin cantik.

Ditambahi lagi dengan rambutnya yang disikat kemas.

"Termenung apa je tu adik ku sayang? Let's go!" Ujar Salyna. Dia memetikkan jarinya di hadapan Salyna.

Hati Mukhriz bertambah gembira mendengarkan panggilan yang dipanggil oleh Salyna terhadap nya.
'Adik ku sayang'?? Auch! Sukanya hati. Adik pun adik laa.

Mukhriz mengejar Salyna yang sudahpun mendahului nya.

"Jom masuk. Saya dah beli air dengan popcorn ni." Salyna menjuihkan bibirnya ke arah popcorn dan air yang dipegang nya.

"Kenapa awak yang beli. Patutnya saya yang beli." Mukhriz sedikit hampa. Dia tidak suka jika orang yang disayangi perlu keluar duit untuknya.

"It's okay la. Lagipun awak dah beli tiket kan??"

Mukhriz mengalah. Jam tangan dikerling sepintas.

"Jom laaa. Dah nak start ni."

Mereka pun memasuki panggung wayang tersebut. Genre cerita yang dipilih oleh Mukhriz ialah horror. Dengan langkah yang perlahan, mereka mencari tempat duduk.

Air diletakkan di tempat yang sepatutnya.

"Cerita apa ni Mukhriz?" Soal Salyna yang duduk di sebelahnya.

"Horror."

Ketika itu Salyna mula cemas.

Tangannya tidak semena-mena menarik sedikit lengan baju milik Mukhriz. Badannya di dekat kan di tepi Mukhriz.

Mukhriz yang merasakan bahunya diselisih oleh seseorang segera menoleh. Di kanan, tiada orang. Di kiri. Terlihat Salyna yang terlalu dekat dengannya.

Mulutnya sudah pun menguntum senyuman. Terlihat tangan milik Salyna yang menarik sedikit lengan bajunya. Comelnya budakk niii.

"Relax la Salyna. Cerita tak mula lagi." Ujar Mukhriz perlahan.

Salyna tersengih memandang mukhriz. Badannya ditegakkan.

Tiba-tiba bunyi kuat yang keluar daripada panggung wayang membuatkan Salyna terkejut. Mulutnya menjerit agak kuat membuatkan penonton yang lain mencuri pandang mereka.

Salyna memaut lengan Mukhriz dengan erat. Badannya sedikit bergegar. Takut barangkali. Kepala milik Salyna terlalu dekat dengannya.

Haruman rambut Salyna menusuk ke dalam hidungnya. Wangi sahaja rambutnya. Jantung Mukhriz tidak semena-mena berdegup dengan kencang.

Tangan kanannya sedikit bergegar.

Sabar Mukhriz.  Relax, relax. Kau ni pehal??

Kepala Salyna masih lagi menekup ke lengannya. Tidak bergerak langsung. Cerita hantu yang terpampar, ditontonnya sendiri.  Salyna langsung tidak mahu menoleh.

Sehingga cerita itu sudah pun tamat. Kepala Salyna masih lagi ada pada lengannya. Penonton yang lain sudah pun beransur keluar. Hanya tinggal mereka berdua sahaja di situ.

"Lyna? Cerita dah habis." Mukhriz menggoyang-goyangkan bahu Salyna perlahan.

Rupa-rupanya Salyna sudahpun dibuai lena.  Tersenyum Mukhriz melihatnya.

End flashback

Tiba -tiba, Mukhriz terdengar suara seseorang berdeham. Matanya pun secara automatik meliar mencari di mana datangnya suara yang berdeham itu.

Rupa-rupanya saingannya yang berdeham itu. Tidak lain dan tidak bukan semestinya lelaki yang bernama Hans. Senyuman yang terukir dibibirkan mula luntur melihatkan Hans yang berada kira-kira 10 kaki darinya.

Malas mahu melihat lelaki yang yang perasan kacak, dia pun membuang pandangan ke tempat lain. Terlihat pula Qairul yang berdiri di sebelah kanan.

Kini, dia mula berasa pelik. Apasal, dia orang ada kat sini jugak ni?! Semak betul! Mukhriz mula bengang.

Jam tangan dikerling seketika. Lambat betul masa berjalan. Dia sudah tidak sabar menemui Salyna. Hatinya sudah berkemucak.

Dia mula terfikir. Adakah, dua orang lelaki yang berada si sini, juga ingin mengungkap kan perasaan yang sama sepertinya? Tak boleh jadi ni. Dia perlu lebih pantas.

*
*
*
*
Bab 28! Yeh! Siap pun. Baca ya readers.

Otak  saya ni dah dipakse2 utk bgi ayat yg best2. Harp semua suke. Any typo biar kn je la ae? Sye thu readers sume ni memahami sye.

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now