“Asalamualaikum! Eyza!” Aku yang sedang membersihkan halaman belakang rumahku terus terhenti dari meneruskan kerja pembersihan tatkala suara wanita memberi salam.“Waalaikumusallam... Umi...?” Tangan wanita tua itu pantas salami. Tubuh tuanya ku dakap erat. Di tepi Umi Aisyah yang ku panggil Umi, terdapat seraut wajah yang tidak asing lagi iaitu Amirul Mukmin.
Gaya Amirul sekarang juga berlainan dari 6 tahun yang lalu. Berkumis sedikit, kulitnya yang hitam manis dan berbaju melayu bersama seluar jeans sangat padan.
“Umi, jemputlah masuk dulu. Eyza nak pergi buatkan air kejap eaa.” Pelawaku.
“Ehhhh... nak... tak mengapalah, Umi nak duduk kat pangkin kayu ni haa. Hendak ambik angin...” Aku sekadar mengangguk.
Setelah beberapa minit, aku menghindangkan air teh O panas dengan sepiring keropok lekor rebus.
“Eyza, meh duduk kat sebelah Umi...” Pinta Umi lantas aku menurut sahaja.Aku melabuhkan punggungku di situ. Jarak antara Amirul dan aku agak berjauhan. Sesekali mataku terarah padanya pasti matanya tertunduk. Kebarangkalian Amirul menjaga pandangannya.
“Sekejap je masa Eyza. Pejam celik, dah seminggu ayah kamu dah tiada. Kamu bila mula kerja balik?” Soal Umi pula.
“Ermm, Eyza ingat nak berhenti kerja Umi…” Jelasku lirih. Wajah Umi berkerut-kerut hingga menampakkan kedutan seribu di dahinya.
“Kerja sekarang bukan senang nak dapat. Lagipula, Umi tengok bos Eyza tu berbudi bahasa orangnya. Banyak tolong uruskan majlis tahlil. Tak cukup tangan kalau bos kamu tu takde.”
Sejujurnya, sedikit sebanyak hatiku dah terpaut pada Nazril. Namun, aku ragu-ragu untuk menerima cintanya kerana takut kelak akan kecewa. Tapi, aku dapat melihat kesungguhan Nazril meraih hatiku.
Kau mengaku je Eyza, kau memang dah jatuh cinta kan? Otakku membeku untuk menjawab pertanyaan hati kecilku sendiri.
“Kamu Amirul yang dari tadi keras semancam pantung cendana kenapa? Padahal kamu yang beria-ria suruh Umi teman kamu.” Umi memandang Amirul yang menekur di tanah.
Aku hanya tersenyum kelat. “Umi ralit sembang camne along nak potong.” Amirul ketawal kecil, matanya sudah memandang tepat ke wajahku. kami bertentang mata seketika.
“Eyza apa khabar? Abang mintak maaf, takde masa tahlil Pak Hashim. Ni pun abang cuti ada kat kampung 2 hari je, lusa kena balik Mesir dah. Abang ucap takziah dik.” Lembut suara Amirul menjamah telingaku.
“Sibuk memanjang Mirul kamu nii Eyza…” Sampuk Umi sambil menjeling-jeling anak lelakinya. “Khabar baik abang Mirul. Tak apa, Eyza faham abang busy.” Kataku.
Haihh, jantung aku tidak berdegup kencang ke? Hilang sudah ke perasaan yang pernah bersarang dulu? Guman hatiku sendirian. Aku agak kekok ingin berbual-bual, maklumlah sudah kira-kira enam tahun aku tidak berjumpa.
Amirul menggaru-garu kepalanya. Tersengih-sengih memandang uminya. “Dik, apasal mata bengkak? Adik nangis? Heii, adik ni tak ubah-ubah macam dulu… nangis aje… kita boleh menangis kerana bersedih atas kehilangan tetapi jangan sampai kita tak merelakan pemergiaannya dik. itu bererti kita lawan takdir Allah.”
Aku mengangguk sayu. Hiba hati dan jiwa tatkala menyedari ayah sudah tiada. Pilu hatiku hanya tuhan sahaja tahu.
“Kenapa Allah tak ambik nyawa Eyza? Kenapa mesti orang-orang yang Eyza sayang? Kenapa?” Aku mengeluh sayu. Bertalu-talu soalan ku ajukan walaupun ku mengetahui tidak akan jawapannya.
“Tak baik adik menyoal takdir ilahi. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatnya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya. Ujian adalah tanda Allah sayangkan adik. Jangan sesekali kita menanda soal sedangkan Allah SWT telah meletakkan noktah” Panjang lebar Amirul memberi nasihat yang amat berguna untukku.
YOU ARE READING
Mengharap Sebuah Kebahagiaan
Short StoryMengisahkan liku-liku hidup tentang seorang gadis OKU yang bernama NurEyza Elyana binti Hashim dalam menempuh perjalanan takdir yang diharapkan bahagia. Lafaz kalimah cinta yang diungkap Nazril merangkap bos ditempat kerja membuat gadis ini terpaku...