10 ; Suprise

433 70 88
                                    

. . . . . . . . . . . . . . .
   Daehwi POV
. . . . . . . . . . . . . . .

Harini semua ada kat bilik practice tapi takde latihan pun . Maybe datang nak melepak je kot .

Mata aku tertumpu kat Jinyoung yang sedang asyik bermain dengan telefon . Ada gak sengihnya .

Tak lain dan tak bukan si Elina yang mesej tu . Kalau nak kata Alice , dia sekarang punya nak mesej Alice kemain payah .

Eiii aku benci betullah dengan rahsia dia ni , kalau boleh nak je aku bagi tahu Alice . Biar padan muka dia grr

"Ahh guys , aku nak keluar jap"

Kata Jinyoung yang sudah bersiap memakai jaket serta beg sandangnya . Alahai dia ni , mesti nak jumpa Elina .

"Aku nak ikut kau"

Kata Daniel . Berkerut muka Jinyoung dibuatnya , tetibe nak ikut . Biasanya takdenya nak ikut semua ni .

"Eh takyah"

Setelah Jinyoung melarang , Daniel datang merapati dia dengan muka serious . Jangan kata nak gaduh .

"Aku nak ikut kau sebab tak nak ada orang salah faham pasal kau dengan Elina . Orang lain da tahu yang kau da kahwin"

"Biarlah dorang nak salah faham ke apa yang penting aku dapat jumpa Elina"

Jinyoung terus blah . Terpinga pinga kami dibuatnya , eh makin menjadi jadi pula perangai dia .

Oh gosh jangan kata dia da cintakan Elina , well dari mula lagi aku suruh dia jauhkan perasaan cinta kat Elina dan Jinyoung kata ok .

Tapi sekarang ni apa yang aku nampak , makin menjadi jadi pula perangai dia . Tolonglah Jinyoung , ingat Alice !

Kang aku suruh Jihoon rampas Alice dari kau kang , jangan nak menyesal menangis semua depan Alice .

Telefon aku menekan button on untuk memeriksa instagram . Mana tahu dapat buat cerita dengan Alice memandangkan harini pun tak buat apa apa .

"Eo ?!"

Hanbin telah dibebaskan dari penjara ? Bila ni ? Ohh semasa kami semua sibuk untuk buat come back .

"Kenapa Daehwi ?"

Soal Seongwoo sambil kening terjungkit . Aku menunjukkan artikel mengenai Hanbij tadi kat Seongwoo .

"Jinjja ?! Kau rasa dia ada kacau Alice tak ?"

Aku hanya mengangkat bahu tetibe dia ambik beg aku lalu serah kepada aku . Da kenapa ?

"Memandangkan Jinyoung takde kat rumah untuk menjamin keselamatan Alice , baik kau pergi"

"Takkan aku nak pergi sensorang ?"

Sekali Daniel tampil . Wahh , dia ni memang suka ikut orang ke apa ? Ke hantu mana yang masuk badan dia untuk ikut orang ?

"Aku ikut kau"

"Ok"

Jadi kami mula bergerak dengan meminjam kereta staf . Yela , daniel kan reti bawa kereta so takyah nak harungi lautan manusia kat luar sana .

40 minit kemudian , kami sampai tapi ada sebuah kereta yang kami tak kenali . Kawan Alice or mak ayah Alice ?

Loceng rumah ditekan dengan penuh debaran , tah lah tetibe rasa berdebar lagipun kami da lama juga tak jumpa Alice .

Sekali pintu dibuka , wajah Alice menjadi hiasan di sebalik pintu . Dia tersenyum melihat kami , eh aku lagi happy tau dapat tengok kau ufufufu

"Masuklah"

Kami masuk dan langkah kami berdua berhenti disaat melihat Hanbin sedang bermain dengan Jaejin di ruang tamu .

So inilah yang buat aku berdebar dari tadi , Hanbin grr . Sebelum melabuhkan punggung , kami bersalaman dengan Hanbin .

"Korang sihat ?"

Soalnya prihatin . Kami just angguk , tak balas menggunakan suara . Alice pula kat dapur , buat air kabaunya .

"Aku pergi dapur jap"

Daniel pun menurut serta bermain dengan Jaejin . Mungkin tak nak buat Hanbin rasa kami ni tak berapa berkenan dengan dia .

"Alice"

"Eh duduklah depan , aku da siap buat air ni"

"Jap lah"

Alice meletakkan dulang tadi di atas meja pantri semula . Dia mula menumpukan perhatian terhadap aku .

"Kenapa ? Kau selesa sebab ada Hanbin ?"

"Yela , dia dulu kan macam obses dengan kau . Mana kitorang tak risau sebab tu kami datang nak jenguk kau"

Riak wajah Alice mula berubah . Mata da memerah menahan nangis , eh aku salah cakap ke ?

"Kenapa Jinyoung tak ikut sekali ? Bukan ke patut dia yang datang jumpa kami ?"

Alamak memang betul aku da salah cakap . Pabo Daehwi ! Nak cakap biar bertapis dulu , kan da nangis si Alice .

"Dia bukan tak nak pergi tapi sebab dia...dia ada photoshoot untuk Imnisfree"

Alasan aku . Alice hanya angguk lalu mengangkat semula dulang tadi berjalan terus ke ruang tamu .

Aduhhh payah gini . Telefon dikeluarkan lalu mendail nombor Jinyoung , jangan dia tak angkat sudah .

-phone pov-

"Hello . Daehwi ada apa ?"
"Kau tahu tak Hanbin da dibebaskan dari penjara ?"
"Huh ?!"
"Bahalol kau ni . Sekarang aku dan Daniel kat rumah kau tapi Hanbin ada sebelum kami sampai"
"Serious lah ?! Ok , japgi aku sampai"

-end pov-

Panggilan ditamatkan oleh Jinyoung . Aku bagi tahu baru nak bergerak , tu lah guna telefon untuk mesej Elina bukan nak cari news ke apa grr .

Tanpa berlengah lagi , aku berjalan ke depan untuk sertai mereka bertiga . Wahh kemain suka Hanbin bermain dengan Jaejin . Daniel lagi lah alahai -_-

Ahh da dapat hint ?
Saja tanya . Mana tahu da dapat huhu

Wehh aku sedih sebab wannaone nak disband 😭 Mungkin sebab tu aku terminat kat Nct huaaa

+vote+comment+

[C] Senior Bae S2 : bjyWhere stories live. Discover now