Shaheen merupakan seorang gadis yg sukar untuk digambarkan perwatakannya . tetapi yg jelas dia seorang yg manja dan sangat mengada dalam keluarganya serta teman sekelilingnya . Gadis yg berumur 24 ni mempunyai suatu keistimewaan tersembunyi yg mampu membuatkan jejaka yg dia berkawan akan terpaut pada hatinya .Bohonglah sekiranya tidak terasa ingin bercinta tetapi perasaan takut selalu menguasai hati apabila pernah dilukai . Tambahan pula Shaheen benar terluka dengan sikap kekasihnya yg kaki perempuan . Namun , teman lelakinya tidak pernah sekali menengking silapnya malah dilayan manja kerana terlalu masak dengan sifat Shaheen Aarshia yg manja dan suka menangis .
Hampir dua tahun mereka menjalinkan hubungan bercinta akhirnya Shaheen membut keputusan untuk mengakhirkan hubungan mereka kerana tidak dapat bertahan lagi dengan sikap teman lelakinya yg dia lalui dari zaman sang lelaki itu belajar hingga belerjaya .
Walaupun sukar untuk Shaheen melupakan tapi dia harus ingat hatinya bukanlah mainan sehingga Shaheen berjumpa dengan seorang lelaki yg sangat menyayanginya tetapi cinta itu hanya mampu bertahan setahun setengah kerana tidak direstui oleh keluarga lelaki tersebut . Shaheen terlalu frust lalu berpindah ke negeri orang untuk merantau selepas berberapa bulan peristiwa perit tersebut .
"Tingggggg..." , handphone Shaheen berbunyi menandakan menerima whatspp . "Siapa pula niiiiii . Dah lah tak ada mood" ,dengus Shaheen yg sedang leka mendengar lagu menggunakan earphone .
"Assalammualaikum Shiaa.. Abg ni . Sebelum abg bernikah dengan tunang abg , izinkan abg belikan Shiaa patung minion besar yg pernah Shiaa request kat facebook . Abg nak Shiaa tahu yg Shiaa adalah sebahagian dari hidup abg . Jujur abg katakan abg sentiasa follow up life Shiaa untuk memastikan Shiaa tak disakitkan sebab abg akan rasa sakitnya.. "
Shaheen Aarshia hanya menitiskan airmata tatkala teringat Firash Hakimi meninggalkan dia tanpa hati perasaan kerana akur dengan permintaan ibunya yg boleh dikatakan singa segala singa . Namun bagitu , Shaheen tidak mengendahkan mesej tersebut .
"Reply whtspp ni Shiaa jangan diam macam ni . Kalau masih ada rasa sayangkan abg Shiaa reply whtspp ni "
Lalu Shiaa membalas "Waalaikumsalam yaa . Untuk apa abg cari Shiaa lagi sedangkan abg dah nak mendirikan rumahtangga ? Abg tak rasa bersalah ke abg ? Sudah abg , Shiaa baru nak jadi kuat kenapa abg muncul lagi . Shiaa dah cukup sakit . Cukup bang"
"Shiaa nak kahwin dengan abg ? Abg boleh aturkan semua ni . Abg tak mampu tipu diri sendiri . Abg bagaikan hidup dengan bayangan Shiaa . Abg selalu menganggap dia tu Shiaa ."
YOU ARE READING
Sambutlah Kasih
Romance🔞 #18sx #cinta #percintaan #dendam #cintagangster #romance #romantik Adakah cinta jejaka gangster terhadap gadis bertudung itu hanya untuk dipermainkan ? Cinta tidak mengenal usia , taraf hidup apa sekalipun .