Aifer meletakkan mulutnya ke mulut Ariki.
Hidung Ariki dipicit. Udara dihembus dua kali berturut-turut. Sebelum Aifer meletakkan telapak tangan kanan di atas telapak tangan kiri, menekan tengah-tengah dada Ariki beberapa kali. Aifer kemudian kembali meletakkan mulutnya ke mulut Ariki. Udara dihembus lagi sebanyak dua kali, sebelum dia kembali menekan dada Ariki buat kesekian kalinya.
Pipi Aifer sudah basah dengan linangan air mata. Hatinya tidak henti-henti mengharapkan Allah SWT membantunya. Jiwanya resah.
"Bangkit Ariki!" Aifer meneruskan perbuatannya untuk menyelamatkan nyawa Ariki.
Lelaki itu sudah tidak sedarkan diri. Dada pemuda itu masih berasap akibat serangan mengejut yang baru diterimanya sebentar tadi.
Aifer mengabaikan keadaan sekeliling yang berkecamuk. Perang berlangsung dengan begitu sengit. Darah sekali-sekala terpercik ke tubuhnya. Aifer tidak peduli.
Fokusnya hanya kepada Ariki.
Air matanya terus berjujuran.
"Ya Allah, mengapa Engkau menguji kami dengan pengkhianatan sebegini?"
Aifer hiba. Tetapi tetap meneruskan usahanya.
Dia tidak sanggup kehilangan Ariki. Perjuangan ini juga tidak boleh kehilangan Ariki.
"Ariki!" Aifer menjerit buat kesekian kalinya.
Mengharapkan doanya terjawab dan usahanya berhasil.
YOU ARE READING
Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan
ActionHikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan - Enam bulan telah berlalu selepas tragedi di Wagangada. Enam bulan juga Ariki dan rakan-rakannya berkampung di Hutan Maut bersama Ibu Umeira. Enam bulanlah juga Ishmakil tidak pulang-pulang kepada mereka...