♔BAB 010♔

45.9K 457 18
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝕼hyla diteriak dengan kagum oleh mereka semua terutamanya pelajar lelaki. Pelajar lelaki tidak ubah seperti peminat Qhyla pada saat Qhyla memperkenalkan dirinya.

"Qhyla! Cuba awak nyanyi kat sini. Saya nak dengarlah~"

"Boleh tak kita selfie? Please!"

"Duduklah sebelah saya Qhyla. Wei Syafiq! Bangun sekarang. Kau pindah tempat lain."

"Kenapa pulak?!"

"Hei, jangan nak beranganlah. Dia akan duduk sebelah aku!"

"Kau diamlah!"

"Kaulah diam!"

"Woi diamlah kau!"

"Babi!"

"Kaulah babi hutan!"

Lufy menghela nafas geram. Satu perkara yang membuatnya geram ialah, Qhyla menjadi perhatian. Yang kedua, kelasnya sudah menjadi riuh-rendah seperti pasar malam.

BAMMBB!

Semua pelajar senyap tidak mengeluarkan suara. Qhyla menghincutkan bahunya kerana hempasan tangan pada meja yang Lufy lakukan sangat kuat. Mata Qhyla terkebil-kebil memandang Lufy. Guru kelasnya sendiri.

"Tak kiralah dia ni artis, pelakon atau penyanyi sekalipun, kelas saya tetap kelas saya. Bermakna, awak semua tak ada hak nak bersuara dan berbuat bising!" Bentak Lufy. Matanya ligat dan tajam berkilat memandang pelajar lelaki satu-persatu.

Lufy memandang pula Qhyla yang membalas tatapannya kemudian gadis itu menunduk takut.

"Qaisara! Awak pun jangan layan sangat semua budak lelaki tu. Kalau saya nampak awak gedik sangat layan diorang, siap awak nanti!"

"Ba... Baik cikgu. Maafkan saya..." Qhyla menunduk saja.

"Nafiesha!"

Gadis bernama Nafiesha yang duduk di meja depan sekali mendongak. Matanya menjeling Qhyla sebaik saja Qhyla menatapnya.

"Ya, cikgu?"

"Sila pindah ke belakang. Pelajar baru ni akan duduk di situ." arah Lufy membuatkan Nafiesha tercengang.

"Cikgu Lufy, dah bertahun kut saya duduk sini. Lagipun, saya senang nak fokus bila duduk depan. Tak mahulah duduk belakang dengan orang yang takde masa depan. Hisy!" Nafiesha merungut dengan kasar. Dia sekali lagi mencebikkan wajah pada Qhyla yang memandangnya takut.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now