Yuri_Aku terjaga dari tidurku. Keadaan ruang tamu sangat bersepah. Malam tadi aku memang mabuk teruk. Terlihat Namjoon dan Hoseok tertidur di lantai dan aku berada di sofa ruang tamu.
" Awak dah bangun " sapaan tersebut membuatkan aku berpaling. Kim Taehyung.
" Awak, saya nak tanya boleh? " suaraku sedikit serak dan perit untuk menelan air liur.
" Apa dia? " Taehyung yang baru berdiri pada pintu biliknya terus menghampiriku. Berdegap-degup jantungku ingin menanya sesuatu.
" Semalam, saya ada cakap benda mengarut ke masa mabuk atau buat sesuatu? " pertanyaanku tersebut membuatkan Taehyung tersenyum-senyum. Entah apa yang dia teringat.
" Nak saya jujur ke? " di ketab gigi Taehyung seraya melihat wajahku.
" Janganlah main-main " hampir terangkat kakiku untuk menyepak Taehyung yang berdiri tegak di hadapanku. Dia tersenyum.
" Yelah! Semalam awak buat dekat saya macam ni " Taehyung membongkok diri lalu menghampiri wajahnya ke wajahku. Dikucup sekilas bibir. Terbutang luas mataku. Taehyung cium.
" Awak-- awak guraukan? " tergagap aku. Taehyung menggeleng. Bibirku terus di tegup dengan tangan.
Apa kau buat ni, Yuri? Habis kalau jin tahu! Kenapa aku cium Taehyung? Semua salah Namjoon. Ya tuhan.
" Nak saya teruskan? " terangkat kening Taehyung. Aku menggeleng. Tidak sanggup untuk mendengar lagi.
" Janganlah risau, semalam mereka mabuk juga. Saya rahsiakan semua yang awak buat atau luahan yang saya dengar semalam " rambutku yang telah kusut semakin di kusutkan oleh Taehyung. Aku hanya tersenyum.
_____
Taehyung_
Sebaik kelas dah tamat, aku mengatur langkah menuju ke lobi sementara menunggu Hoseok dan Namjoon yang sedang berjumpa dengan pensyarah. Entah untuk urusan sesuatu. Mentang-mentang dah nak habis belajar.
Kerusi batu yang tersedia di lobi tersebut aku duduk. Terbayang kejadian semalam. Kalau boleh memang tak nak biarkan masa yang emas itu berlalu. Tetapi ada yang paling menyedihkan. Yuri menangis di depan aku kerana seseorang lelaki.
" Aku boleh gantikan tempat dia, Yuri " bisik hati aku. Entah apa yang membuatkan aku menyukai Yuri.
" Yuri? " sapaan tersebut terus membuat bahuku terhinjut. Kim Namjoon.
" Cepat pula " kataku seraya mata hilang arah untuk dipandang.
" Kau suka Yuri, kan? " di tepuk-tepuk bahu Taehyung. Aku tidak dapat menahan senyum maluku terus terlepas.
" Mana ada " sedaya upaya aku melakonkan diri sendiri.
" Yelah tu " Namjoon terus mengambil tempat duduk yang kosong di sebelahku.
" Mana Hoseok?" sengaja diubah topik. Berhenti mengusik.
" Dia masih jumpa pensyarah " kata Namjoon tetapi tidak lepas wajahnya memandang pelik kepadaku. Aku terus mengalih pandangan.
" Kau nak tahu tentang Yuri? " semakin dekat wajah Namjoon untuk mengusik aku. Aku hanya terdiam seketika. Dan mengangguk.
" Yuri ni penyayang sebab tu ramai yang suka dia, tipulah kalau aku sendiri ni tak pernah ada perasaan dekat dia. Dia "
" Namjoon, kau pernah luah perasaan kau dengan dia sebelum ni? " aku lebih tertanya-tanya dengan Namjoon. Dia mengetap bibir. Menggeleng.
" Aku rasa dah terlambat nak luah dekat dia "
" Terlambat? Maknanya sekarang dia dah ada teman lelaki lah? " cepat Namjoon mengangguk. Hati aku mula sakit. Entah kenapa.
" Teman lelaki dia kawan kita sendiri, percaya tak? " semakin terluka hati aku. Cepat aku menggeleng. Dalam masa yang sama aku teringat, baru aku perasan wajah gadis itu kelihatan pernah dilihat sebelum ini. Tetapi aku tidak pasti itu gadis yang sama atau bukan.
" Kejap, siapa teman lelaki dia? " aku bersabar menunggu jawapan yang keluar dari mulut Namjoon.
" Kim Seokjin " sakit. Sakit sangat. Bertuah kau, seokjin. Memang benar dan tidak silap memang gadis yang sama. Aku teringat gambar yang terpapar di loockscreen milik jin. Rupanya itulah gadis yang jin cintakan.
" Nam-- namjoon, kenapa hati aku tiba-tiba sakit sangat ni? Kenapa hati aku rasa nak sebak je? " diusap perlahan dadaku. Sabar Taehyung.
" Ya, Taehyung! Jangan terlalu geram sangat, dah lama si Yuri tu dengan Seokjin. Kau janganlah macam ni sangat " di tepuk lengan Taehyung. Mataku terus menjadi liar. Tak jangan jadi bodoh sangat Taehyung.
" Semalam dia bagitahu dia dah berpisah dengan Seokjin. Dan dia datang ke sini sebab taknak nampak Seokjin depan dia lagi " termenung jauh aku sambil berkata-kata. Jari-jemariku bermain-main.
" Aku tahu itu, Taehyung. Tetapi kau pun tahulah. Seokjin jenis tak akan kalah, dia tetap akan menang " dipukul lembut bahu Taehyung. Aku hanya mengetap bibir.
_____
Aku melangkah perlahan ke bilik Yuri, bergetar rasa jantungku. Tangan di hampirkan pada tombol pintu biliknya.
" Yuri.. " mataku membulat. Pintu bilik Yuri terbuka luas dan dia berdiri terjegak di hadapanku.
" Awak lapar lagi ke? Nak saya tolong masakkan? " dihulur bantuan Yuri. Matanya tidak lepas memandang wajahku.
" Erm.. tak. Saya cuma nak ajak awak keluar dengan saya, bolehkan? " belakang leher aku usap bersama tangan. Yuri mengangguk setuju.