Aku menoleh sekilas Nazril yang tekun sedang memandu kereta. Tapi, aku aneh melihat sikap Nazril yang secara tiba-tiba tiada angin mahupun ribut dia hanya berdiam tidak berkutik. Banglo yang tersengam indah aku lihat dari luar tingkap kereta. Inilah istana yang akan didiami oleh aku dan suamiku? kami berdua dan seterusnya bertiga? Wajahku ceria apabila membayangkan anak kecilku kelak bermain-main dengan riang di laman banglo yang besar itu.“Woi kau tak reti-reti nak keluar ke?” Jerkah Nazril mengejutkan aku. Pintu kereta cepat-cepat ku buka. Apa yang baru aku dengar sebentar tadi? Nazril memanggil aku dengan kasar? Kau? Aku? Aku mengagak bagaikan sesuatu buruk saja hendak berlaku dalam hidup aku.
Perasaan hiba mula menguasai diriku. Bibirku kacip menahan hati yang terasa panggilan Nazril. Mana perginya panggilan sayang? Otakku ligat terus bertanya pada diri sendiri. Masih tiada jawapan yang tepat.
“Bibik! Ohh bik! Tolong angkat beg-beg kami bawak masuk kat dalam.” Laung Nazril. Mataku terarah pada seorang orang gaji yang sudah berumur dalam lingkungan umur 50 tahun. “Iya Tuan Nazril.” Tergopoh-gapah bibik indonesia itu mengangkat beg.
“Kau tengok je ke? Ambik beg kau tu!” Apakah punca yang membuat Nazril berubah sekelip mata seperti kerasukan sebegini? Aku memutuskan untuk tidak bersuara lalu melakukan apa yang diarah Nazril.
“Kau jangan nak berlagak Eyza jadi pemaisuri bila kahwin dengan orang kaya? Kau berangan aku nak layan kau macam mem? Kau tu sama taraf orang gaji.” Kata Nazril.
Aku yang terkial-kial mengangkat beg bagai berasa tertusuk duri setiap patah perkataan yang keluar dari mulut suamiku sendiri?
Sebaik sampai sahaja di ruang tamu, aku melabuhkan punggungku di tempat sofa untuk melepaskan lelah seketika. Hatiku tertanya-tanya mengapa Nazril berbicara kasar padaku? Dia ada masalah ke? Dia tiada niat kot nak marah-marah aku. Tetapi perlu ke dia samakan aku dengan bibik?
Mendengar suara Nazril yang sedang bergayut di telefon bimbit, aku pantas bangun dan mencuri dengar. “Ma... how long Naz nak face benda ni semua ma? Terpaksa mengadap perempuan cacat tu? Kita tengok macam mana dulu ma... kalau dah masuk 4 bulan dia tak mengandung, Naz tak akan teragak-agak ceraikan dia. Tak sanggup Naz nak buang masa habiskan sisa-sisa hidup dengan dia. Ini semua salah papa! Soal hati dan perasaan ma! Mana boleh main paksa-paksa.” Nazril mengetap bibirnya.
“Ma... I call you back.” Talian terus dimatikan. Hampir nak gugur jantungku sebaik sahaja mendengar perbualan antara Nazril dan mamanya. Aku memicit-micit dahiku yang sudah mula pening. Bukankah Nazril menikahiku kerana mencintaiku? Ya, Allah sandiwara apakah ini?
“Abang.... apa yang dah berlaku? Apa maksud abang nak ceraikan Eyza?” Soalku menahan sebak. Redup ku pandang wajah Nazril bagi memohon penjelasan. “Hei, berani kau curi dengar!” Nazril mencengkam tudungku, tubuhku yang mamai diheret masuk ke dalam ruang tamu.
“Bibik!!! Bawak dia dalam bilik bibik!” Nazril melaung kuat.
“Abang! Kenapa abang tiba-tiba jadi kasar dengan Eyza? Sanggup abang perlakukan Eyza begini? Eyza isteri abang.” Aku sudah meraung hiba.
“Habis tu? Kau nak kita tidur sebilik? Sorry, cukuplah semalam aku jijik sentuh kau! Hujung jari kau pun aku geli tahu tak? Tak sedar diri kau ni, tidur aje lah dalam bilik bibik tu! Kau jangan nak serabutkan kepala otak aku boleh tak?!” Tengking Nazril dengan kasar.
Luluh hatiku, betapa sedih hati ini dan kecewa sungguh bila diperlakukan sedemikian rupa. Manis hanya di lidah bila bicara, ternyata racun yang menghancurkan jiwa raga. Inikah bahagia yang ku harapkan dari orang yang ku cintai sepenuh hati? Tidak! Aku tersilap mempercayai kata-kata dusta cinta seorang lelaki yang kini hanya akan membuatku derita. Aku dipergunakan? Apa salahku sehingga aku ditipu hidup-hidup!

YOU ARE READING
Mengharap Sebuah Kebahagiaan
Short StoryMengisahkan liku-liku hidup tentang seorang gadis OKU yang bernama NurEyza Elyana binti Hashim dalam menempuh perjalanan takdir yang diharapkan bahagia. Lafaz kalimah cinta yang diungkap Nazril merangkap bos ditempat kerja membuat gadis ini terpaku...