"NNOOOOOO!!!!!" teriak panjang Sara sendirian di biliknya. Raut wajah Sara nampak sangat dia shocked sesangat, sampai rasa macam gelap sangat wajah dia tu.. Nampak lesu pun ada..
Terdiam kejap si Sara ni tengok skrin telefon bimbitnya. "AHHHHH!" jerit kecil si gadis sambil melemparkan telefon bimbitnya di sebelahnya. Kepalanya di letakkannya di bantal miliknya.
"Gerr...letih letih aku taip cerita tu. Dah nak siap pulak tu. Sekarang dah hilang tak tersave!! Grrr...geramnyaaaa," uturnya pada diri sendiri. Sara ni memang minat sangat mereka cerita...tu lah sebab bila dia dapat tahu tentang wattpad, pantas je tangannya membuat cerita di aplikasi tu.
"Tapikann.... masuk akal ke cerita tu. Aku tahu lah "Aku Bukan Stalker" based on my life tapi... masuk akal ke?" Sara berkata sendirian, mulai merasa ceritanya 'Aku Bukan Stalker' sedikit tidak masuk akal... Walaupun kisah itu ada kaitan dengan hidupnya, ada juga sedikit sebanyak di ubahnya. Maklum lah, dia nak add sedikit drama dan conflict kat ceritanya...
Dia menghembuskan nafas letih sebelum mengambil kembali telefon bimbitnya. Mata dia memandang tajam skrinnya. Dibacanya sinopsis cerita miliknya, "Aishah seorang waitress. Amirul seorang regular customer. Adakah cinta akan berputik diantara mereka berdua? Baca lah 'Aku Bukan Stalker' untuk mengetahui perjalanan cinta mereka berdua.."
Selesai si Sara membacanya, rasa nak keluar air matanya. "Ish.. apasal aku mudah emosional ni!" Marahnya sambil mengesat airmatanya yang perlahan lahan mengalir membasahi pipinya. Haa... kalau nak tahu cerita 'Aku Bukan Stalker' based on Sara dan Malik!!! Tu lah, bila Sara membaca balik je ceritanya, pasti teringat kejadian yang pernah terjadi padanya dengan Malik...
"Be strong lah bodoh!" Bahasnya pada diri sendiri. "Perasaan kau tu cuma setakat obsesi je! Kau admire kekacakan dia je. Kau tak ada pun perasaan cinta dekat dia!" Marahnya pada diri sendiri. "Kau tu memang suka lelaki. Setiap kali kau jumpa lelaki yang baik kat kau atau hensem , mesti kau fall in love! Hati kau tu cepat sangat nak jatuh cinta. Ahh entah entah kau tersalah faham cinta dengan rasa admiration kau kat dorang... so please lah bodoh... hentikanlah diri kau yang terlalu senang sangaat jatuh cinta tu! Nak muntah aku tengok perangai kau yang tergedik gedik bodoh tu!!!" Dia betul betul menceramahi dan memarahi dirinya. Air matanya kembali mengalir membasahi pipinya yang gebu tu. Terdiam sekejap si Sara... walaupun dia tahu dia sendiri yang menguturkannya, hatinya rasa seperti ditikan bertubi tubi dengan pisau. Pedih rasanya... sakit rasanya..
"Kenapalah aku ni tak ada yang nak suka," balasnnya merasa sedih dan sayu sambil menutupi wajahnya dengan bantal.
Haii... Sara ni okay ke? Macam ada split personalities jer.. tak pun, macam bipolar je.. hmm, Sara ni keliru dengan perasaannya... keliru dengan apa yang harus di lakukannya. Hatinya ingin berhenti obses dengan si jejaka tapi masih terasa berat dirinya untuk berbuat demikian...
Didalam tangisannya, matanya terlelap... dirinya sudah dibuai mimpi mimpi khayalan..
Diwaktu yang sama tetapi tempat yang berbeza...
"Kau sukakan Sara?" Rasa macam nak keluar je biji mata si Ridwan bila dengar. Biar betul abang aku ni, bisiknya di hati.
"Yeah.. aku admit mula mula tu tak ada lah rasa suka tapi sekarang... aku rasa aku dah mulai suka kat dia," balas Malik lemah, menutupi wajahnya dengan kedua dua tangannya. Entah mengapa, dia ingin sangat memberitahu si adik tentang perasaannya kat Stalker...
Ridwan menatapi abangnya dengan mulut yang terbuka dek terkejut. Manada tidaknya, dia tak pernah sangka pun si abang mempunyai perasaan sebegini rupa pada sigadis. Sejak bila?!? , bisik dihatinya. Pengakuan si abang mengingatkan dirinya akan statement si Sara...
"Maafkan aku, Ridwan. Aku tak pernah bagitahu kau tentang perasaan aku ni. Mungkin sebab aku rasa cemburu dengan kau sebab Sara layan kau. Dia mesra kat kau... dia selalu senyum bila nampak kau... tu lah bila aku sedar aku cemburu.. cemburu sebab dia gembira bukan kerna aku tapi kau."
Ridwan hanya terdiam mendengar uturan si abang. Haruskah dia memberitahu perasaan si Sara? Haruskah dia memberitahu si Malik bahwa Sara sudah tidak menyimpan rasa suka? Haruskah dia menghancurkan hati si abang dengan memberitahunya hal itu?
"Aku akan pergi Australia tak lama lagi," sambung si Malik dengan suara sayu.
Mata Ridwan terbeliak besar. Selepas satu kejutan, satu datang. Kenapa perlu benda macam ni terjadi dalam satu hari ni??
"Dalam dua minggu lagi, aku akan pergi menguruskan bisnis Ayah di sana. Aku mungkin akan lama disana. Mungkin akan bertahun tahun aku menetap disana... semuanya aku tak pasti," Malik berdiri dari katilnya, memandang tepat di mata Ridwan sambil memegang bahu si adik. "Boleh kah aku meminta sesuatu dari kau?" Matanya sayu. Hatinya rasa seperti patah. Sukar untuknya untuk meminta Ridwan menjaga Sara. Sukar untuknya meminta lelaki lain untuk membahagiakan gadis yang dicintainya.. sukar baginya... untuk melepaskan Sara pada Ridwan. "Bolehkah kau menjaga Sara untuk ku?
"Apa yang kau merepek ni?" Ridwan melempar jauh tangan Malik. Dia memang tak suka kalau abang dia ni terlalu dramatik. Terlalu suka berputus asa. Terlalu cepat mengalah... "Kan kau masih punya peluang untuk meluahkan perasaa kau kat diaa! Kau masih ada masa dua minggu lagi kan? Nah, guna lah masa tu untuk pergi kat dia. Luahkan perasaan kau kat dia. Bukan kat aku." Marah Ridwan bila menguturkan semuanya pada si abang. "Aku takkan menjaga Sara untuk kau. Aku.... punya kekasih hati aku sendiri. Tak hingin aku melepaskan gadis yang aku cinta hanya kerana kau!!!" Sebenarnya Ridwan tak ada pun kekasih... itu cuma helahnya untuk membuat si abang jangan mengalah dengan perasaannya.
"Kau tak faham, wan...," alasan Malik dengan wajahnya yang lemah. Dia tidak punya keberanian untuk memberitahu Sara akan perasaannya. Itu lah kenyataannya... dia terlalu takut untuk meluahkan perasaan dia pada Sara..
"Sudah lah. Aku tak mahu masuk campur dengan hal cinta kau. Antara kau lepaskan Sara dan biarkan lelaki lain membahagiakan dia ataupun kau sendiri memberi kebahagian padanya," Itu lah kata terakhir dari Ridwan sebelum dia melangkah keluar dari bilik Malik.
Tinggal lah Malik sendirian di biliknya...
Dia dapat merasa kakinya lemah...
Dia dapat merasa apa yang dikatakan Ridwan ada benarnya...
Sanggupkah dia memberi lelaki lain untuk memgembirakan Sara?
Sanggupkah dia melihat Sara bahagia bersama lelaki lain dan bukan dia?
Sanggupkah dia membiarkan dirinya menyesal di hari kelak nanti?
"Aku... aku tak mungkin mampu untuk melihat Sara bahagia bersama lelaki lain.... aku tak mungkin mampu membiarkan cinta Sara pada aku hilang hanya kerana aku tak mampu mengatakan perasaan aku padanya... tak mungkin aku sanggup..." uturnya dengan suara kecil. "Tapi punya kah aku keberanian untuk mengatakan cinta?"
Malik hanya duduk terdiam di katilnya. Tak mungkin dia dapat melelapkan matanya dalam keadaan sebegini. Terlalu banyak yang difikirkannya...
Takala Malik merasa rusing dengan apa yang harus dilakukannya, Ridwan melangkah masuk ke bilik miliknya. Direbahkannya punggungnya pada sofa yang terletak tak jauh dari katilnya. "Betul ke dengan apa yang aku lakukan ni? Sara sudah tidak punya perasaan pada Malik. Malik mulai menyimpan perasaan pada Sara.... "
♡♡♥♥♥♡♡♡♡♥♥♥
a/n : Assalamualaikum, readers ^w^ Saya nak berterima kasih pada kamu semua kerana sudi membaca "Diari Seorang Stalker" ^o^V Saya nak mohom maaf kalau bab 21 ni sedikit pelik m (_ _) m masih terlalu banyak yang perlu saya buat untuk memperbaiki cara saya mengarang. oh... saya bercadang selepas buat cerita ni, saya nak buat "Saya Bukan Stalker!!" ^0^ tapi ini sekadar perancangan saja.. belum pasti sama ada saya akan membuatnya ^^" Oh! sebelum saya nak mengundur diri, saya nak bagitau yang cerita ni dah nak habis :3 ianya memang pendek ^^" so teruskan lah bersama saya untuk mengetahui ending "DIARI SEORANG STALKER"
Jangan lupa vote dan comment yerr... love you guys so much ♥w♥
YOU ARE READING
Diari Seorang Stalker
RomanceSebuah kisah yang bermula dengan Sara, seorang gadis yang berusia 21 tahun. Kebanyakkan kawannya sudah pun di dalam alam university. Berbeza pulak dengan Sara. Dirinya yang terpaksa bertahan kelas di waktu tingkataan lima meletakkan dirinya sekarang...