4

71 5 0
                                    

Hujung minggu. Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang amat dinantikan oleh Jihyo. Hari dimana dia bebas hidup tanpa gangguan 3 manusia yang menjengkelkan iaitu Naeun, Namjoo dan Hayoung.

Menjadi pelajar yang popular bukanlah perkara yang mudah. Jihyo sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh menjadi begitu popular di sekolahnya. Kalau hendak diikutkan, mengikut senarai pelajar popular bagi pelajar perempuan, Jihyo berada di tangga pertama manakala kawannya, Irene berada di tangga kedua. Selebihnya merupakan pelajar-pelajar senior dan junior.

Namun, senarai itu tidaklah membuatkannya bangga diri kerana bagi Jihyo, perkara tersebut menyusahkan dirinya. Tetapi, apakan daya. Jihyo terpaksa menerima ketentuan takdirnya.

"Haish.. Agaknya, kalau aku tak popular, mesti hidup aku aman kan?"

Jihyo menggumam sendirian.

Mata Jihyo merenung ke arah 2 kanak-kanak yang sedang berkejaran sesama sendiri. Jihyo kini berada di sebuah taman yang cantik dan indah baginya. Dia baru sahaja selesai berjoging. Maklumlah, menjaga kesihatan. Botol air mineral yang berada di tangannya digenggam agar tidak terjatuh. Jihyo berjoging semula setelah berhenti rehat seketika.

Tidak sampai 10 minit Jihyo mengeluarkan peluh, secara tiba-tiba dia terserempak dengan Sehun. Kedua-duanya dari arah bertentangan jadi sekarang ini, masing-masing sedang menatap antara satu sama lain.

"Sehun?"

Jihyo tergamam.

"Annyeong. Kita jumpa lagi,"

Sehun mengukirkan senyuman.

-----

"Awak seorang je ke?"

Sehun memulakan bicara. Dia dan Jihyo berjalan bersama mengelilingi taman itu.

"Yup~ All alone."

Jihyo cuba menyesuaikan dirinya.

"I'm sorry about last time."

Sehun bersuara lagi.

Jihyo mengerutkan dahinya. Dia buntu.

"Tentang pelanggaran tu. Saya pun salah sebab saya sibuk mengelamun."

Sehun menyambung ayatnya.

"Oh~ Gwaenchana. Hal kecil je,"

Jihyo ketawa kecil.

"Saya pun minta maaf sebab tak balas mesej awak,"

Jihyo pula berkata.

Sehun hanya mengangguk perlahan.

"Saya Sehun. Awak?"

Sehun cuba bertanya nama Jihyo walhal dia sudah mengetahuinya.

"I'm Jihyo,"

Jihyo memberikan senyuman yang mencairkan hati setiap jejaka yang melihatnya. Jantung Sehun serta merta menjadi laju.

"Oh.. Jihyo. Nice name,"

Sehun berdehem sedikit. Tiba-tiba dia terasa kekok.

"Sehun sekelas dengan Daniel kan?"

REFRAIN || KDN X PJH [✔]Where stories live. Discover now