Bab 4

1.9K 115 2
                                    

"..well that's all for today.  Probably kita sambung esok untuk presentation yang saya bagi semalam." sebut lecturer mereka.  Terdengar keluhan students dan gelak biasa dari lecturer mereka. 

Alya bersama rakan-rakannya keluar dari kelas bersama-sama.  "so nak pergi mana guys?" cadang Warda sambil pegang perut.  Lapar lah tu. 

"Kita makan lepastu pergi komtar nak?" cadang Alina teruja.  Ain buat muka sedih dan kecewa. 

"aku tak boleh. Sir kerek tu suruh aku pergi bilik dia tolong buat thesis." Ain menjuihkan bibir.  "alahhh." Alina peluk Ain sedih berduka. 

"next time lah komtar. Kita makan je dulu.  Tunggu Ain dah terlepas dari sir kerek tu baru kita pergi jalan jalan." cadang Alya pula.  Mereka semua mengangguk setuju. 

Mereka berempat berjalan sehingga Alina berhenti.  Mereka semua pandang Alina.  Alina pandang mereka lepastu tunjuk di hadapan.  Dari jauh dah nampak satu kelibat tubuh sedang berdiri bersandar pada kereta. 

"Insane!" sebut Alina terkejut lihat. Mereka semua pandang Alya.  "so cancel makan lah ni?" teka Ain yang sangat tepat.  Alya gelak orang bersalah. 

"sorry." Mereka bertiga redhakan saja dan berjalan ke arah siapa lagi kalau bukan Hariz si gila yang datang jauh dari Tanjung Malim.

"bawak balik dia before pukul 12 okay.  Kalau tak, kau aku cari." sebut Ain sempat buat muka garangnya.  Hariz tergelak mengangguk dan mereka bertiga beredar tinggalkan Alya bersama Hariz. 

Hariz genggam tangan Alya.  "nakalnya tak mesej tak call takde good morning tahu tahu je dekat sini." Alya tersenyum manis. 

Hariz tarik tangan Alya dan bukakan pintu kereta untuk Alya. Alya masuk ke dalam kereta.  "abang memang nakal.  Baru tahu ke?" Hariz terus menutup pintu kereta. 

Hariz pula beredar masuk kereta. 

Alya pandang Hariz tersenyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alya pandang Hariz tersenyum.  "nak pergi mana ni?"

"syurga." jawab Hariz. Dah kenapa Hariz ni, syaitan mana dah rasuk kepala dia.  Alya berkerut pandang Hariz.  Dia merenung Hariz yang sudah memandu kereta.  Sesekali di letakkan tangannya di dahi Hariz.  "demam ke?"

"mana ada." Hariz tarik tangan Alya kembali dalam genggamannya.  "ni lah perempuan,  bila sweet manis manis cakap orang demam lah tak betul lah gila lah. Bila ego cakap tak sayang." keluh Hariz sungguh comel. ((.Author jatuh cinta.))

"apa pandang pandang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"apa pandang pandang. Ada hutang?" sebut Hariz malu pula bila Alya tenung dia macam tu.  "saja pandang muka handsome mata sepet depan saya ni." balas Alya mata masih tak hilang fokus dari terus pandang Hariz. 

Dia mengusap pipi Hariz.  "jambang takde,  siapa cukur?" Garang saja bunyinya. Hariz senyum senget. "awek kenapa?"

"abang ni orang cakap dia buat lawak hambar pulak." Alya tak percaya kata-kata Hariz.  "Ya Allah betul lah awek yang cukur kan." balas Hariz dengan muka serius. Hilang terus senyuman di wajah Alya.  Tangan dilepaskan dari genggaman Hariz dan muka pandang luar.  Hariz tersenyum saja lihat perilaku manja si Alya. 

Lama juga masing-masing diam sehingga Hariz temui jalan buntu di bandar sesak seperti di Georgetown.  "Ya betul ke jalan abang lalu ni.  Cuba tengok map." pinta Hariz berhenti di tepi jalan.  Alya dengan keras kepalanya langsung tak layan suaminya. 

"Fara Nur Alya Binti Ahmad." nama panjang terus Hariz sebut. Hariz ni memang. Senang je nak panggil Alya kalau Alya terkena jangkitan penyakit pura pura tuli ni.  Kena sebut nama penuh baru nampak macam bapak bapak sikit.  HAHAHA!!

"nak pergi mana?"

"pergi jogging. Mesti lah pergi makan. Allahuakbar Fara Nur Alya Binti Ahmad." sebut lagi nama penuh Alya. Alya pandang Hariz dengan jelingan maut. 

"jeling jeling.  Dia tak tahu nanti...." lekas Alya menutup mulut Hariz. Hariz terdiam dan ketawa.  Tangan Hariz segera dilepaskan. 

"jalan straight je lepastu belok kanan." jawab Alya yang masih dingin dengan Hariz.  Hariz okay saja terus membawa kereta seperti yang dituju oleh Alya.

Telefon Hariz tiba-tiba berbunyi..
"Ya angkat phone abang.  Abang tak dapat capai ni."

Alya pun mengikut saja cakap Hariz dan mengambil phone Hariz. "Fitri call." jawab Alya. 

"angkat." Alya segera tekan loud speaker.

"Hello?"

"Oii hanat. Mana kau pergi.  Ismadi datang bilik aku ketuk-ketuk macam nak roboh bilik aku.  Macam sial tanya mana kau.  Kau pergi mana do?" cerita Fitri penuh emosi. 

"aku dekat Penang ni dengan bini aku.  Kau bantai lah cakap apa-apa dengan Ismadi tu." jawab Hariz.  Alya pandang Hariz terkejut bila Hariz sebut perkataan 'bini'

"Haa yelah yelah. Kirim salam bini kau." sebut Fitri sebelum end call.  Alya pandang Hariz tak berkelip. 

"kawan kawan abang tahu kita dah kahwin?" Hariz mengangguk memandang Alya sekilas sambil pandang kembali ke depan. 

"then dorang?"

"diam jelah nak cakap apa lagi."

"pasal Adam dengan Idris?"

"dorang tahu juga."

Alya letakkan telefon Hariz kembali dan diam sepanjang perjalanan.  "ni nak belok mana pulak ni?"

"belok kiri.  Nanti ada macam kena panjat bukit abang naik atas nampak restoran tu." cakap Alya pantas betul.  Tapi sebenarnya dia terasa bersalah kerana tiada seorang pun kawan dia yang tahu status nya yang sudah berkahwin dan punyai anak 2 orang. 

***

Ain ketuk pintu sebelum masuk. Tetapi tiada balasan jadi dia pun masuk lah dan duduk di sofa Encik Asyraf. Baru harini dia teroka bilik Encik Asyraf kerana haritu tak dapat sebab takut punya pasal.

Tak lama kemudian Encik Asyraf masuk. Nampak seperti orang busy.  Dia berhenti sebaik terlihat Ain dia berhenti sejenak dan pandang Ain dengan penuh tanda tanya. 

"Sir suruh saya datang harini tolong Sir buat thesis." jawab Ain gagap pula dia berdepan dengan Encik Asyraf sorang.  Encik Asyraf pandang sekeliling. "Awak dengan Sofea kan? Sofea mana?"

Ain mengangkatkan bahu tidak tahu. Encik Asyraf mengangguk lalu duduk di kerusinya.  "Awak tunggu jap.  Saya nak siapkan report jap."

Ain duduk diam akur sambil dalam hatinya bengang kerana Sofea tidak munculkan muka padahal Encik Asyraf dah kata pukul 2 jumpa dia.  Tapi sekarang dah 2:30 petang. 

"okay done." Encik Asyraf bangun dari kerusi dan duduk berhadapan dengan Ain.  "okay thesis saya ni saya tentang ekonomi Malaysia VS dunia.  Boleh ke Malaysia setanding ekonomi dunia. Something macam tu.  Dapat tak?" Ain mengangguk faham. 

"so ada idea?"

"saya course sastera sir." jawab Ain.  Encik Asyraf mengangkat kening faham.  Semestilah otak Ain zero tentang ekonomi.  "Lagi bagus. Sastera with?"

"Sastera pendidikan" jawab Ain.  Encik Asyraf bangun dan berjalan untuk berfikir sejenak. 

"saya bagitahu isi isi dia.  Awak buat thesis tu.  Okay maksud saya awak buat karangan syahdu awak lah." cadang Encik Asyraf pantas saja Ain mengangguk faham.  "Sofea?"

"dia tak kan datang, For sure"

Kalau macam tu baik aku tak payah datang Ain bermonolog sendirian.

"Since awak datang harini,  awak terikat dengan saya dan harus tolong saya sampai saya tamat buat. Am i make myself clear?" Encik Asyraf sepertinya macam dengar saja monolog Ain.  Ain angguk tanpa rela. 

Matilah nak!

*to be continued

Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita Where stories live. Discover now