Hayden termenung seketika. Dia teringatkan peristiwa dahulu. Apatah lagi setelah menerima berita daripada Ammar sebentar tadi.
"Abang ingatkan anak dara mummy Lin? "
Hayden cuma mengangguk. Di fikirannya, muncul wajah manis seorang gadis.
"Anak mummy tu dah nak balik Malaysia tau! But Mar tak pasti bila.. Yang Mar tahu dalam masa terdekat inilah."
Hayden mengerutkan dahinya. Thia nak...
Lamunan Hayden terhenti apabila pintu biliknya diketuk.
"Masuk!"
Arriff melangkah masuk ke dalam bilik anaknya itu. Dia memerhatikan riak wajah anaknya itu.
"Are you okay?"
"I'm.. o-kay. Why, ayahanda?"
Arriff duduk di hadapan Hayden. Matanya masih menatap wajah lelaki itu. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya sejak akhir-akhir ini.
"Nothing. You looks like something is wrong."
Hayden tersenyum. Ayahandanya itu sememangnya seorang yang sangat cekap.
"Aden okey. Cuma banyak sangat yang perlu difikirkan."
"Aden terfikir nak balik Malaysia ke?"
Hayden terkedu."Maksud ayahanda?"
"Ayahanda dan bonda ada fikirkan pasal ni tapi Rain masih belajar. Bonda tak nak pelajaran dia terganggu."
"Kenapa ayahanda nak balik Malaysia?" Tanya Hayden.
"Apa jenis soalan Aden tanya ni? Mestilah sebab rindu. Ayahanda dah bertahun tak jumpa grandma dan grandpa. Dah hampir 9 tahun, Aden." Arriff tergelak mendengar soalan tak logik anaknya itu.
Hayden menepuk dahinya. Dia terlupa yang mereka sekeluarga berpindah ke New York sudah hampir 9 tahun.
"Sorry.. Aden terlupa." Dia tersengih.
Arriff menggelengkan kepalanya. Arriff kemudiannya memasuki topik sebenar yang ingin dibincangkan bersama Hayden.
Dia memandang jam tangan yang tersemat kemas di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan 12.40 tengah hari.
"Eh! Dah masuk lunch ni. Jom, kita makan sekali."
Arriff keluar terlebih dahulu. Hayden menyusul kemudian setelah memastikan tiada barang yang tertinggal.
Malam itu , Hayden tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya masih memikirkan soal seorang gadis. Gadis yang masih mempunyai tempat dalam hatinya walaupun 4 tahun sudah berlalu.
Nurul Fathiah Suhanna. Ya. Thia.. Seorang gadis yang dia temui di Melbourne 7 tahun yang lepas. Sewaktu dia masih tidak mengetahui bahawa gadis itu merupakan anak angkat kepada Aylina dan Farhan.
YOU ARE READING
Waiting For You
RomanceKisah percintaan dalam diam yang semakin sukar untuk dipertahankan apabila dugaan datang bertimpa-timpa. DaIra. Kedua-duanya merupakan waris kepada DaIra.. Gelaran yang adakalanya menyenangkan mereka. Namun gelaran yang wujud daripada datuk dan nen...