Alya terasa malu bila Hariz pandang dia makan sebegitu rupa. "kenapa?"
"makan comot." Hariz pun mengelap di tepi mulut Alya yang sebenarnya tak comot pun. Alya pandang mukanya pada skrin hitam phone. Takde apa pun sebenarnya. "mana ada pandai pandai je."
"dah lap mana nak nampak dah."
"ohh yeke."
Hariz buka phone. "saya nak call ummi jap." kata Hariz lalu video call Puan Mariam. Tak lama itu suara Puan Mariam menyebut Assalammualaikum.
"Waalaikumsalam Ummi." jawab Hariz melambai. Muka Adam menghimpit di tepi Puan Mariam menjelma. "haa nah. Pak hang telefon." kata Puan Mariam pada Adam lalu telefon pun dipegang Adam. "Baba." Adam tersenyum dan melambai pada babanya.
Alya dengar saja suara anaknya maka dia pun nak interframe juga. Hariz tunjukkan wajah Alya pula. "Masam ibu. Ibu rindu." Alya melambai pada Adam.
"Ibu!! Adik ibu." Adam memanggil Idris. Puan Mariam pun terkejut. "Hariz dengan Alya ke tu? Hariz datang penang ke?" Soal Puan Mariam hanya suara je menjelma.
"Haah mi. Riz datang Penang ni. Ni dekat Penang lah ni." jawab Hariz. Sekarang muka Idris juga menjelma dah sudah Hariz dan Alya berebut telefon begitu juga anak mereka masing-masing berebut. Idris menangis mahu pegang telefon begitu juga Adam.
"haa meh sini. Adik dekat sini
Abang pergi sebelah sini." arah Puan Mariam jadinya sorang di kanan dan sorang di kiri jadi senang dua dua dapat.Kes perebutan telefon oleh Alya dan Hariz pula diselesaikan dengan cara Hariz sandarkan telefon pada air mereka yang sudah separuh. "Ibu baba dekat mana tu. Adam nak ikut."
"nanti ibu baba balik. Adam dengan adik kena tidur malam awal tak kencing dekat katil. lepastu abang kena jaga adik. baru ibu baba balik okay?." terang Hariz.
"Adam jaga adik tak? Nakal tak dengan nenek?" soal Alya pula. Adam menggeleng. "adik nakal. Adik...adik... buang toys.. kena kepala atuk." cerita Adam dengan lagaknya. Alya dan Hariz ketawa saja lihat gelagat kedua-dua anaknya masing masing.
"Adik kenapa buang toys." tanya Hariz.
"abang no no." kuat suara Idris konon memarahi abangnya menjadi kaki report. Sedikit sebanyak, usaha Idris bercakap telah melalui jalan yang dinamakan perubahan. Idris semakin pandai tunjukkan tantrum dan faham akan apa orang perkatakan pada dia.
"Yayy adik dah pandai cakap." Alya menepuk tangan pada Idris. Turut diikuti dengan Hariz yang turut menepuk tangan pada Idris. Idris sengih malu.
***
Ain balik ke bilik. Sakit tengkuk dibuatnya tetapi cara Encik Asyraf mengajarnya tadi terngiang-ngiang di dalam mindanya.
Throwback...
"Malaysia Economy could reach the same level as the world economy if we..."
"Sir tak rasa ke ayat dia macam tunggang langgang." Ain mulakan perbicaraannya. Asyraf diam dahulu dengar saja pendapat Ain.
"Sir kena cakap ekonomi Malaysia ni berapa percent boleh naik untuk setaraf dengan ekonomi negara maju. Dari situ lecturer sir mesti macam impressed haa gitu." terang Ain panjang lebar. Asyraf menggangguk setuju.
"yeeke..So awak padam sampai economy tu jelah." Asyraf terpandang pada laptopnya.
"Apa awak buat ni?" Asyraf terkejut lihat cara Ain type macam bukan orang pro dan typing font pun bukan natural punya.
"buat apa sir?"
"kenapa awak buat dia dalam font berangkai. Bukan dalam roman jelah." kata Asyraf. Ain diam sebenarnya dia tak faham.
"Ya Allah Ain." Encik Asyraf memicit kedua-dua belah pipi Ain membuatkan Ain terkejut sekali gus berdebar. "tengok muka awak dekat cermin, muka blur awak tu mahal tau." gelak Encik Asyraf.
"meh sini." Encik Asyraf mengambil laptopnya dan menunjukkan cara-cara nak tukar font yang ada. Ain pura pura angguk faham padahal dia masih lagi ternganga akibat peristiwa tadi.
End throwback...
Ain pandang dirinya di cermin sekali gus memegang pipi nya yang dipicit Encik Asyraf tadi. Tanpa dia sedar yang dia suka pulak.
"ahhh." jeritannya terhenti sebaik Warda masuk ke dalam bilik. Warda kebetulan merupakan teman sebiliknya.
"kau dah kenapa?" soal warda pelik bila Ain terkinja-kinja."kau pergi mana?" Ain ubah topik. "lepak bilik Alina tengok movie." jawab Warda singkat. Menyempat Warda dengan Alina ni tau padahal esok nama dorang mesti kena dulu dorang dah lah tak siap kan lagi kerja dorang.
"kau macam mana? Sir gay okay dengan kau?"
"gay?"
"haah roommate Alina panggil dia gay sebab dia memang gay. Aku pun ikut jelah haha." jawab Warda. Ain tak percaya baru tadi Encik Asyraf buat hatinya terkinja sekarang Warda kata dia gay pulak.
"cara dia macam sejati je tak nampak unsur gay pun." Nafi Ain menjawab sekali gus membidas kata-kata Warda dan pendapat Erin, teman sebilik Alina.
"Suka hati kau. Aku dengar je aku pun tak percaya tapi who cares? Siapa je mengaku diri dia gay." cerita Warda sambil memegang kedua-dua bahu Ain. Ain tersenyum kelat saja. Entah lah nak senyum atau berwajah masam.
***
Alya dan Hariz lepak di pantai Batu Feringghi. Bukan main bergenbira ye mereka!
Alya berlari menikmati ombak terus dipeluk Hariz. "kan best kalau Adam dengan Idris ada sini sekali." kata Alya pandang ke arah pantai bersama waktu yang semakin senja.
"Nanti kita bawak Adam Idris jalan jalan dekat sini okay." tambah Alya pandang Hariz dibelakangnya yang melurutkan dagu nya pada bahu Alya.
"Mesti."
"best kan kahwin muda semua halal. Ni peluk pun halal." Hariz bersuara tiba-tiba sambil memeluk pinggang Alya semakin erat setelah lama mereka diam menikmati suasana Pantai Batu Feringghi yang semakin kemerahan nak senja.
"Suka lah tu."
"suka lah. Sebab semua boleh." kata-kata Hariz membuatkan Alya malu dan mula rasa haba muka nak berubah.
Alya tolak tangan Hariz dari terus merangkul pinggangnya. Kini Alya peluk leher. Mereka saling berpandangan mata. "Alya sayang Hariz." sebut Alya perlahan tapi buat Hariz dengar sudah memadai.
"Abang sayang Alya."
*to be continued...
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
De TodoSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...