Kedengaran lonceng rumah berbunyi. Ting tong!!! Aku yang ralit mengoreng ikan di dapur terhenti seketika. “Puan... kayaknya kita ada tetamu tuh. Saya bukak bentar ya pintunya.” Aku mengangguk sambil tanganku sibuk mengoreng ikan. “Puan, itu teman puan ada datang sama seorang laki-laki.” Jelas bibik Nora.
“Bibik suruh diorang masuk, saya nak pakai tudung kejap.” Ikan yang siap digoreng ku hidangkan diatas pinggan untuk dihidangkan sebagai makanan tengah hari pada Nazril, walau aku tahu mungkin hari ini dia makan di luar.
Kepalaku yang pusing ku sapu sebotol minyak cap kapak. Semenjak dari pagi tadi aku muntah-muntah, tekakku loya dan kepalaku berdenyut-denyut. Mengadu pada Nazril? Sia-sia sahaja, muka aku pun dia tak sudi memandang apatah lagi aku mintak dia hantarkan aku ke klinik.
Sudah masuk 3 bulan perkahwinanku, serasa bertahun-tahun lamanya aku menanggung sengsara dalam rumah ni. Terlalu kenyang aku menerima cemuhan, makian dan penghinaan dari suamiku. Suami? Pantaskah dia bergelar seorang suami? Suami yang menzalimi isterinya sendiri.
Tiada gunanya aku melayan perasaan sedih dan kecewaku. Terimalah takdir yang telah tersurat untukku dengan hati yang redha. Yalah, menangis air mata darah sekalipun. Nazril tidak akan simpati terhadap diriku yang umpama kain buruk. Bila perlu digunakan, bila tidak perlu dibuangnya dengan tega.
Sejujurnya, rasa terkilan makin menebal dalam sanubari kerana menerima cinta dia. Air mata yang menitis lekas ku seka dengan jari runcingku. Seteruk mana derita yang ku tempuhi tidak akan sesekali aku menceritakan pada sesiapa. Aku percaya pada takdir Allah yang dirancang untukku. Suatu saat akan tiba takdir yang berpihak padaku.
Aku menghindangkan kopi O panas di atas meja ruang tamu. “Ehh, abang Mirul pun ada sekali.” Aku buat-buat tersenyum. Inginku meraung hiba, abang Mirul bebaskan Eyza dari sini. Tak sanggup lagi Eyza hidup dengan orang yang perlakukan Eyza tidak ubah seperti hamba abdi abang. Jerit hati kecilku. Kalaulah Amirul dan Fatimah tahu apa yang sedang dilalui, tentu saja mereka berdua membebaskan aku dari neraka yang dicipta oleh Nazril ini.
“Yang mata kau tengok aku tak berkelip kenapa Timah oii. Minumlah air yang aku dah hidangkan ni.” Aku bernada ceria. “Dik, abang lihat muka adik pucat aje. Adik sakit ke?” Soal Amirul. Aku mengigit bibirku melawan perasaan yang sedang ditawan kesedihan. Perlu ke aku menceritakan apa yang aku alami saat ini? Ahh, tidak sama sekali.
Riak wajahku diceriakan supaya tidak timbul sebarang kecurigaan. “Haa? Sakit? Ishh, mana ada Eyza sakit. Eyza sihat alhamdulillah abang Mirul.” Jelasku dengan suara mendatar.
Aku mengambil tempat duduk di sebelah Fatimah. “Kau berdua dengan bibik je ke dalam rumah ni? Laki kau mana? Dari tadi aku tak nampak pun laki kau tu. Haiih. Tak akan hari sabtu pun kerja.” Laju bola mata hitam Fatimah memerhatikan di setiap sudut ruang tamu. Kedengaran sinis. Aku tersentak sejenak cuba membina ayat.
“Eyza, aku bukan nak reka cerita atau nak memburuk-burukkan pasal laki kau. Minggu lepas aku ada kat Restoran Mee Sup Peah bersebelahan pusat karoke. Dari kedua-dua bijik mata aku ni, aku ada ternampak laki kau keluar dari tempat tu dengan seorang perempuan yang tinggi lampai mesra bagai pasangan kekasih. Aku rasa laki kau ada main kayu tiga belakang kau Eyza.” Beritahu Fatimah sambil gelas air kopi O diminum perlahan-lahan
Aku terdiam tidak berkutik. Pasti itu perempuan yang layak bertakhta di hati Nazril. Aku? Hanya layak berada di bawak tapak kaki dia. Melatahkah aku bila mendengar khabar angin yang dibawa Fatinah? Cemburukah? Tidak! Sekelumit jua aku tidak berasa apa-apa. “Hish, kau salah nampak kut Timah. Mungkin tu orang yang muka iras-iras dengan suami aku. Kat dalam dunia ni kita ada sembilan wajah yang sama. Aku yakin kau mesti silap orang agaknya.” Aku menafikan kata-kata Fatimah walaupun aku yakin itu Nazril.
YOU ARE READING
Mengharap Sebuah Kebahagiaan
Short StoryMengisahkan liku-liku hidup tentang seorang gadis OKU yang bernama NurEyza Elyana binti Hashim dalam menempuh perjalanan takdir yang diharapkan bahagia. Lafaz kalimah cinta yang diungkap Nazril merangkap bos ditempat kerja membuat gadis ini terpaku...