Bab 1: Pencarian ke timur

22 3 0
                                    

Purnama sudah hampir tetapi masih belum sempurna. Dia mahukan hanya gelap meliputi seluruh tubuh. Dan juga sunyi yang berlegar-legar di radius pendengarannya.

Di puncak Gunung tinggi, di bawah rendangnya sepohon kasai. Bayu malam jatuh di mana-mana. Angin lalu lalang dari segenap arah. Matanya tertancap pada sinar wajah bulan.

"Tuhan, hamba mu ini pernah ada suara yang menyempurnakan senandung-senandungnya. Mahu mu; dunia ini penuh panca roba.

Aku akur seikhlas akur.

Jika kau mahu aku untuk tidak bersuara, kau hapuskanlah duka-duka yang tertinggal dek kerananya.

Sesungguhnya tuhanku, setiap hari ku terbawa sendu dan pilu. Kini aku buntu kerana semangatku terbawa bersama kehilangannya. Aku mohon kau lakukan sesuatu terhadapnya. Kerana aku lagi habis akal dan juga daya." Doanya di dalam hati.

Pada malam itu, dia berkabung ke atas pemergian suara. Dalam melepas semua sisa-sisa sendu yang terbaki, dia tahu bahawa hari esok tidak sesekali akan bersama-sama jeda dengannya. Jadi dia lepaskan semuah resah dan mula memungut saki baki semangat yang telah berkecai itu semula.

Sehinggalah dia terbuai lena.

Dari kejauhan, datang satu sosok tubuh yang amat di kenali. Seorang lelaki berambut kusut masai separas bahu dan menutupi sebahagian muka. Berpakaian compang camping dan serba besar dari saiz tubuhnya. Rentak langkahnya juga amat di kenali.

Lelaki itu adalah dia. Dia bingung dan memerlukan penjelasan bagi situasi itu. Belum sempat mindanya menemukan jawapan, lelaki itu sudah duduk bersila di hadapannya. Dia yang sedang berbaring pun membetul kan posisi turut ikut bersila dan kini mereka berdua bertentangan mata.

Dia bingung sebingungnya. Lelaki itu pula tenang dengan senyum yang mekar.

"Aku ini kamu. Kamu tahu itu kan?" Masih dengan senyumnya lelaki itu bertanya. Di dalam kebingungan dia cuma mengangguk. "Apa khabar wahai aku? Adakah kamu sedang berduka?" Sambung lelaki itu.

"Jika aku ini kamu, pasti kau tahu apa yang aku rasa sekarang. Kenapa perlu lagi kau bertanya?" Getus hatinya terus terzahir. Kemudian kebingungannya kini dua kali ganda. "Aku sudah ada suara?!"

"Haha. Maaf. Aku mampir cuma dalam mimpi.

Ya, aku tahu rasa-rasa yang sedang kamu lalu. Dan aku tahu apa yang terpaling kamu rindu.

Wahai aku, aku percaya yang kamu sedar bahawa di dunia ini kamu sebatang kara. Tiada siapa-siapa faham akan kerinduan yang sebegini rupa. Engkau lagi terasing.

Aku datang hari ini dalam bentuk yang bisa di tatap mata dan berkata-kata. Biarkan aku dengari semua dan engkau bebas meluahkan segala.

Kerana kamu cuma ada aku. Aku pula cuma ada kita."

Mendengarkan itu, pipinya kebasahan serta merta. Air matanya berlinangan semula. Tapi kali ini dia masih mampu melebarkan senyum. Di dalam esakannya, terluah lah segala sendu yang terbuku di hati. Sekian berjam-jam lamanya lelaki itu tetap setia mendengari.

Setelah belahan bibirnya di katup rapat tidak berkata-kata di dunia mimpi ini, dia yang satu lagi itu mengusap-usap rambutnya dan berkata.

"Demi masa, akan terubatlah setiap luka.

Esok, mulakanlah pencarian mu dengan menuju ke arah timur. Kau akan berjumpa dengan 3 kejadian tuhan. Hadapi dan kenali mereka, nescaya mereka akan membantu kamu dengan arah menuju kepada sesuatu yang harus kamu temui.

Percayalah, wahai keseluruhan ku. Kau masih ada aku. Dan tanpa perlu kamu tahu, aku akan tetap setia di sepanjang perjalanan mu. Tenang ya."

Belum sempat untuk dia bertanya akan apa yang perlu dia cari, lelaki itu melebur menjadi debu-debu yang bersinar dan di bawa pergi tiupan angin.

-"-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 27, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pengemis BisuWhere stories live. Discover now