SEBELUM MEMULAKAN BACAAN,AUTHOR TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF KALAU ADA MENGUNAKAN BAHASA KASAR DAN TERDAPAT TYPO SEBAB AUTHOR MALAS NAK EDIT. TERDAPAT AYAT KLISHE JADI KALAU KORANG TAK SUKA JANGAN BACA NANTI GATAL SATU BADAN.
JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN. SILENT READERS I'M WATCHING YOU💩.
*****
"Mama,Soorim nak keluar kejap! Nak jumpa jodoh!" Kata Han Soorim kepada ibunya iaitu Puan Han.
Puan Han yang sedang menikmati minum petang memandang Soorim dengan jelingan maut. "Kamu dah datang gila ke Soorim? Nak jumpa jodoh nak jumpa jodoh tapi takda pun kamu bawa ke rumah" sindir Puan Han kepada anaknya.
"Ala,nak angan-angan tahi cicak je. Hehehe" senyum Soorim lalu mencium pipi gebu Puan Han. Oh gebunya...
"Jangan balik lewat. Kamu anak dara bukan anak bujang." Kata Puan Han.
Soorim keluar dari perkarangan rumah. Dia melihat telefon pintarnya lalu membuka app Grab lalu menempah.
Ting!
Tempahan Soorim telah diambil seseorang. Soorim gembira. 'ala harga sepuluh sen je mana ada mahal sangat nak bayar' kata Soorim di dalam hati.
Tidak lama kemudian kereta merah berhenti di depan pagar rumah Soorim. Soorim dengan lekas memasuki perut kereta.
"Hai thanks sebab cepat." Ujar Soorim kepada pemandu Grab.
"Hmm."
'Aik,tu je? Takde bagi salam ke? Cakaplah adik nak pergi mana,adik ni lawa. Adik ni single or taken kalau taken abang nak couple..' desis Soorim lalu melihat muka pemandu Grab dari cermin.
"Mak ai hensem SIALL!" Jerit Soorim sambil ternganga.
"Jangan jerit dan jangan carut. Muka dah cantik tapi perangai macam jahanam." Kata pemandu Grab tanpa rasa bersalah.
Soorim mengetap bibir. Tak pernah-pernah dia menempah Grab dapat layanan seperti ini.
"Muka hensem tapi belagak. Patutlah muka ketat nak senyum. Coi.."
"Apa kau kata?" Tanya pemandu Grab dengan suara dingin. Soorim cepat-cepat menggeleng kepala.
"Saya kata yang muka abang hensem. Tak pernah-pernah jumpa pemandu Grab sehensem V BTS" ujar Soorim dengan senyum kelat.
"Hmm.."
'Ish tu ja?! Ala tak syoklah.' Desis Soorim.
Soorim melihat wajah pemandu Grab. Terdapat idea bernas dikepalanya. Badannya yang tadi bersandar lalu diangkat dan duduk di antara tempat duduk.
"Abang Grab ni hensemlah.Dah ada awek tak?" Soal Soorim tanpa malu. Dia senyum tanpa rasa bersalah. Ala apa nak malu,bukannya orang lain dengar.
"Adik,awak ni comel cuma terencat akal." jawab Kim Taehyung dengan nada sindiran.
YOU ARE READING
Hai Abang Grab [KTH]
Romance"Abang grab ni hensemlah. Dah ada awek tak?" Soal Soorim tanpa malu. "Adik,awak ni comel cuma terencat akal." jawab Kim Taehyung dengan nada sindiran. Penulis: Fragile_03