Kepingan demi kepingan gambar hangus dijilat api kecil yang dinyalakan oleh tuan empunya barang. Api membara sebara hatinya. Masa seakan-akan berlalu dengan perlahan. Kenangan yang di lalui sukar dibuang. Dasar cinta monyet yang menyusahkan masa remaja aku! Jerit hati perempuan yang berusia 19 tahun itu.
Satu per satu kenangan yang tersimpan lenyap dihancurkan. Tak tinggal satu. Dia seakan-akan hilang kawalan diri. Ini lah dia, remaja yang hanya mengikut emosi. Sukar nak diramal dan dikawal dirinya.
"woi! Kau jangan nak mengamuk tak tntu pasal la! Ini jalan yang kau nak. Kau hadap!" herdikan garau dari luar pintu bilik si dia yang berada dalam keadaan tidak tentu arah. Baju di bahagian perutnya digenggam kuat seolah-olah berdendam dengan sesuatu. Akira atau lebih selesa digelar kira, menarik lengan bajunya. Kesan lebam yang semakin membiru diusap dengan lembut.
Puas akira cuba menjelas, tapi itulah manusia. Lebih gemar mendengar khabar angin daripada cerita yg sebenar. Bukan minta dia untuk dilakukan seperti ini. Bukan kemahuan nya.
Apa salah aku? Kenapa kau buat aku macam ni? Rintih hati akira. Air mata yang bertakung tidak dapat di tahan lagi. Tidak terlintas di fikirannya betapa berat ujian yang harus dia lalui skrg. Akira hilang segalanya. Akir hilang sahabat dan keluarga. Kerana memperjuangkan cinta yang akhirnya hanya memakan diri akira.
Susuk tubuh wanita berusia 30-an masuk ke dalam bilik akira dengan wajah yang sayu melihat akira . Wanita itu seakan-akan tahu perkara sebenar yang terjadi. Tapi, disebabkan dia tiada kuasa untuk bersuara, terpaksa lah dia berdiam diri sahaja. Tangan akira digenggam erat wanita tersebut. Belum sempat melafazkan kata, mata wanita tersebut terus berkaca mengenangkan nasib yang bakal akira tempuh selepas ini. "akira, kuat tau sayang. Kak ila tau kira tak buat semua tu. Kira dianiaya kan?"
Semakin kuat tangisan mereka berdua. Tanpa membuang masa, wanita yang menggelar dirinya kak ila menarik kira kedakapannya. Kak ila cuba untuk meyakinkan akira bahawa dia masih mempunyai orang yang ambil berat tentang dirinya.
" kira. Kira cerita kat akak kira"
" kalau kira cerita takda siapa nak percayakan kira lagi. Ya dulu kira buta kerana cinta kak. Tapi kira dah sedar. Kira dah menyesal. Kira tak sangka dia buat kira macam ni"
" kira. Kira tau apa yang bakal kira lalui kan. Kira takkan jadi macam dulu lagi. Tubuh kira, keadaan, emosi kira."
" kira tau kak, kira tau semua tu. Kira tak jangka semua ni kak"
Air mata kak ila semakin deras mengalir. Kak ila dapat merasakan bahawa kira benar-benar mangsa keadaan.
"akira dah kena pergi kan esok. Akak dah cuba pujuk uncle mi. Tapi." kata kak ila pada akira. Kak ila merupakan sepupu perempuan pertama keluarga sebelah ayah akira. Seorang anak tunggal dan dibesarkan oleh keluarga akira setelah ibu dan bapa nya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika kak ila berusia 4 tahun."kira tau kak. Kira akan pergi. Kira taknak family kita malu disebabkan perangai buruk kira ni" jawab kira. Kak ila memberi ruang kepada kira untuk mengemas apa yang perlu dibawa. Eh!..