PROLOG

536 24 41
                                    

Someone's POV

Aku melangkah masuk ke kelas dengan langkah paling malas. Almaklumlah, dah akhir tahun ni, takde kije nak buat. Homework pun takde. Mereputlah kau sampai cuti.

Aku melabuhkan punggung pada kerusi dan letakkan beg yang cuma ada botol air dan pencil box pada kerusi. Aku rancang untuk tidur je pada prep malam yang penuh keriuhan bebudak kelas aku. Aku tatau lah apa yang diorang duk kecoh-kecah sangat.

Aku yang mula bosan duk menutup muka mula memasang telinga.

"Semalam aku gayut dengan cyunx aku sampai pukul 3. Kau ada?"

"Setakat pukul 3. Aku gayut sampai pukul 4, lek lek cang je."

Heh, perempuan kalau dah bengap. Tu pun boleh bawak gaduh. Aku takyah nak gayut bagai terbaring gitu je pun boleh sampai tak tidur. Wat lek wat peace ah. Aku kembali menutup muka untuk tidur. Dalam kelas memang aku ni orang panggil Sleeping Bitch.

Bukan beauty sebab perangai aku pun taklah sopan mana. Plus aku ni jenis tak bergaul dengan dorang. So, diorang anggap aku loser. Dahlah loser, tak memasal panggil aku bitch. Diorang lagi jalang, dioranglah bitch.

Aku baru nak lelap.

"An Nisa Al-Kentangki!"
"Weh weh weh mari kita berkecah yini malam!"
"Malam ni on teroxxx weh. Dorm kau tau?"

Ya tu rakan loser aku. Diorang taklah loser mana. Diorang lagi tiga ketul ni pun pandai cantik lagi daripada aku. Dialog first tu namanya Putri. Second tu namanya Atikah and last sekali tu Piyah. Ohya geng aku ni yang lengkapnya... ade seketul junior namanya Aimi.

Kitorang ni weirdo. Orang anggap kitorang pelik-pelik je cakapnya. Lantaklah. Life aku. Life kitorang. Korang takyah nak kecah sangat. Ah one more thing. Yea they call me Kentang. Normal bagi aku.

Tak lain tak bukan ajak lepak on phone lah ni. Mentang-mentang warden cuti mak dia kojol.

"No hal. Megi sekali jom? Dah lama aku perap megi tomyam aku tu nak kawinkan ngan megi kari. Sambil-sambil tengok boyfriend aku terkinja kan..." Aku menjawab sambil dah senyum sorang-sorang membayangkan Jisung Pwark aku.

Dorang pun dah naik high duk membayang muka bias memasing.

"Asal Renjun makin hari makin hensem?" Putri mula keluarkan soalan cepu tepung dia.

"Tu semua kerja Allah." Aku jawab selamba.

"Aku taulah." Balas Putri dengan muka annoying dia.

"Dah tau asal ditanya?"

"Aku saje je kan tanya."

"Iya saje saje tapi kalau orang tak layan dizikir soalan tu sampai orang naik muak."

"Haish korang ni tak habis lagi gaduh pasal aku." Kata Atikah tiba-tiba. Hah minah ni memang suka menyelit orang tengah gaduh. Niat tu dah suci cuma ayat dia tu memang busuk.

"Buat apa gaduh pasal kau? Buang masa." Jawab Piyah bagi pihak kitorang.

"Yang penting Jaemin hensem."
"Yang penting Jeno hensem."

Mereka kata serentak. "Diorang dua-dua hensem!"

Ehm, memang dasar NoMin shipper. Di kala kitorang tengah duk berkecah cerita pasal NCT, kitorang dikejutkan dengan perlakuan empat orang lelaki hensem bersut hitam.

Bila masa dia terjah masuk pun aku tak sedar. Tiba-tiba kemas barang kitorang dan kitorang sedang diperhatikan budak sekelas. Aku pun bangun untuk ambik beg aku yang dia dah siap kemaskan.

"Eh, bak sini beg aku! Ye pun nak merembat tunggu lah aku kojol!" Aku menengking sambil  cuba merampas tapi dia lebih pantas mengelak.

"Ikut aku." Katanya sambil merentap tangan aku. Kawan-kawan aku pun gitu. Lalu kitorang cuba lah meronta nak melepaskan diri.

E-VE || NCT DREAM 《BLACKVELVET SERIES》Where stories live. Discover now