E-VE_1

243 24 97
                                    

Nisa's POV

SKREETTT!

Gedebuk! Tu dia, Atikah yang duduk hujung sekali pun terjatuh akibat kesan inersia dan daya impuls. Lantas dia bangun dan duduk semula. Kitorang yang lain ni segar terus dah. Mamat-mamat penculik yang hensem tadi kembali menarik kitorang keluar dari limousin sambil bawakkan beg sekolah kitorang.

Kitorang pun kembali meronta-ronta tapi tak dihiraukan. Selepas menyedari usaha tak membuahkan hasil, kitorang pun dah malas nak meronta bagai. Lantak kaulah.

Aku pandang apa yang di depan kitorang ni. Wow, bangunan apakah yini? Asal pelik bebenor bentuknya ni? Besar pulak tu. Kitorang ditarik masuk ke dalam sebuah bilik melalui pintu utama bangunan tu. Kecik je pintunya.

(+ btw ni sebenarnya Wing Shaped Zayed National Museum)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(+ btw ni sebenarnya Wing Shaped Zayed National Museum)

Masuk-masuk je nampak ada seketul(?) komputer yang canggih sebab kat situ cuma ada monitor je. Kitorang berbaris bersama si penculik hensem depan monitor sebesar 20".

Depan sekali Atikah dengan 'Jeno' tu. Si Jeno pun mula menaip something pada monitor tu.

"Nickname kau?" Tanya Jeno kepada Atikah. Atikah yang terkejut tiba-tiba ditanya macam tu terus tersebut nama yang aku pernah bagi kat dia. Nama untuk saja-saja bila berangan.

"Yemin." Atikah terus blur kejap lepas sebut nama tu dan dia facepalm keseorangan. Aimi yang di belakang Atikah mula bagi signal mata. Dia memandang muka kitorang dengan pandangan 'guna-nama-tu-jelah' . Kitorang mengangguk kecil.

Selepas menaip sesuatu tu, keluar satu tag dari tepi monitor tu. Jeno ambik dan terus berlalu membawa Atikah masuk ke dalam satu bilik lain. Creepy seh. Kitorang ni nanti bakal jadi pelacur ke apa? No no aku tak nak. By the way pelacur kena ada nickname glamour-glamour eh?

Kemudian giliran Aimi. Aimi menyebut nama dia yang aku pernah bagi iaitu Seulmin. Lepas tu turn Piyah. Nama Piyah yang aku kasi pulak Gohee. Lepas Piyah, Putri. Nama Putri susah sikit nak sebut, Hyowon.

Last sekali aku. Aku dan 'Jisung' melangkah ke depan monitor dan dia tanya aku jugak nickname aku. "Eun."

Nama aku panjang jugak sebenarnya tapi aku pendekkan. Daripada Eunbyeol jadi Eun.

Aku dan 'Jisung' pun masuk jugak dalam bilik yang sama macam diorang masuk. Masuk je dalam bilik tu aku nampak diorang. Oh, tunggu aku rupanya.

"Jom." Kata 'Mark' sambil tarik tangan Aimi dan membuka satu pintu kat depan dia. Kitorang yang lain pun menyusul.

Masuk je ruangan luar bilik tu, kitorang berlima melongo. Ni shopping mall ke doh? Besha shiak!

E-VE || NCT DREAM 《BLACKVELVET SERIES》Where stories live. Discover now